Sebab itu bila saya nampak sahaja Faber menawarkan perkakas elektrik untuk dapur bertemakan vintage iaitu FABER Vintage Breakfast Series atau Siri Sarapan Pagi Vintaj FABER, saya terus masukkan dalam wishlist. Finally, I bought it! Yes!
Saya pernah menggunakan produk Faber sebelum ini saya memang saya suka dengan kualiti nya. FABER Appliances Malaysia (FABER) memang terkenal dengan tumpuan kepada fungsi dan reka bentuk terbaru dalam rangkaian produknya, jadi dengan Siri Sarapan Vintaj terkini, yang merupakan koleksi empat peralatan dapur yang melambangkan gaya dan fungsi hasil gandingan kemudahan moden dan pesona vintaj.
Siri Sarapan Vintaj FABER menampilkan rangkaian peralatan dapur yang terdiri daripada pembakar roti, cerek automatik, cerek jag dan blender dalam rekaan vintaj, setiap satunya dihasilkan dengan ciri yang versatil dan boleh dipercayai untuk memenuhi pelbagai keperluan kulinari.
SENTIASA ANGGUN DAN SOFISTIKATED
Menampilkan reka bentuk yang tidak keterlaluan tetapi cukup untuk menyerlahkan keanggunan dan pesona yang tak lapuk dek zaman, setiap peralatan dalam rangkaian ini didatangkan dengan kemasan putih vintaj, rona lembut dan mesra yang mengimbau estetik dapur klasik.Skema warna putih vintaj bukan sahaja menyerlahkan elemen sofistikated di mana-mana ruang dapur, malah turut berupaya mewujudkan suasana yang tenang dan lapang, menjadikan ruang dapur tampak lebih terbuka dan mesra. Dihiasi kemasan rona perak, peralatan dalam Siri Sarapan Vintaj ini menonjolkan keharmonian gandingan reka bentuk inspirasi vintaj dan fungsi moden.
Di samping itu, reka bentuk siri ini yang mengutamakan mutu kemasan mencerminkan komitmen FABER terhadap gaya dan fungsi. Setiap aspek peralatan ini, dari ciri-ciri tombol dan pemegang berinspirasi retro sehinggalah garisan dan lengkungan yang kemas dan halus, dihasilkan dengan teliti supaya dapur anda tampak lebih menarik dengan peralatan yang berprestasi tinggi dan boleh dipercayai.
KELENGKAPAN VERSATIL YANG DIYAKINI UNTUK KEPERLUAN DAPUR ANDA
Pembakar roti dari rangkaian ini dilengkapi seting yang boleh dilaraskan supaya roti dibakar mengikut selera anda, sama ada anda lebih menggemari roti bakar yang mempunyai sedikit keperangan atau yang lebih pekat dengan warnanya.Siri Sarapan Vintaj FABER yang menggandingkan reka bentuk klasik dengan inovasi moden yang menawarkan pengalaman gaya hidup hebat dengan penerokaan kulinari di samping menambahkan keanggunan kediaman anda. Sama ada anda gemar memasak atau hanya ingin menyerikan dapur anda, siri ini menjanjikan gaya tersendiri yang lebih unggul untuk anda.
HARGA DAN KETERSEDIAAN |
Siri Sarapan Vintaj FABER kini boleh didapati di pengedar sah Faber, dan platform e-dagang rasmi SEPERTI:
- Laman Web Rasmi: https://www.faber.my/vintage-series
- Lazada: https://www.lazada.com.my/shop/faber-appliances-store
- Shopee: https://shopee.com.my/faber.os
- Tik Tok Shop: https://www.tiktok.com/@faber.os
Jangan lupa layari laman sesawang rasmi Faber iaitu https://www.faber.my/ untuk maklumat lanjut.
#FABERBREAKFASTVINTAGE #PRODUK #GAYAHIDUP
#FABERBREAKFASTVINTAGE #PRODUK #GAYAHIDUP
0 Comments