Baru-baru ini, rakan saya ada mencadangkan sebuah produk jenama GKB. Hasil testimoni beliau, produk GKB ini bagus untuk penjagaan usus, metabolisme dan imuniti badan. Jika dulu beliau sering cepat letih, susah nak ‘membuang’, kulit kusam, kini tidak lagi. Melihat kepada perubahan positif ini, saya teruja untuk mencuba apakah benar produk GKB ini berkesan.
KENALI GKB
Sebelum mencuba, kita perlulah rajin untuk membuat sedikit research tentang sesuatu produk. Jangan main makan sahaja! Untuk info, GKB (GK BIO International Sdn. Bhd.) merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan sejak tahun 2018 hasil usaha sama All Cosmos Bio-Tech Holding Corporation dan Grape King Bio Taiwan. Fokus utama syarikat ini adalah menghasilkan produk kesihatan berkualiti tinggi pada harga mampu milik kepada orang ramai. Hasil carian juga mendapati bahawa produk GKB mempunyai sijil Halal daripada JAKIM, PIC/S GMP, ISO22000, HACCP NSF GMP, TQF, kawalan kualiti tahap 2 TFDA, pensijilan standard pembuatan cemerlang GMP Malaysia, FSSC 22000 dan ISO/IEC TAF 17025.GKB menggunakan lebih daripada 40 jenis cendawan dan probiotik yang telah dikembangkan menerusi inovasi bioteknologi menjadi bakteria yang tahan asid, aktif, sihat dan bermanfaat pada tubuh badan. Hasilnya, ia dapat meningkatkan fungsi fisiologi, metabolisme dan imuniti, melawaskan pencernaan dan melegakan masalah cirit-birit. Tahukah anda bahawa GKB merupakan satu-satunya syarikat yang menghasilkan probiotik empat lapisan pelindung khusus untuk penyerapan optimum pada usus. Ya, Kelebihan utama probiotik GKB adalah dihasilkan dengan teknologi paten lapisan pelindung pelbagai antioksidan dalam bentuk granul. GKB ialah satu-satunya syarikat suplemen kesihatan dengan empat lapisan pelindung untuk probiotiknya, untuk memastikan probiotik berjaya sampai ke usus dengan kadar kelangsungan hidup yang tinggi!
GKB HADIR DENGAN 5 PRODUK SUPLEMEN UNTUK PERUT DAN USUS
Tahukah anda bahawa semakin tinggi kadar bakteria probiotik dalam usus manusia dapat mengurangkan kadar toksik dan seterusnya menjadikan usus kita lebih sihat. Jadi disini jelas bahawa kesihatan usus amat penting bagi penyerapan nutrien dari pemakanan yang diambil setiap hari. Gaya hidup masa kini yang sentiasa sibuk, ditambah pula dengan tekanan di tempat kerja menyebabkan kita seringkali mengabaikan penjagaan kesihatan dan pemakanan yang teratur. Oleh itu, pengambilan suplemen berasaskan probiotik ini dapat membantu meningkatkan fungsi penghadaman dan sistem imun badan. Bak kata pepatah, nak cantik luaran kenalah cantik dari dalam dulu!@reefofficial Setel! Siapa ada masalah sembelit, susah nak membuang? Lepas ni insyaAllah masalah itu akan di atasi dengan produk GKB ini. Saya memang seringkali berhadapan masalah ini. Makan tak tentu masa, waktu tidur pun dah tak betul. Bila sistem badan dah kacau, memang memberi kesan pada sistem pencernaan. Badan pun jadi lesu, sakit kepala, kulit kusam. Macam-macam hal lah! Alhamdulillah, sejak amal produk suplemen @mygkb , proses 'membuang' semakin baik. Kulit pun semakin sihat. Produk GKB yang saya amalkan adalah: ✅GKB G-Pro Gold membantu mengurangkan sembelit ✅GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 membantu mengurangkan berat badan, meningkatkan tenaga, menjadikan badan lebih langsing, membaikpulih sistem penghadaman dan mengawal minyak dalam badan. ✅GKB Probizymes membantu mengurangkan gastritis ✅GKB Probio+ membantu memperbaiki usus ✅GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus membantu memperbaiki kulit, meningkatkan imuniti dan mencegah alat kelamin wanita Nak dapatkan dekat mana produk hebat ini? Singgah saja mana-mana farmasi berhampiran termasuk Alpro Pharmacy. Layari www.mygkb.com untuk pembelian secara online dan info lanjut. #gkbinternational #gkbsoftlaunch2023 #gkbprobiotics #gkbspacesuit #probiotik ♬ Calm Down - Rema
Antara produk terbaru GKB yang saya amalkan adalah:
GKB LACTOBACILLUS PLANTARUM GKM3
Bagi anda yang sering menjamah makanan berminyak, saya sarankan anda mengambil produk GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 dimana ia khusus untuk mengawal minyak dan mengurangkan kalori dalam badan. Ini kerana GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 mengandungi Lactobacillus plantarum, satu- satunya bakteria yang berfungsi untuk menyerap minyak serta asid urik dan lipid darah. Produk berbentuk kapsul ini juga membantu mengurangkan penyerapan kalori, meningkatkan tenaga, membantu sistem penghadaman dan mengurangkan berat badan. Malah pengambilan 1 kapsul sekali sehari atau seperti yang disarankan oleh doktor/ahli farmasi, sebaiknya selepas makan ini juga dapat meningkatkan kelembapan kulit dan mengurangkan kesan kerosakan kulit akibat sinaran UV.Tidak dinafikan, hasil amalan secara konsisten membuahkan hasil kerana saya tidak lagi mengalami masalah sembelit dan pada masa sama, kulit saya lebih sihat dan badan lebih bertenaga sepanjang hari.
GKB G-PRO GOLD
Sebuah lagi produk GKB khusus untuk merawat masalah sembelit iaitu GKB G-Pro Gold. Masalah sembelit adalah antara isu yang sering saya hadapi. Waktu makan yang tidak teratur, jadual tidur yang tidak menentu, lagi parah bila tiap kali saya travel sehingga sukar untuk membuang air besar secara konsisten. Dengan adanya produk GKB G-Pro Gold ini yang mengandungi 10 jenis probiotik dan 2 jenis prebiotik ini, ia dapat memperbaiki usus dan sesuai untuk mereka yang mengalami masalah iritasi usus, cirit-birit teruk dan sembelit. Setiap kapsul produk GKB berasaskan tumbuhan ini mengandungi sejumlah 80 billion bakteria probiotik hidup. Cara pengambilan adalah 1 kapsul sekali sehari atau seperti yang disarankan oleh doktor/ahli farmasi, sebaiknya selepas makan.Yes, produk ini sudah semestinya kegemaran saya yang sering mengalami masalah sembelit. Sistem pembuangan saya kini lebih lancar dan teratur sejak mengamalkan GKB G-Pro Gold ini.
GKB PROBIO+
Produk GKB Probio+ pula dihasilkan untuk memperbaiki fungsi usus dan seterusnya menjadikan usus kita lebih sihat. Ia mengandungi 5 jenis bakteria probiotik yang aktif serta 4 jenis prebiotik untuk proses pencernaan yang baik. Setiap sachet mengandungi sejumlah 20 billion bakteria probiotik hidup memberi lebih perlindungan kepada saluran usus agar proses pencernaan lebih lancar dan penyerapan nutrien lebih baik.Produk GKB Probio+ ini juga saya amalkan 1 sachet (serbuk 3g) dimakan secara terus atau dicampur ke dalam segelas air dua kali sehari. Kesan positif, saya mudah untuk membuang air besar. Dulu saya sering minum teh detoks tapi kesannya membuatkan perut saya sering memulas teruk. Namun sejak saya amalkan GKB Probio+, saya tidak alami lagi masalah perut memulas.
GKB PROBIZYMES
GKB LACTOBACILLUS RHAMNOSUS PLUS
REVIEW PRODUK GKB
Secara peribadi, Saya cukup teruja dan berterima kasih kerana diperkenalkan produk GKB ini. Sejak saya mengamalkan secara konsisten, hasil yang ketara adalah saya sudah mudah membuang air besar. Badan juga sudah kurang lesu dan semakin bertenaga. Benarlah bak dikata, jika usus kita bersih dan sihat, mudah untuk penyerapan nutrisi dan seterusnya badan kekal sihat dan bertenaga. Jadi kepada anda di luar sana yang mengalami masalah seperti saya, anda boleh mendapatkan produk GKB ini di farrmasi besar berhampiran termasuk di Alpro Pharmacy. Apa-apa pun, dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi sebelum membeli ya.
Dapatkan produk GKB di platform jualan rasmi GKB di seluruh farmasi utama di Malaysia termasuk di wilayah Tengah: Alpro Pharmacy, M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy, Melaka: Alpro Pharmacy, Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak, Penang: Alpro Pharmacy, MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy, Perak: Alpro Pharmacy, HTM Pharmacy, Pantai Timur: Alpro Pharmacy, Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan, wilayah Selatan: Alpro Pharmacy, The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy, Sabah: Alpro Pharmacy, LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy, Sarawak: Alpro Pharmacy, Trinity Pharmacy, Hometown Pharmacy, Mana Pharmacy.
Layari https://www.mygkb.com/Article/Detail/1188 untuk senarai terkini farmasi. Layari laman sesawang rasmi GKB MALAYSIA di https://www.mygkb.com untuk maklumat lanjut.
0 Comments