BI PAY E-DOMPET DI APLIKASI B INFINITE
Seperti aplikasi e-dompet lain, fungsi dan cara guna aplikasi B Infinite adalah sama. Hanya muat turun aplikasi di telefon pintar, daftar akaun, tambah nilai dan anda boleh terus nikmati servis ini. Fungsi e-dompet yang ditawarkan oleh aplikasi B Infinite diberi nama BI Pay.Sebagai info, B Infinite (dahulu dikenali sebagai B Card) yang telah diperkenalkan sejak 2010 lagi merupakan sebuah program kesetiaan pelanggan milik BLoyalty Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Berjaya Corporation Berhad bertujuan untuk mempromosikan kesetiaan pelanggan. B Infinite merupakan program ganjaran gaya hidup dan tertumpu jenama Malaysia, bekerjasama dengan peniaga dari pelbagai industri dan perniagaan untuk menawarkan ahli mereka nilai yang tiada tandingan untuk pilihan gaya hidup mereka.Hari ini, B Infinite mempunyai rangkaian lebih daripada 130 rakan kongsi pedagang, lebih 4,000 kedai di seluruh negara dimana anda boleh menikmati ganjaran seperti mengumpul mata ganjaran iaitu BPoints setiap kali membuat pembelian.
Jika dulu, anda perlu meleret kan kad untuk mendapatkan mata setelah pembayaran menggunakan wang fizikal, tetapi kini dengan hanya menggunakan fungsi BI Pay untuk membuat pembayaran dan secara automatik mata BPoints akan dimasukkan ke dalam aplikasi ini. Ini sudah pasti memberi pengalaman menarik buat pengguna. Senang kata, urusan pembelian lebih berbaloi kerana pembelian anda diberi ganjaran. Mata ganjaran yang terkumpul boleh digunakan untuk penebusan sama ada pembelian baucar atau barangan di premis mahupun secara online di aplikasi B Infinite.
Untuk muat turun, taip sahaja B Infinite di Google Play Store dan App Store. Kemudian lakukan proses pendaftaran dengan mengisi butiran yang diperlukan. Bagi pengguna baru, jangan lupa masukkan kod AFC0EE80 untuk nikmati ganjaran ekstra! Usai proses ini, anda perlu aktifkan fungsi BI Pay pula. Anda perlu menunggu pengesahan daripada pihak B Infinite sebelum boleh menambah nilai dan menggunakan fungsi BI Pay ini.
Setiap RM1 yang anda belanja menggunakan BI Pay, satu mata BPoints akan diberikan. Malah anda juga akan menerima 500 mata ganjaran selepas membuat pendaftaran akaun di B Infinite ini. Anda juga boleh menekan fungsi Daily-Check In untuk mendapatkan mata BPoints. Menari bukan! Bila mata BPoints sudah banyak, anda boleh tebus dengan barangan dan baucar di aplikasi B Infinite ini.
KEMPEN BI PAY SWEEPSTAKES TAWAR HADIAH SEHINGGA RM15 RIBU
Dari sekarang sehingga 30 September 2023, anda yang mempunyai aplikasi B Infinite ini berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik yang berjumlah sehingga RM15 ribu. Menerusi kempen Super B Infinite Payer Sweepstakes (Shop, Collect & Win), anda hanya perlu belanja minimum RM10 untuk mendapatkan satu setem.Kumpul 7 setem dan anda secara automatik akan menyertai kempen ini. Hadiah yang ditawarkan cukup lumayan antaranya penginapan PERCUMA di The Taaras Beach & Spa Resort, iPad, Air5th Gen, PlayStation dan banyak lagi. Kempen ini bermula 4 September sehingga 30 September 2023.
ULASAN PERIBADI APLIKASI B INFINITE
Secara peribadi, saya suka dengan aplikasi B Infinite ini. Proses pendaftaran, tambah nilai dan pengumpulan mata ganjaran juga mudah. Cuma yang menjadikan B Infinite menarik di mata saya adalah ia turut mempunyai beberapa fungsi seperti pembayaran bil, tambah nilai telko, pemberitahuan premis berhampiran kita yang menerima mod pembayaran BI Pay, baucar dan banyak lagi. Pada saya, aplikasi B Infinite ini bukan sahaja memudahkan urusan pembelian, malah memberi pelbagai ganjaran dan pengalaman menarik buat pengguna.Jadi pastikan anda muat turun aplikasi B Infinite sekarang! Jangan lupa masukkan kod AFC0EE80 untuk ganjaran ekstra! Layari laman sesawang rasmi B Infinite di https://www.binfinite.com.my untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh hubungi Pusat Panggilan B Infinite Call Centre menerusi nombor 03-2141 8080 atau emel ke enquiry@binfinite.com.my .
IKUTI B INFINITE DI FACEBOOK | INSTAGRAM
#SOSIAL #GAYAHIDUP #BINFINITE #BINFINITEREWARDS
IKUTI B INFINITE DI FACEBOOK | INSTAGRAM
#SOSIAL #GAYAHIDUP #BINFINITE #BINFINITEREWARDS
0 Comments