MASAK SENDIRI 340 KG SOTONG UNTUK SEDEKAH MASJID, RAMAI PUJI KEIHKLASAN PASANGAN INFLUENCER

MASAK SENDIRI 340 KG SOTONG UNTUK SEDEKAH MASJID, RAMAI PUJI KEIHKLASAN PASANGAN INFLUENCER

Masak Sendiri 340 KG Sotong Untuk Sedekah Masjid, Ramai Puji Keihklasan Pasangan Influencer | Sebagai umat Islam, adalah menjadi kewajipan bagi setiap hamba-Nya melakukan kebaikan sesama manusia. Hal ini termasuklah amalan bersedekah kepada golongan yang memerlukan, sekali gus menjamin pahala berganda. Apatah lagi jika sesuatu yang ingin disedekahkan itu disediakan sendiri oleh si penderma.

Begitulah yang dilakukan pempengaruh dan usahawan, Aleeya Zailan dan suaminya, Azri Aziz atau Big Boss yang seikhlas hati memasak sendiri hidangan untuk diagihkan kepada 340 jemaah masjid sempena sambutan Maulidur Rasul di Masjid As-Syakirin Gombak, Selangor baru-baru ini.

MASAK SENDIRI 340 KG SOTONG UNTUK SEDEKAH MASJID, RAMAI PUJI KEIHKLASAN PASANGAN INFLUENCER

MASAK SENDIRI 340 KG SOTONG UNTUK SEDEKAH MASJID, RAMAI PUJI KEIHKLASAN PASANGAN INFLUENCER

Menerusi video dikongsikannya di media sosial, kelihatan Aleeya dan Azri serta beberapa pembantu bertungkus-lumus menyediakan masakan.

"Sebanyak 340 kilogram sotong sedia untuk dimasak sebelum dibawa ke masjid bagi menjamu jemaah yang hadir.

MASAK SENDIRI 340 KG SOTONG UNTUK SEDEKAH MASJID, RAMAI PUJI KEIHKLASAN PASANGAN INFLUENCER

MASAK SENDIRI 340 KG SOTONG UNTUK SEDEKAH MASJID, RAMAI PUJI KEIHKLASAN PASANGAN INFLUENCER

"Bahkan, kami turut menyajikan beberapa lauk lain seperti sambal sardin, gulai daging dan sayur goreng," celotehnya sambil sibuk menumis bahan.

Mencecah ratusan ribu tontonan, rata-rata warganet menyifatkan sikap ditunjukkan Aleeya dan keluarganya itu sesuatu yang jarang berlaku dalam kalangan individu berstatus jutawan.

MASAK SENDIRI 340 KG SOTONG UNTUK SEDEKAH MASJID, RAMAI PUJI KEIHKLASAN PASANGAN INFLUENCER

MASAK SENDIRI 340 KG SOTONG UNTUK SEDEKAH MASJID, RAMAI PUJI KEIHKLASAN PASANGAN INFLUENCER

MASAK SENDIRI 340 KG SOTONG UNTUK SEDEKAH MASJID, RAMAI PUJI KEIHKLASAN PASANGAN INFLUENCER

Masakan tidak, mereka berpendapat bahawa Aleeya semestinya mampu mengupah katerer bagi memesan sebarang menu diingini, namun pasangan berkenaan berbesar hati untuk melakukannya sendiri dari awal hingga akhir.

Bukan itu sahaja, mereka turut memberi sumbangan dalam bentuk barangan asas dan keperluan harian kepada para asnaf dalam kariah masjid tersebut.

Lebih menarik menurut Aleeya, segala bahan masakan dibeli menggunakan duit gift diberikan pengikutnya ketika bersiaran langsung di TikTok dan Facebook.

#BERITA #VIRAL

0 Comments