DASHING yakin dan percaya pada kekuatan sukan untuk menyatukan kita dan mencipta perubahan yang berkekalan. Kempen "DASHING Bump-It!" mencerminkan komitmen DASHING untuk memupuk semangat komuniti dan menyokong cita-cita sukan negara. Dengan menyertai kempen ini, anda tidak hanya menyumbang kepada pembangunan sukan akar umbi, tetapi juga membantu membina masa depan yang lebih cerah untuk bakal atlet berbakat Malaysia.
CABARAN BUMP-IT!: CARA YANG MENYERONOKKAN DAN MEMBERI IMPAK UNTUK MENUNJUKKAN SOKONGAN ANDA
Melalui sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan, DASHING berdedikasi untuk mencipta peluang bagi atlet muda melalui kempen "DASHING Bump-It!". Usaha penajaan akan merangkumi penajaan kit sukan, penganjuran program pendidikan sukan peringkat negeri, dan menaik taraf infrastruktur untuk membina asas kukuh bagi bakal juara sukan di masa hadapan. Kempen yang mengujakan ini bermula pada 1 Julai 2024 dan berakhir pada 31 Ogos 2024.
JOM SERTAI CABARAN DASHING BUMP-IT!
Ayuh bersama-sama sebagai rakyat Malaysia berganding bahu menyokong atlet-atlet kita dan memastikan Jalur Gemilang bersinar terang di pentas dunia. Setiap 'bump' mampu membawa perubahaan dan bersama-sama, kita dapat membantu merealisasikan Impian Juara kita. Layari http://DASHINGBumpIt.com untuk menyertai cabaran ini. Ikuti laman media sosial DASHING https://www.facebook.com/Dashing.MY untuk maklumat terkini tentang produk dan aktiviti.#PRODUK #SUKAN #GAYAHIDUP #DASHING
0 Comments