SAKSIKAN EPISOD AKHIR SHE WAS PRETTY VERSI BAHASA MALAYSIA DI APLIKASI VIU

SAKSIKAN EPISOD AKHIR SHE WAS PRETTY VERSI BAHASA MALAYSIA DI APLIKASI VIU

Saksikan Episod Akhir She Was Pretty Versi Bahasa Malaysia Di Aplikasi Viu | Bagi peminat tegar K-drama, drama She Was Pretty pastinya berada dalam senarai drama kegemaran. Drama bergenre komedi romantik yang juga adaptasi daripada kisah benar pernah mencetus fenomena sekitar tahun 2015 dibarisi oleh pelakon hebat antaranya Hwang Jung-eum, Park Seo-joon, Go Joon-hee dan Choi Si-won. Walaupun sudah 7 tahun usia drama ini, auranya masih berbisa. Jika anda tidak berpeluang menonton, jangan risau kerana ini She Was Pretty versi Bahasa Malaysia sedang ditayang di aplikasi Viu.

Viu, perkhidmatan penstriman video OTT pan serantau terkemuka diterajui oleh PCCW telah menghasilkan semula drama Viu Original She Was Pretty dalam versi Bahasa Malaysia serta membariskan pelakon hebat dari Malaysia sepenuhnya. Encik Kingsley Warner, Pengurus Negara untuk Viu Malaysia berkata She Was Pretty mempunyai penceritaan yang berjaya. Drama ini bukan sahaja popular di Korea, malah ia telah dihasilkan semula dalam pelbagai bahasa di pelbagai negara. Atas penangan luar biasa drama ini maka terhasilkan semula drama She Was Pretty dengan menyerapkan gaya hidup, budaya dan persekitaran Asia Tenggara kepada pengikut aplikasi Viu.

Drama Viu Original She Was Pretty versi Bahasa Malaysia sudah bersiaran di aplikasi Viu pada 23 Jun menerusi tayangan tiga episod pertama diikuti 2 episod seterusnya ditayangkan pada setiap hari Khamis setiap minggu. Kini, bersedia untuk kita sama-sama menyaksikan kesinambungan drama hebat ini kerana tiga episod akhir seterusnya melengkapkan 16 episod akan mula ditayangkan pada 4 Ogos ini.


SINOPSIS SHE WAS PRETTY VERSI BAHASA MALAYSIA

She Was Pretty adalah sebuah drama komedi romantik, yang menceritakan kisah dua orang sahabat lama, Nadia (Diana Danielle) dan Haniff (Aiman Hakim Ridza) yang berkawan baik semasa di zaman kanak-kanak. Pada waktu itu, Haniff merupakan seorang yang gemuk manakala Nadia seorang yang cantik dan popular. Walaupun berbeza penampilan dan personaliti bukan halangan mereka untuk menjadi akrab. Namun, mereka terpisah kerana Haniff terpaksa mengikut keluarganya berpindah ke luar negara.

SAKSIKAN EPISOD AKHIR SHE WAS PRETTY VERSI BAHASA MALAYSIA DI APLIKASI VIU

Kini 15 tahun berlalu dan Haniff sudah kembali ke tanah air. Beliau tidak pernah melupakan Nadia jadi memulakan pencarian untuk bertemu kembali dengannya. Sepanjang 15 tahun mereka terpisah banyak perkara yang telah berlaku pada Nadia dan paling ketara dengan perubahan dirinya yang tidak semanis dan secantik dahulu. Dan Haniff pula kini menjadi lelaki yang cukup bergaya dan mempunyai jawatan yang tinggi.

Nak dijadikan cerita, Haniff menjadi boss di syarikat majalah fesyen The Most dan pada masa sama Nadia juga berkerja di syarikat tersebut tetapi Haniff masih tidak menyedari bahawa Nadia ada disitu. Maka pelbagai adegan lucu telah berlaku kerana Nadia cuba mengelak daripada Haniff kerana malu dengan rupa parasnya sekarang namun menyimpan perasaan ke atas Haniff. Ditambah pula dengan kehadiran rakan sekerjanya Ashraff (Alvin Chong) dan Kejora (Daniella Sya) yang memberi seri kepada perjalanan kehidupan Nadia. Dalam diam, Ashraff menyimpan perasaan terhadap Nadia dan Kejora (Jo) pula mula jatuh cinta dengan Haniff. Apakah kesudahan kuisah cinta antara mereka? Siapa yang menjadi pilihan Nadia? Anda kena saksikan sendiri drama She Was Pretty versi Bahasa Malaysia di Viu.

SAKSIKAN EPISOD AKHIR SHE WAS PRETTY VERSI BAHASA MALAYSIA DI APLIKASI VIU

SAKSIKAN EPISOD AKHIR SHE WAS PRETTY VERSI BAHASA MALAYSIA DI APLIKASI VIU

Watak Nadia dilakonkan oleh Diana Danielle, yang melakonkan watak utama dalam siri Viu Original, Ganjil pada tahun 2021 dan merupakan pemenang Pelakon Wanita Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin pada tahun 2019 untuk watak yang dilakonkan dalam Gol & Gincu Vol. 2. Watak Haniff pula dilakonkan oleh Aiman Hakim Ridza, yang popular dengan lakonannya dalam Kimchi Untuk Awak dan merupakan pemenang Artis Lelaki Baharu Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-26 pada tahun 2012.

SAKSIKAN EPISOD AKHIR SHE WAS PRETTY VERSI BAHASA MALAYSIA DI APLIKASI VIU
DIANA DANIELLE SEBAGAI NADIA RAHMAN

SAKSIKAN EPISOD AKHIR SHE WAS PRETTY VERSI BAHASA MALAYSIA DI APLIKASI VIU
AIMAN HAKIM RIDZA SEBAGAI HANIFF HILMI

Daniella Sya pula memegang watak Kejora, setelah mengambil kira watak-watak yang dilakonkan beliau dalam Abang Long Fadil 3 dan Takut Ke Tak. Menyempurnakan barisan pelakon untuk komedi romantik ini ialah Alvin Chong, yang pernah memenangi Anugerah Instafamous 2017, dan dikenali melalui watak-watak yang dilakonkan beliau dalam drama Suri Hati Mr Pilot dan Awak Suka Saya Tak.

SAKSIKAN EPISOD AKHIR SHE WAS PRETTY VERSI BAHASA MALAYSIA DI APLIKASI VIU
DANIELLA SYA SEBAGAI KEJORA 'JO' YUSOFF

SAKSIKAN EPISOD AKHIR SHE WAS PRETTY VERSI BAHASA MALAYSIA DI APLIKASI VIU
ALVIN CHONG SEBAGAI ASHRAFF

She Was Pretty diarahkan oleh Datuk Yusry Abdul Halim, yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan Viu untuk menghasilkan Ganjil pada tahun 2021. Filem beliau, Cicakman merupakan filem hit budaya popular, manakala Hikayat Merong Mahawangsa pula menerima lapan anugerah di Festivel Filem Malaysia 2011, termasuklah anugerah Filem Terbaik.


BARISAN PELAKON SHE WAS PRETTY MALAYSIA

  • Aiman Hakim Ridza sebagai Haniff Hilmi
  • Diana Danielle sebagai Nadia Rahman
  • Alvin Chong sebagai Ashraff
  • Daniella Sya sebagai Kejora "Jo' Yusoff
  • Yasmin Hani sebagai Julie
  • Adam Malek sebagai Junad
  • Arena Wan sebagai Aria Bakri
  • Amelina Amir sebagai Madam Rara
  • Jasmin Hamid
  • Arash Mohd
  • Zainol McWilson
  • Shahkimin sebagai Pyan


ULASAN PERIBADI MENGENAI SHE WAS PRETTY VERSI BAHASA MALAYSIA


Drama ‘remake’ ini pernah tular di media sosial baru-baru ini kerana pujian para netizen kepada pihak produksi yang melakukan product placement barangan penaja yang dilihat bijak dan tidak hard sell. Saya sendiri antara yang terpanggil untuk menyaksikan drama ini setelah kisah ini menjadi sebutan orang ramai.

Untuk membuat perbandingan, saya perlulah menonton kedua-dua versi drama ini. Apa yang saya boleh katakan, drama ini cukup menarik dan menghiburkan. Jalan cerita hampir sama dengan versi asal tetapi para pelakon She Was Pretty Malaysia ini berjaya menjiwai watak masing-masing. Nama pun drama komedi romantik, sudah pasti gelak ketawa dan bibit-bibit cinta menghiasi setiap episod. Cerita yang ringan, tidak meleret serta akhiran setiap episod membuatkan saya tidak sabar untuk mengetahui sambungan di episod baru. Good job Datuk Yusry selaku pengarah, para pelakon dan seluruh produksi drama ini!

Jadi saya tak sabar nak tahu kesudahan drama She Was Pretty versi Bahasa Malaysia ini dimana 3 episod terakhir akan mula ditayangkan pada 4 Ogos ini. Adakah Nadia dan Haniff bercinta? Sama-sama kita saksikan nanti. Pengguna Viu boleh menonton drama bersiri ini di aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play dan televisyen pintar terpilih, serta laman rasmi Viu di www.viu.com.

IKUTI VIU MALAYSIA DI FACEBOOK | INSTAGRAM


#VIUMALAYSIA #SHEWASPRETTYMY #VIUORIGINAL #DRAMA

0 Comments