Mula menapak dalam pasaran sekitar tahun 1986, Kedai Emas Chiang Heng telah mengalami tranformasi besar dan berjaya mengukuhkan jenamanya sehingga ke hari ini. Sepanjang 37 tahun ini, Kedai Emas Chiang Heng mendapat sokongan padu daripada pelanggan setia dan berjaya memenangi pelbagai anugerah. Buktinya Kedai Emas Chiang Heng telah menerima pengiktiran Entrepreneur Excellence Award The 15th Asia Pacific International (2016), SME 100 Awards Malaysia Fast Moving Companies (2017), Excellence Eagle Award TOP 10 Malaysia 100 Excellent Enterprises (2018), Golden Bull Award The 13th Malaysia Outstanding SME Award (2019). Kejayaan tidak berhenti disitu dimana pada tahun 2020, Kedai Emas Chiang Heng telah mencatatkan rekod sebagai angka jualan tertinggi menerusi Facebook Live oleh The Malaysia Book of Records.
KELEBIHAN MEMBELI EMAS DI KEDAI EMAS CHIANG HENG
Saya berkesempatan singgah di salah sebuah cawangan Kedai Emas Chiang Heng di Puchong baru-baru ini untuk mencari barang kemas emas buat ibunda tercinta. Saat masuk ke ruang premis, saya terkaku seketika. Besar sungguh Kedai Emas Chiang Heng ini dan banyak pilihan barang kemas termasuk emas. Patutlah ramai yang suka datang ke kedai emas, rambang mata dibuatnya. Saya disapa mesra oleh pekerja disini dan sedia membantu. Saya tergamam sekali lagi bila diberitahu harga emas yang dijual disini. Jauh lebih murah dari beberapa kedai emas yang pernah saya pergi. Patutlah ramai yang kata Kedai Emas Chiang Heng terkenal dengan Harga Emas Terendah di seluruh Malaysia.KENAPA EMAS CHIANG HENG MURAH DI PASARAN?
Pasti ada yang musykil benarkah emas di Chiang Heng murah? Kalau benar bak dikata, macam mana mereka boleh memberi tawaran harga murah untuk emas? Ini sebabnya! Kedai Emas Chiang Heng menawarkan harga emas yang terendah kerana mereka tidak perlu mengambil kira kos pemasaran seperti kos sewa di pusat membeli-belah dan kos iklan fizikal. Jika diperhati, memang tiada satu pun cawangan Chiang Heng beroperasi di dalam pusat membeli-belah kerana sewaan mahal berbanding di deretan kedai biasa. Jadi banyak kos yang dapat dijimatkan termasuk harga jualan emas dapat dikurangkan bagi memberi peluang kepada orang ramai memiliki emas pada harga mampu milik.Ada lagi! Kedai Emas Chiang Heng turut menawarkan harga jualan tertinggi di seluruh Malaysia dengan proses pemulangan emas yang jelas dan telus serta tanpa sebarang kos tersembunyi. Paling penting, Kedai Emas Chiang Heng menerima emas untuk dijual semula tanpa banyak syarat dan karenah. Kedai Emas Chiang Heng sedia menerima perhiasan emas yang tidak mempunyai sijil emas, emas berkarat, pecah, dan kemek. Malah, Kedai Emas Chiang Heng juga menerima emas yang telah terbakar dalam kebakaran. Menarik bukan?
CHIANG HENG TAWAR PERTUKARAN TANPA SYARAT DALAM TEMPOH 7 HARI
Satu lagi perkara yang saya suka dengan Kedai Emas Chiang Heng adalah pihaknya menawarkan servis selepas jualan seperti pertukaran tanpa syarat dalam tempoh 7 hari. Maknanya anda boleh menukar saiz atau memulangkan kembali perhiasan emas yang dibeli dalam tempoh 7 hari selepas pembelian dengan syarat tiada sebarang kerosakan. Tak pernah lagi saya dengar kedai emas memberi servis sebegini kepada pelanggan. Selain itu, Kedai Emas Chiang Heng juga menawarkan perkhidmatan membaiki dengan PERCUMA dalam tempoh 30 hari (kecuali jika perhiasan tersebut memerlukan penambahan emas) dan khidmat pembersihan emas PERCUMA seumur hidup, termasuk perkhidmatan rekaan emas menggunakan laser. Menarik bukan!Secara peribadi, saya cukup berpuas hati dengan tawaran yang diberikan oleh Kedai Emas Chiang Heng ini. Harga yang lebih murah, servis lepas jualan yang menarik pasti membuatkan saya untuk datang membeli barang kemas emas di Kedai Emas Chiang Heng ini. Kalau anda suka beli emas, wajib berkunjung ke Kedai Emas Chiang Heng yang mempunyai 19 cawangan di seluruh Malaysia. Anda juga boleh membuat pembelian emas secara atas talian menerusi laman sesawang rasmi Chiang Heng di www.chiangheng.com atau TikTok: https://www.tiktok.com/@chianghengjewellery atau Shopee: www.shopee.com.my/chianghengjewellery .
IKUTI CHIANG HENG JEWELLERY DI FACEBOOK | INSTAGRAM | YOUTUBE | TIKTOK
#CHIANGHENGJEWELLERY #EMASCHIANGHENG #CHIANGHENG #EMASASLI #EMAS916 #EMAS999 #HARGAEMASPALINGRENDAH #THEMALAYSIABOOKOFRECORDS #BANGKEMASEMAS #PAJAKGADAIEMAS #PELABURAN
0 Comments