RESIPI BEBOLA TENAGA KURMA PISTACHIO KURMA MEDJOOL NATURAL DELIGHTS USA!

RESIPI BEBOLA TENAGA KURMA PISTACHIO KURMA MEDJOOL NATURAL DELIGHTS USA!

Resipi Bebola Tenaga Kurma Pistachio Kurma Medjool Natural Delights USA | Sebut saja kurma terus teringat bulan Ramadan! Tapi sebenarnya kurma bukan sekadar untuk perayaan tertentu sahaja sebab khasiat buah kurma boleh dinikmati setiap hari. Malah jika anda kreatif, anda boleh gunakan buah kurma sebagai bahan utama dalam pelbagai resipi seperti biskut, salad, minuman dan macam-macam lagi! Tak adalah membazir sahaja buah kurma di rumah tu. Mesti ada yang tertanya-tanya, kurma kan ada pelbagai jenis jadi kurma yang mana satu sedap? Kalau tanya saya secara peribadi, saya cukup gemar kurma Medjool daripada Natural Delights kerana isinya padat, bijinya kecil dan rasa manis buahnya just nice!

Untuk pengetahuan anda, kurma Medjool ini memerlukan keadaan tumbesaran yang cukup spesifik dimana penanamannya memerlukan suhu yang tinggi, kelembapan yang rendah dan air yang banyak. Kurma Medjool ini banyak ditanam berdekatan Sungai Colorado, Bard Valley di Amerika Syarikat jadi sebab itu ia menjadi kegemaran rakyat di sana.

Kenapa kurma Medjool Natural Delights menjadi kegemaran saya? Kurma Medjool Natural Delights ini bukan sahaja sedap tetapi padat dengan nutrisi dimana ia mengandungi 16 vitamin dan mineral yang penting, tinggi kalori serta mengandungi 50% lebih tinggi potassium daripada pisang. Malah rasa kurma Medjool Natural Delights ini kaya dengan rasa manis semula jadi, sesuai untuk dijadikan snek atau smoothie yang baik untuk kesihatan. Selain itu, kurma Medjool Natural Delights dari USA ini mengandungi karbohidrat kompleks dihadam pada kadar yang lebih perlahan, menjadikannya sumber serat makanan dan membebaskan tenaga kepada tubuh dalam jangka masa yang lebih lama. Jadi senang untuk anda bawa ke mana sahaja atau simpan sahaja di dalam beg atau laci meja pejabat sebagai pemberi tenaga dan snek sihat. Jom kita buat resipi Bebola Tenaga Kurma Pistachio (Dates Pistachio Energy Balls) ini.


RESIPI BEBOLA TENAGA KURMA PISTACHIO (DATES PISTACHIO ENERGY BALLS)


Masa penyediaan: 30 minit


BAHAN-BAHAN:

10 biji Kurma Medjool Natural Delights (dibuang biji)
1/2 cawan kacang pistachio
1/4 cawan kelapa parut kering (untuk salutan)

CARA PENYEDIAAN:
  1. Asing biji dan isi buah kurma Medjool Natural Delights dan masukkan isi kurma bersama kacang pistachio di dalam mesin pengisar kering.
  2. Selesai mengisar, tuang adunan di dalam mangkuk. Bentukkan adunan menjadi bebola kecil berdiameter 1 inci. Anda akan mendapat sekitar 14 biji bebola untuk satu adunan.
  3.  Gaulkan atau gelekkan bebola yang sudah dibentuk tadi ke dalam kelapa parut kering sehingga salutan sekata.
  4. Selesai salutan, masukkan bebola tadi ke dalam peti ais sekurang-kurangnya 30 minit.
  5. Sedia untuk dihidang!

Fakta Nutrisi (Jumlah per hidangan untuk 2 bebola tenaga)
Kalori – 204Kcal
Protien – 3g
Karbohidrat – 28g
Lemak – 8g
Serat – 4g


KHASIAT DAN KEBAIKAN KURMA MEDJOOL NATURAL DELIGHTS

Banyak kebaikan dan khasiat kurma Medjool Natural Delights USA ini. Ia tinggi kalori terutamanya karbohidrat (74 gram) untuk tenaga yang anda perlukan. Kurma Medjool ini juga tinggi serat semula jadi, dengan hampir 8g serat dalam 100g kurma. Serat semula jadi ini membantu melancarkan pergerakan usus, mengurangkan sembelit dan meningkatkan kesihatan penghadaman secara keseluruhan serta membantu menurunkan kolesterol.

RESIPI BEBOLA TENAGA KURMA PISTACHIO KURMA MEDJOOL NATURAL DELIGHTS USA!

Setiap kurma mengandungi vitamin penting antaranya kolin, vitamin B yang memberi manfaat untuk proses pembelajaran dan ingatan. Ia turut mengandungi vitamin C dan D yang sangat baik untuk membantu mengekalkan keanjalan kulit anda dan memastikan kulit anda licin. Selain itu, kurma kaya dengan kuprum, selenium dan magnesium yang merupakan nutrien yang sangat penting untuk memastikan tulang anda sihat dan mencegah gangguan berkaitan tulang. Ia kaya dengan vitamin K untuk membantu mengawal pembekuan darah dan membantu memetabolismekan tulang anda.

Kurma Medjool Natural Delights juga kaya dengan kepekatan antioksidan memberi manfaat untuk kesihatan jantung dan paru-paru, menjadikannya salah satu makanan yang paling ideal untuk kesihatan jantung. Kepelbagaian antioksidan yang terkandung di dalam kurma Medjool Natural Delights ini membantu melindungi sel anda daripada radikal bebas. Antara antioksidan yang terdapat di dalam kurma Medjool Natural Delights adalah Karotenoid (bermanfaat untuk kesihatan jantung dan juga mengurangkan risiko gangguan berkaitan mata), Flavonoid (antioksidan yang mempunyai sifat anti-radang dimana hasil kajian telah menunjukkan bahawa ia berguna untuk mengurangkan risiko diabetes, penyakit Alzheimer dan jenis kanser tertentu) dan Asid fenolik (mempunyai ciri anti-radang dan membantu mengurangkan risiko beberapa kanser dan masalah jantung).

RESIPI BEBOLA TENAGA KURMA PISTACHIO KURMA MEDJOOL NATURAL DELIGHTS USA!

Tidak dinafikan lagi bahawa kurma Medjool memberi pelbagai kebaikan dan manfaat kepada tubuh badan manusia. Anda hanya perlukan sedikit kreativiti untuk menghasilkan menu yang bukan sahaja sihat tetapi sedap untuk dinikmati. Nah! Cubalah resipi Bebola Tenaga Kurma Pistachio hari ini. Menu ini juga sesuai dijadikan sebagai snek atau hidangan seisi keluarga dan sahabat handai. Layari https://www.naturaldelights.com untuk maklumat lanjut.

IKUTI KURMA MEDJOOL NATURAL DELIGHTS DI FACEBOOK | INSTAGRAM


#NATURALDELIGHTS #NDMEDJOOLDATES

0 Comments