Assalamualaikum dan Salam Sejahtera! Moga kalian yang sedang membaca bingkisan ini sihat dan sejahtera hendaknya. Kali ini saya nak berkongsi pengalaman saya melancong ke Hat Yai. Walaupun ramai yang sudah kongsikan tip melancong ke sana di media sosial namun saya tetap nak kongsi momen saya disana. Manalah tahu bila membaca blog ini tergerak hati nak ke Hat Yai kan? Hihihi.
Ramai yang tak percaya bila saya beritahu ini adalah pertama kali saya jejakkan kaki ke bumi Hat Yai Thailand ini. Hakikatnya itulah kebenarannya. Kalau nak cakap pasal Bangkok, ya memang saya sudah beberapa kali jejak kaki ke sana sama ada menaiki kapal terbang mahu pun keretapi. Kalau bicara tentang Thailand, saya cuma pernah ke Bangkok dan Chiang Mai sahaja.
Bagaimana tercetusnya trip ke Hat Yai ini? Ianya bermula apabila rakan baik saya yang juga seorang pencipta kandungan sebuah portal khusus kembara bertanya sama ada saya mahu ikuti trip ke Hat Yai atau tidak.
Memandangkan tahun ini saya belum berkesempatan untuk keluar negara dan pada masa sama saya memang berniat untuk menyokong bisnes baru rakan saya ini, jadi saya terus katakan yes! Lagipun saya tak perlu nak pening kepala fikir tentang itinerari, tempahan tiket, hotel. Semuanya diuruskan! Bawa badan dan duit belanja sahaja.
Bas yang kami naik adalah Alisan Golden Coach Group bagi laluan KL-Hat Yai. Pilihan operator bas ekspress lain juga ada bergantung kepada availability. Barangkali organizer trip ini memilih Alisan Golden Coach Group sebab hentian terakhir iaitu pejabat Alisan Golden Coach Group ini betul-betul di tengah bandar Hat Yai yang mudah untuk diakses. Bas sangat selesa! Puas hati!
Rumusan saya? Sepanjang 2 malam di sana, apa yang saya boleh katakan berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya sendiri, Hat Yai dan Songkhla ini kaya dengan pilihan tempat makan yang menarik dan murah. Murah sehingga ada bufet yang berharga 2990 Bath (sekitar RM35-RM40) untuk makan malam.
Kalau ada peluang ke Hat Yai dan Songkhla lagi, lokasi yang saya mahu kembali dan spend lebih masa adalah Songkhla Old Town. Vibes dia cukup awesome! Ikutkan saya boleh sahaja DIY trip ke Hat Yai tetapi malas nak serabut kepala, saya akan gunakan servis daripada Vacayzen by KakiTravel sahaja. RM499 pada saya satu harga yang affordable bagi bujang seperti saya. Kalau famili, its better anda drive sahaja, lebih jimat.
Kalau anda berminat nak ke Hat Yai tapi malas nak DIY, boleh sahaja hubungi Vacayzen di Instagram iaitu www.instagram.com/vacayzen.my atau hubungi sahaja nombor 018-9535750 .
Highly recommended!
#TRAVEL #HATYAI #SONGKHLA
0 Comments