Saya sempat hadir ke acara MARA Brew 2023 yang dianjurkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) baru-baru ini dan sebagai salah seorang penggemar kopi, saya cukup teruja melihat pelbagai tawaran kopi hipster dari jenama berbeza. Sebagai info, MARA Brew 2023 merupakan sebuah program khusus untuk memperkenalkan dan mempromosi pengusaha kopi dalam industri makanan dan minuman (F&B). Sebanyak 10 vendor kopi telah menyertai program yang telah dijalankan selama empat hari bermula 22 hingga 25 Jun 2023. Antara vendor yang mencuri tumpuan saya pada acara ini adalah BARIISTAR.
SIRAP ONDE-ONDE DAN DURIAN ANTARA TARIKAN BARIISTAR
Bermula sebagai seorang penggemar dan pengusaha kopi, Dr Shahir Suhaimi, 35, mengorak langkah dengan menjadi pengeluar pati sirap jenama BARIISTAR. Melihat kepada perkembangan luar biasa terhadap perniagaan kopi di pasaran maka tercetuslah idea untuk menghasilkan pati sirap BARIISTAR.DR SHAHIR SUHAIMI PENGASAS BARIISTAR |
Walaupun sudah banyak jenama pati sirap di pasaran, namun BARIISTAR yakin dengan variasi produk jenama ini mampu memberi saingan hebat kepada jenama pesaing. Ini kerana selain harga yang lebih murah, pati sirap BARIISTAR mempunyai pensijilan halal daripada pihak JAKIM. Malah, BARIISTAR menawarkan 30 perisa sirap buat pengguna khususnya pengusaha kafe dan kopi antaranya Vanilla, Hazelnut, Salted Caramel, Strawberi, Nenas dan banyak lagi. Antara pati sirap yang menarik perhatian adalah perisa Onde-Onde, Kelapa dan Durian. Jelas Dr Shahir, idea menghasilkan pati sirap rasa tempatan seperti Onde-Onde dan Durian bagi memenuhi kehendak dan selera warga tempatan disamping memudahkan orang ramai mendapat sirap perisa ini.
BARIISTAR SASAR JUALAN RM20 JUTA
Selaku jenama pengeluar pati sirap, BARIISTAR mensasarkan untuk menjadi pengeluar pertama bumiputera dengan memfokuskan rasa tempatan seperti Onde-Onde, Durian, Tembikai, Kelapa, Nenas, Ros dan banyak lagi. Menerusi bantuan MARA yang diberikan dalam bentuk geran, pembiayaan dan bantuan kilang ia banyak membantu BARIISTAR mengembangkan perniagaan ke peringkat lebih tinggi.Walaupun BARIISTAR masih baru dalam pasaran, pencapaian cukup memberangsangkan dimana hasil jualan telah mencapai lebih RM1 juta kurang daripada satu tahun. Bagi memacu lagi potensi perniagaan, BARIISTAR telah menjalin kerjasama dengan beberapa buah syarikat dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Vietnam. Kerjasama ini diharap dapat mengukuhkan hubungan ekonomi terutama bagi perniagaan berskala sederhana. BARIISTAR mensasarkan hasil jualan melebihi RM20 juta untuk tahun 2024 dan cukup optimis memandangkan Indonesia dan Vietnam merupakan hab kopi terbesar di negara ASEAN. Pada masa sama, BARIISTAR turut memfokuskan penjualan dalam negara dengan kerjasama dengan kafe kopi dan kedai-kedai bahan makanan dengan penawaran pelbagai saiz botol yang jauh lebih murah dan menjimatkan kos. Tidak ketinggalan, BARIISTAR turut menawarkan sirap dalam botol kecil untuk kegunaan persendirian di rumah. Sirap BARIISTAR juga boleh digunakan dalam penyediaan minuman lain seperti teh, penyediaan kek & pastri.
#BISNES #BARIISTAR #SIRAP
@bariistarhq JOM NGOPI #syrup #bariistar #coffee #mcdonalds ♬ In Love With You
Kepada anda terutama pengusaha kafe dan restoran yang berminat untuk mendapatkan sirap BARIISTAR ini, anda boleh menghubungi di talian 011-73602406 atau emel ke bariistar.marketing@gmail.com . Pembelian sirap BARIISTAR juga boleh dibuat menerusi laman sesawang rasmi Bariistar di www.bariistar.com dan akaun rasmi di Shopee.
IKUTI BARIISTAR DI FACEBOOK | INSTAGRAM | SHOPEE | TIKTOK
IKUTI BARIISTAR DI FACEBOOK | INSTAGRAM | SHOPEE | TIKTOK
#BISNES #BARIISTAR #SIRAP
0 Comments