TALIA BELANJA DUA MOTOSIKAL UNTUK KEMPEN RAMADAN RAYA 2024

TALIA BELANJA DUA MOTOSIKAL UNTUK KEMPEN RAMADAN RAYA 2024

Talia Belanja Dua Motosikal Untuk Kempen Ramadan Raya 2024 | Talia, jenama produk kecantikan dan penjagaan peribadi menawarkan dua buah motosikal untuk pelanggan sepanjang kempen jualan Ramadan dan Syawal kali ini.

Pengasas Talia, Datin Thalia Baiduri berkata motosikal berkenaan sebagai penghargaan buat pelanggan yang terus menyokong dan setia dengan jenama itu.

TALIA BELANJA DUA MOTOSIKAL UNTUK KEMPEN RAMADAN RAYA 2024

"Kali ini antara fokus jualan kita ialah Dolly Milk iaitu susu penggalak untuk putih dengan rasa sedap dan memberikan kesan efektif.

"Saya berkongsi berdasarkan pengalaman sendiri, dulu saya hitam lepas amalkan setahun susu ini Alhamdulillah memang nampak perubahan," katanya pada sidang media majlis Talia Glitz Raya - Budaya Bertemu Busana bersama rakan media di sini.

TALIA BELANJA DUA MOTOSIKAL UNTUK KEMPEN RAMADAN RAYA 2024
PENGASAS TALIA, DATIN THALIA BAIDURI

TALIA BELANJA DUA MOTOSIKAL UNTUK KEMPEN RAMADAN RAYA 2024
HADIR SAMA ADALAH DATUK SHAHRIZA AMIR, SUAMI DATIN THALIA BAIDURI

Thalia Baiduri, 37, lebih mesra dengan panggilan Bunda Lia berkata, Dolly Milk juga diperkaya dengan bahan premium termasuk Korean Pearl Powder dan didatangkan dalam dua perisa iaitu Strawberry serta Honeydew.

Harga bagi setiap botol Dolly Milk ialah RM55 bagi Semenanjung Malaysia manakala RM60 untuk Sabah dan Sarawak.

TALIA BELANJA DUA MOTOSIKAL UNTUK KEMPEN RAMADAN RAYA 2024

Mengulas mengenai cara untuk memenangi dua motosikal itu, Thalia berkata setiap pembeli perlu membuat dua pembelian produk Talia dan kongsikan dalam hantaran di media sosial serta tag lima rakan.

Sempena Syawal kali ini juga, lima edisi rekaan eksklusif baju raya dikeluarkan untuk digayakan pada pagi lebaran nanti.
@reefofficial Siapa nak cantik Raya nanti? Kalau nak, kenalah check out TALIA sekarang! Recently, jenama produk kecantikan dan penjagaan peribadi yang diasaskan oleh Datin @Thalia Baiduri ini menganjurkan acara Glitz Raya bertemakan Budaya Bertemu Busana dimana 5 rekaan baju raya eksklusif untuk wanita serta produk Dolly Milk dan Glam V ditampilkan kepada tetamu! Beliau juga turut menawarkan hadiah berupa dua buah motosikal untuk pelanggan sepanjang kempen jualan Ramadan dan Syawal kali ini. Meriahlah raya nanti! Dapat pakai baju raya lawa, kulit putih gebu dan badan kurus bak kerengga! Jangan lupa check out TALIA tau! #TALIA #TALIABeauty #GlitzRaya #Syawal #HariRaya #Aidilfitri #EidMubarak #Fashion #Beauty #BajuRaya #DollyMilk #GlamV ♬ Nur Amira_Tari Tualang Tiga - ꧁ 𝑹.𝒌𝒂𝒚_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ꧂

"Kita tampilkan lima jenis rekaan lima warna berbeza mengikut koleksi. Rekaan yang ditampilkan juga kontemporari moden dengan potongan baju kurung juga kaftan.

"Lebih menarik saiz sehingga 2XL dan harga di bawah RM250 sahaja," katanya.

Lima rekaan busana Syawal kali ini ialah Thalia, Arisya, Dahlia, Iman dan Baiduri.

TALIA BELANJA DUA MOTOSIKAL UNTUK KEMPEN RAMADAN RAYA 2024
 
Tambahnya, satu lagi produk Talia ialah Glam V iaitu membantu mengurangkan berat badan dengan perisa terbaharu latte.

TALIA BELANJA DUA MOTOSIKAL UNTUK KEMPEN RAMADAN RAYA 2024
 
Dalam usaha menggalakan lebih ramai usahawan dalam kalangan wanita Thalia juga mengalu-alukan mereka yang berminat menceburkan diri dalam perniagaan untuk bersama dengan jenama itu.

"Sertai keluarga kami dan kami akan bimbing untuk kita sama-sama berjaya," katanya yang mula aktif berniaga sejak 2018.

Kongsinya, jenama Talia juga sedang mengintai peluang untuk ke pasaran Indonesia dalam tahun ini menerusi produk Dolly Milk.

Beliau berkata, segalanya dalam perancangan dan akan diumumkan sebelum penghujung tahun ini.

TALIA BELANJA DUA MOTOSIKAL UNTUK KEMPEN RAMADAN RAYA 2024
 
TALIA BELANJA DUA MOTOSIKAL UNTUK KEMPEN RAMADAN RAYA 2024

TALIA BELANJA DUA MOTOSIKAL UNTUK KEMPEN RAMADAN RAYA 2024

TALIA BELANJA DUA MOTOSIKAL UNTUK KEMPEN RAMADAN RAYA 2024

Meskipun sibuk, Thalia mengakui beliau tidak pernah mengabaikan keluarga dan menguruskan rumah tangga setiap hari termasuk memasak.

Suri hati kepada Datuk Shahriza Amir itu berkata, walau apapun status seorang wanita, tugas sebagai isteri dan ibu perlu menjadi keutamaan.

"Ya saya memang ada pembantu rumah, tapi itu bukan alasan saya lepas tangan dan saya tetap masuk dapur dan masak untuk suami dan anak-anak.

"Bagi saya itu penting untuk menawan hati serta amanah kita menjaga keluarga serta pastikan mereka dapat air tangan yang bersih dan sedap.

"Tak kisah masakan biasa sekali pun, biarlah dari tangan kita dan curi juga masa untuk tujuan itu," kata ibu kepada empat cahaya mata itu.

Sementara itu, beliau juga mengakui Ramadan kali ini sangat bermakna kerana dapat bertemu dengan bapa yang terpisah sejak 30 tahun lalu.

Bagi dirinya, bila diberikan rezeki bertemu semula, ini menjadi peluang terbaik untuknya membalas jasa bapanya.

"Macam saya katakan sebelum ini, saya tak mahu fikir yang dulu-dulu, sekarang Allah bagi peluang saya sebagai anak akan cuba yang terbaik," katanya.

Layari www.thaliabaiduri.com untuk info lanjut.


IKUTI TALIA DI FACEBOOK | INSTAGRAM | TIKTOK



#TALIA #TALIAHQ #KECANTIKAN #GLITZRAYA

0 Comments