POTATOES USA SERTAI MARATON TWINCITY 2022 SEBAGAI PENAJA UTAMA

POTATOES USA SERTAI MARATON TWINCITY 2022 SEBAGAI PENAJA UTAMA

Potatoes USA Sertai Maraton Twincity 2022 Sebagai Penaja Utama
| Tahukah anda bahawa kentang merupakan sayur yang kaya dengan zat khasiat seperti serat, Kalium dan Vitamin C? Malah pengambilan kentang membantu membekalkan tenaga dan meningkatkan prestasi buat ahli sukan dan mereka yang menjalani gaya hidup aktif. Hasil kajian baru-baru ini mendapati bahawa kentang mengandungi nutrien yang boleh membawa manfaat kepada individu yang suka melakukan aktiviti kecergasan, pelari maraton dan juga ahli sukan secara umum.

Baru-baru ini telah berlangsung Maraton Twincity 2022 dimana Potatoes USA telah memainkan peranan sebagai penaja utama. Khemah penaja telah didirikan di tempat acara untuk menempatkan beberapa petugas yang tekun menghidangkan produk kentang A.S. kepada kira-kira 4,000 peserta larian separuh maraton dan juga maraton penuh.

POTATOES USA SERTAI MARATON TWINCITY 2022 SEBAGAI PENAJA UTAMA

POTATOES USA SERTAI MARATON TWINCITY 2022 SEBAGAI PENAJA UTAMA
 
POTATOES USA SERTAI MARATON TWINCITY 2022 SEBAGAI PENAJA UTAMA

POTATOES USA SERTAI MARATON TWINCITY 2022 SEBAGAI PENAJA UTAMA

POTATOES USA SERTAI MARATON TWINCITY 2022 SEBAGAI PENAJA UTAMA

POTATOES USA SERTAI MARATON TWINCITY 2022 SEBAGAI PENAJA UTAMA

POTATOES USA SERTAI MARATON TWINCITY 2022 SEBAGAI PENAJA UTAMA

Kentang lenyek A.S. telah dihidangkan untuk membantu pelari mengembalikan tenaga dan nutrien yang diperlukan selepas menamatkan larian maraton. Di samping itu, risalah mengenai informasi khasiat kentang dalam meningkatkan prestasi sukan turut diedarkan di acara tersebut.

Hadir sama pada acara ini adalah Tuan Yang Terutama Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Brian D. McFeeters, 61 tahun, yang turut menyertai acara separuh maraton (larian 21km). “Saya berbesar hati Potatoes USA turut serta sebagai penaja utama maraton ini dan gembira mengetahui bahawa kentang adalah pilihan makanan sihat, dengan kandungan kalium, Vitamin C dan serat yang tinggi amat sesuai untuk mengembalikan tenaga selepas larian,” ujar Brian. “Mungkin sekarang, rakyat Malaysia boleh makan lebih banyak kentang seperti kami di A.S.,” sambung beliau.

POTATOES USA SERTAI MARATON TWINCITY 2022 SEBAGAI PENAJA UTAMA
 
POTATOES USA SERTAI MARATON TWINCITY 2022 SEBAGAI PENAJA UTAMA

Dengan menamatkan larian dengan masa 2 jam 27 minit yang sungguh hebat, Brian menunjukkan bahawa menerusi diet dan bekalan tenaga yang secukupnya, beliau masih boleh menewaskan ramai rakyat Malaysia lebih muda dalam acara separuh maraton, walaupun sudah bergelar warga emas. Jadual yang sibuk tidak menghalang beliau untuk bersenam dengan kerap dan mengamalkan diet yang sihat, dengan bantuan kentang A.S.

Max Lim, 51 tahun, seorang penulis di KL yang memang minat berlari dan merupakan peserta tegar dalam kebanyakan acara maraton menyatakan bahawa menyukai kentang A.S. yang penuh dengan khasiat pemakanan yang memastikan beliau mempunyai cukup tenaga sepanjang larian. Jelasnya, kentang sungguh mudah dihadamkan dan mengurangkan rasa lapar semasa larian yang panjang dan meletihkan. Tambahan lagi, sajian kentang lazat dan boleh disediakan dengan pelbagai cara terutamanya kentang A.S. yang serba guna untuk pelbagai resipi.

Bagi pelari Kelly Chin, 45 tahun, beliau mengemari kentang A.S untuk mendapatkan bekalan karbohidrat kerana kentang merupakan alternatif yang lebih sihat. “Kentang adalah salah satu bahan yang mesti ada di dapur saya, untuk digunakan untuk menyediakan pelbagai sajian yang padat dengan nutrien dan penuh dengan tenaga. Kentang membantu membekalkan tenaga untuk senaman dan larian saya,” jelasnya.

Pelbagai kajian telah dijalankan sepanjang tempoh 40-50 tahun yang lalu dan hasilnya menunjukkan bahawa karbohidrat ialah makronutrien utama bagi mengekal dan menambah baik prestasi sukan. Menurut Nutrition Today, sebuah jurnal terkemuak Amerika Syarikat mendapati bahawa diet seimbang dengan makanan semula jadi berkualiti seperti kentang yang padat dengan nutrien mungkin paling sesuai untuk meningkatkan prestasi fizikal atlet elit dalam acara yang memerlukan daya tahan.


FAKTA PENTING TENTANG KHASIAT KENTANG

  • 26 gram Karbohidrat – Kentang ialah karbohidrat berkualiti yang penuh dengan nutrien, penting untuk mencapai prestasi fizikal dan mental yang optimum, sebagai sumber tenaga utama bagi otak dan otot. Oleh kerana bekalan karbohidrat badan kita adalah terhad dan mungkin kehabisan – walaupun dengan hanya satu sesi senaman berat dan/atau berpanjangan – amat penting untuk menggantikan karbohidrat yang telah digunakan.
  • 620 milligram Kalium – Kentang saiz sederhana (148g) berserta kulit membekalkan lebih banyak kalium berbanding pisang, dan tidak mengandungi lemak, garam dan kolesterol. Kentang ialah makanan terbaik untuk membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf dalam acara yang memerlukan daya tahan tinggi.
  • 30% nilai Vitamin C harian – Kentang merupakan sumber Vitamin C yang baik untuk membantu menguatkan sistem imun dan menghasilkan kolagen (sejenis tisu otot yang penting).
  • 3 gram protein berasaskan tumbuhan – Protein ialah komponen otot dan nutrien penting bagi meningkatkan prestasi.
  • 2 gram serat (7% nilai harian) – Serat membantu mengawal glukosa darah dan meningkatkan kepuasan (rasa kenyang), iaitu kita rasa kenyang lebih lama.
  • 110 Kalori untuk Tenaga – Lebih mudah dihadamkan dan lebih padat dengan tenaga berbanding sayur popular lain, kentang adalah pilihan yang baik untuk membekalkan tenaga dalam acara maraton.

Jadi, kepada anda di luar sana yang aktif bersukan bolehlah amalkan pemakanan kentang A.S sebagai sumber tenaga dan nutrisi pada badan. Layari https://www.potatoesusa.com untuk mendapati maklumat lanjut mengenai kentang A.S. Mahukan resipi menarik Kentang A.S? Layari https://www.potatogoodness.com SEKARANG!


IKUTI POTATOES USA MALAYSIA DI FACEBOOK



#ACARA #TWINCITYMARATHON2022 #USPOTATOES #USPOTATOGOODNESS

0 Comments