JAM TANGAN PINTAR KIESLECT CALLING WATCH KS BERBALOI KE BELI?

JAM TANGAN PINTAR KIESLECT CALLING WATCH KS BERBALOI KE BELI?

Jam Tangan Pintar Kieslect Calling Watch Ks Berbaloi Ke Beli | Selain berfungsi sebagai penunjuk waktu, jam tangan sudah menjadi aksesori fesyen wajib pada setiap orang. Tidak lengkap rasanya gaya di tubuh tanpa mengenakan seutas jam di lengan. Seiring peredaran waktu, jam tangan sudah melalui pelbagai fasa revolusi baik dari segi rekaan mahupun fungsi. Ia kini bukan sahaja sekadar melihat waktu, tetapi sudah menjadi gajet penting dalam kehidupan seharian. Ini dapat dilihat dengan kemunculan pelbagai pilihan jam tangan pintar di pasaran. Selain telefon pintar, tidak dinafikan bahawa jam tangan pintar banyak membantu memudahkan urusan harian. Ia bukan sekadar untuk melihat waktu, jam tangan pintar memudahkan kita untuk membaca mesej, menjawab panggilan telefon, memantau kesihatan dan aktiviti sukan, menjadi reminder dan macam-macam lagi.

Namun, apakah jam tangan pintar yang berbaloi untuk dibeli? Pada pandangan saya, asalkan ia mempunyai fungsi-fungsi yang anda perlukan dan pada masa berada dalam julat bajet anda susah memadai. Pastinya semua mahukan harga yang murah bukan? Untuk saya sendiri, jam tangan pintar merupakan satu keperluan untuk memudahkan aktiviti harian saya. Beberapa carian telah dilakukan di internet dan media sosial namun rata-rata harga menjadi kekangan sehingga saya ketemu Kieslect. Ya, jenama Kieslect berjaya menarik perhatian saya baik dari segi harga dan spesifikasi. Akhirnya saya memilih untuk membeli Kieslect Calling Watch Ks.

JAM TANGAN PINTAR KIESLECT CALLING WATCH KS BERBALOI KE BELI?

Barangkali ada yang tertanya-tanya akan jenama Kieslect ini. Untuk pengetahuan semua, jenama Kieslect telah ditubuhkan sekitar tahun 2017 dan telah bekerjasama dengan pembekal teknologi terkemuka supaya dapat menyediakan produk yang berkualiti. Sehingga kini, Kieslect mempunyai lebih 5000 lokasi runcit di lebih 60 buah negara dan mempunyai lebih daripada 600 orang pekerja di seluruh dunia. Malah kesemua produk keluarannya diperakui dengan pensijilan CE, RoHS, FCC, dan UKCA menjadikan ia satu jenama yang berkualiti. Bukan itu sahaja! Daya kreativiti Kieslect dengan menggabungkan teknologi tanpa wayar (wireless) termaju dengan rekabentuk terkini penuh gaya melayakkan mereka untuk meraih pelbagai anugerah antaranya Red Dot Design Award, iF Design Award dan German Design Award.


APA YANG MENARIK PADA KIESLECT CALLING WATCH Ks

Saya memang sudah lama mencari jam tangan pintar. Bukan apa, selain telefon pintar, jam tangan pintar cukup penting dalam urusan seharian saya. Bila mesej dan panggilan masuk, kadang-kadang agak sukar untuk saya mencapai telefon bila berada di poket seluar. Lagi stress bila berada di tempat sesak seperti dalam bas, LRT atau MRT. Jadi dengan adanya jam tangan pintar, saya hanya perlu melihat di skrin jam sahaja. Tapi, dalam banyak-banyak jenama jam pintar, kenapa saya memilih Kieslect Calling Watch Ks? Ini sebabnya.

JAM TANGAN PINTAR KIESLECT CALLING WATCH KS BERBALOI KE BELI?

Kieslect Calling Watch Ks tampil dengan skrin Super AMOLED 1.78 inci (resolusi 368 x 448 piksel) dengan paparan besar berwarna-warni memberi gerak isyarat leret yang cukup lancar. Malah saya mudah dan jelas untuk melihat paparan skrin tanpa gangguan bar hitam. Selain itu, Kieslect Calling Watch Ks ini hadir dengan sambungan Bluetooth 5.2 yang stabil dan kuat jika dibandingkan dengan jam tangan Huawei GT serta mempunyai pembesar suara dan mikrofon yang padu untuk bunyi yang jelas terutamanya bila menjawab panggilan telefon. Iya, saya boleh terus menjawab panggilan telefon dengan jam tangan pintar ini tanpa perlu mengambil telefon pintar di poket. Jam tangan pintar Kieslect Calling Watch Ks ini didatangkan dengan cip panggilan teras 2-dalam-1 ke-3 terbaik di dunia selepas produk Apple dan Samsung. Cip terbina ini mampu menjimatkan penggunaan kuasa 30% lebih rendah daripada dwi cip dan bersaing dengan 10 jam tangan nipis calina teratas dari segi jangka hayat bateri. Senang kata, ianya pantas, stabil dan cekap tenaga untuk pengalaman terbaik.

JAM TANGAN PINTAR KIESLECT CALLING WATCH KS BERBALOI KE BELI?

JAM TANGAN PINTAR KIESLECT CALLING WATCH KS BERBALOI KE BELI?

JAM TANGAN PINTAR KIESLECT CALLING WATCH KS BERBALOI KE BELI?

Apa yang menarik lagi tentang Kieslect Calling Watch Ks ini? Ia hadir dengan Amaran Kadar Jantung Tidak Normal, penderia denyutan jantung lanjutan yang boleh memantau kadar denyutan jantung anda sepanjang hari. Hanya tetapkan julat kadar denyutan jantung tertinggi dan terendah yang anda inginkan, dan terima amaran apabila ia berada di luar julat. Fungsi ini cukup bagus khusus buat mereka yang aktif bersukan dan mereka yang bekerja di bawah tekanan. Selain itu, jam tangan pintar ini hadir dengan fungsi SpO2, iaitu ukuran jumlah oksigen yang dibawa oleh darah anda. Bagi individu yang sihat, ukuran SpO2 biasa adalah antara 96% hingga 99%. Jam tangan ini juga hadir dengan fungsi semakan kadar denyutan jantung, pemantauan tidur, latihan pernafasan, ujian tekanan dan emosi. Senang kata, anda boleh pantau kesihatan tubuh badan dengan kerap.

JAM TANGAN PINTAR KIESLECT CALLING WATCH KS BERBALOI KE BELI?

Buat para atlit dan peminat sukan, anda pasti suka dengan jam tangan pintar Kieslect Calling Watch Ks ini kerana ia hadir dengan 100 mod sukan untuk memudahkan anda mencapai sasaran latihan kecerdasan yang anda mahukan! Jam tangan pintar ini hadir bersama Butang Kedua Multi Fungsi yang menawarkan pelbagai pilihan seperti mod sukan dengan sekali tekan, mengaktifkan pembantu suara dengan menekan dua kali dan memasuki mod bantuan SOS dengan tindakan tekan dan tahan selama beberapa saat. Sambil bersenam mahu mendengar muzik kegemaran? Tiada masalah! Dengan sambungan High Definition Music Playlist on Wrist, anda boleh nikmati muzik terus dari jam tangan pintar ini. Fungsi lain yang menarik pada Kieslect Calling Watch Ks adalah Always On Display (AOD), AI Voice Assistant, kalis air IP68, Customize Watch Faces, Perlindungan Kata Laluan, Find Phone, Kawalan Kamera, Drinking Reminder, Calculator, Lampu Suluh dan banyak lagi.

JAM TANGAN PINTAR KIESLECT CALLING WATCH KS BERBALOI KE BELI?

Jam tangan pintar Kieslect Calling Watch Ks ini didatang bersama aplikasi Kie OS dimana anda hanya perlu muat turun aplikasi ini di telefon pintar untuk pengalaman terbaik dalam penggunaan jam tangan pintar ini.

JAM TANGAN PINTAR KIESLECT CALLING WATCH KS BERBALOI KE BELI?



BERBALOI KE BELI KIESLECT CALLING WATCH Ks

Ini adalah soalan yang pasti akan diajukan kepada saya bertubi-tubi. Setelah hampir sebulan menggunakan jam tangan pintar ini, jawapan saya adalah sangat berbaloi! Jam pintar Kieslect Calling Watch Ks memenuhi kesemua keperluan saya dan pada masa sama ia benar-benar berkualiti pada harga cukup mesra poket. Sekarang jika ada panggilan masuk, saya hanya perlu menjawab terus dari jam tangan pintar Kieslect Calling Watch Ks ini. Malah ia memudahkan saya untuk membaca sebarang mesej dan notifikasi yang masuk secara sepintas lalu tanpa perlu mengambil telefon. 

JAM TANGAN PINTAR KIESLECT CALLING WATCH KS BERBALOI KE BELI?

Jika dulu saya sukar untuk pantau kesihatan saya, tapi kini saya boleh mendapatkan bacaan oksigen dalam darah, degupan jantung, kualiti tidur terus dari jam tangan pintar ini. Lagi menarik bila jam tangan ini sentiasa mengingatkan bila perlu meminum air! Fungsi Camera Control yang terdapat pada Keislect Calling Watch Ks ini memang life savior! Kini saya tak perlu nak susahkan orang lain untuk ambil gambar saya! Selain itu, dalam kotak tersedia dua jenis tali untuk kita sesuaikan dengan pemakaian dan acara yang kita hadiri. Jadi senang kata, jam tangan ini memang sesuai dipakai bila-bila masa di mana sahaja sama ada ketika bersukan, ke pejabat mahupun acara santai. Memang berbaloi sungguh memiliki Kieslect Calling Watch Ks ini.

JAM TANGAN PINTAR KIESLECT CALLING WATCH KS BERBALOI KE BELI?

Jika jam tangan pintar Kieslect Calling Watch Ks anda mengalami masalah, jangan risau! Ini kerana Kieslect menawarkan perlindungan jaminan gantian selama setahun. Jadi anda boleh menukar mana-mana produk yang rosak (tidak termasuk aksesori) dalam tempoh setahun selepas pembelian dengan produk baru. Walau bagaimanapun, Kieslect berhak untuk menolak penggantiaan produk jika kerosakan yang berlaku disebabkan oleh kesilapan manusia.
@reefofficial Jam tangan raya! Waktu lebaran ni lah nak melaram lebih kan! Hihihi! Sekarang ni memang zaman orang guna jam tangan pintar (smartwatch). Selain fungsi melihat waktu dan pelengkap gaya, smartwatch ni banyak kegunaannya untuk kehidupan seharian kita. Siapa yang sedang mencari smartwatch tu, you guys kena check out Kieslect Calling Watch Ks ni! Spesifikasi mercu pada harga mesra poket! Antara kelebihan: ✅Skrin 1.78 inci Super AMOLED ✅Bluetooth 5.2 yang lebih stabil ✅100 mod sukan ✅Dijana oleh cip 2 dalam 1, ketiga terbaik di dunia ✅Fungsi indikator Amaran Kadar Jantung Abnormal, Sp02, kadar degupan jantung, pemantaun tidur Info lanjut di blog saya! #kieslect #kieslectks #kieslectkrpro #kieslectlora #kieslectkr #kieslectmy #kieslectmalaysia #smartwatch #ladywatch #fashionwatch #health #fashion #fitness ♬ Teman - Iman Troye

Jadi, sudah teruja untuk memiliki? Dapatkan jam tangan pintar Kieslect daripada laman e-dagang rasmi Shopee (https://shopee.com.my/kieslect.os). Istimewa buat pembaca setia blog saya, nikmati diskaun untuk pembelian jam tangan pintar Kieslect dengan menggunakan kod dibawah:

KIESLORA - Diskaun RM5 untuk Kieslect Lady Calling Watch Lora
KIESKS - Diskaun RM10 untuk Kieslect Calling Watch Ks
**Kod ini hanya boleh digunakan di Shopee sahaja dan first come first serve basis.

IKUTI KIESLECT DI FACEBOOK | INSTAGRAM | TWITTER | LEMON8 | TIKTOK



#KIESLECT #KIESLECTKS #KIESLECTKRPRO #KIESLECTLORA #KIESLECTKR #KIESLECTMY #KIESLECTMALAYSIA #SMARTWATCH #LADYWATCH #FASHIONWATCH #HEALTH #FASHION #FITNESS

0 Comments