Bila tiba bulan Ramadan, selain amalan berpuasa dan bertarawih, kemeriahan bulan mulia ini dapat dilihat dengan kebanjiran bazar dan bufet Ramadan. Ramai mengambil peluang untuk menikmati pelbagai juadah enak. Menu seperti Kambing Golek, Martabak, Roti John, Tepung Pelita adalah antara menu wajib berada di meja makan untuk santapan berbuka puasa. Dek sebab itu banyak bufet Ramadan yang menawarkan menu-menu ini sebagai daya tarikan. Tahun ini, saya tidak melepaskan peluang untuk mencuba beberapa bufet Ramadan di sekitar Lembah Klang. Antaranya adalah bufet Ramadan di The Venue Shah Alam.
THE VENUE SHAH ALAM BAWA TEMA SPARKLE JOURNEY OF RAMADAN
Bagi anda yang mengikuti blog saya, The Venue Shah Alam merupakan antara lokasi kegemaran saya setiap tahun. Tahun ini, The Venue Shah Alam kembali dengan tawaran istimewa bufet Ramadan di lokasi baru iaitu Astana Wedding Place & Function Space yang terletak di Seksyen 14 Shah Alam.ASTANA WEDDING PLACE & FUNCTION PLACE |
Tampil dengan tema Sparkle Journey of Ramadan, bufet Ramadan 2023 The Venue Shah Alam membawakan lebih 80 sajian serta hampir 20 gerai menu berbuka puasa. Gerai Selera Kampung menawarkan variasi lauk pauk Melayu seperti menu signatur Ayam Baghdad, Daging Masak Lemak Cili Padi, Daging Kerutup, Lala Masak Pedas dan banyak lagi. Tidak lengkap selera kampung tanpa Ulam-Ulaman dan aneka Kerabu.
Tidak dilupa pencuci mulut seperti aneka kuih-muih Melayu, kek dan bubur, aiskrim, buah-buahan tersedia buat pengunjung. Pilihan minuman sejuk dan panas juga disediakan untuk membasahi tekak setelah seharian berpuasa. The Venue Shah Alam turut menawarkan gerai khas buat penggemar kopi Latte dengan menyediakan mesin kopi bru buat anda.
HARGA BUFET RAMADAN 2023 THE VENUE SHAH ALAM
Pastinya, ini merupakan antara tawaran bufet Ramadan pada tahun 2023 yang cukup berbaloi pada saya kerana banyak pilihan menu berbuka puasa yang sedap dan pasti membangkit selera menanti anda di The Venue Shah Alam. Kemudahan parkir, surau, ruang dewan berhawa dingin yang luas dimana boleh menempatka ratusan pengunjung dalam satu masa.Bukan itu sahaja! Setiap pengunjung yang hadir berbuka puasa di sini berpeluang menyertai cabutan bertuah dan membawa pulang hadiah utama berupa motosikal Modenas Kriss 110 serta pelbagai hamper menarik.
- RM75/dewasa
- RM48/ kanak-kanak 5 hingga 12 tahun (bawah 4 tahun PERCUMA)
- RM60/warga emas berusia 60 tahun ke atas
- RM700/meja untuk 10 orang
Bagi anda yang berminat untuk berbuka puasa di The Venue Shah Alam, anda boleh hubungi nombor tertera untuk tempahan dan pertanyaan lanjut.
IKUTI THE VENUE SHAH ALAM DI FACEBOOK | INSTAGRAM | TIKTOK
IKUTI THE VENUE SHAH ALAM DI FACEBOOK | INSTAGRAM | TIKTOK
LOKASI BUFET RAMADAN 2023 THE VENUE SHAH ALAM
ASTANA WEDDING PLACE & FUNCTION SPACE
JALAN IKHTISAS, SEKSYEN 14,
40000 SHAH ALAM, SELANGOR.
#BUFETRAMADAN2023 #THEVENUESHAHALAM #RAMADAN2023
0 Comments