RESIPI KENTANG A.S (U.S POTATOES) YANG SEDAP DAN SIHAT, SEHINGGA MENJILAT JARI!

RESIPI KENTANG A.S (U.S POTATOES) YANG SEDAP DAN SIHAT, SEHINGGA MENJILAT JARI!

Resipi Kentang A.S (U.S Potatoes) Yang Sedap Dan Sihat, Sehingga Menjilat Jari |
Kentang merupakan bahan yang sering digunakan dalam penyediaan pelbagai masakan. Kari Ayam, Kurma Ayam, Bergedel, Karipap, Sambal Jawa, Gulai Lemak Cili Api, adalah antara menu yang menggunakan ubi kentang sebagai salah satu bahan utama. Malah ubi kentang juga digunakan sebagai pemekat kuah Mee Rebus. Malah di serata dunia, ubi kentang menjadi sayuran penting yang digunakan meluas dalam masakan di seluruh dunia.

Namun tahukan anda bahawa kentang mempunyai pelbagai jenis dan saiz dan setiap negara pengeluar ubi kentang mempunyai kualiti dan khasiat tersendiri? Antara pengeluar hasil tanaman ubi kentang terbesar dunia adalah Amerika Syarikat dan kentang A.S. (U.S. Potatoes) menjadi pilihan ramai dalam penyediaan menu.

KENAPA MEMILIH U.S. POTATOES?

Kentang A.S. (U.S. Potatoes) sering menjadi pilihan kentang kerana ia padat dengan manfaat pemakanan dan pelbagai hidangan mudah dihasilkan untuk seisi keluarga. Saya sendiri cukup menyukai tekstur kerana ia mudah lembut bila direbus. Paling penting, kentang A.S. memberi pelbagai khasiat dan nutrisi. Antaranya adalah:
  • Sifar Lemak, Sifar Sodium dan Sifar Kolestrol.
  • Satu kentang bersaiz sederhana mengandungi 110 kalori sahaja dan memberi 30% daripada nilai harian anda, 27 miligram Vitamin C.
  • U.S. Potatoes kaya dengan Vitamin B6 yang penting untuk proper cell function.
  • Ia mengandungi 3-gram protein berasaskan tumbuhan setiap hidangan. Protein adalah blok binaan untuk pertumbuhan dan komponen utama otot, ligamen, dan tisu penghubung.
  • Tinggi Potassium untuk mengawal keseimbangan cecair dan mineral dalam dan luar sel, mengekalkan tekanan darah normal, penting untuk menghantar impuls atau isyarat saraf, dan dalam membantu otot mengecut. One medium size skin on a potato mengandungi 620 miligram kalium atau 15% DV (Daily Values) lebih banyak daripada pisang bersaiz sederhana.
  • Sebiji kentang bersaiz sederhana mengandungi 26-gram karbohidrat, sumber utama tenaga untuk otot.
  • Kentang lebih padat tenaga berbanding sayur-sayuran popular lain.

RESIPI SEDAP DAN SIHAT MENGGUNAKAN U.S. POTATOES

Maka tidak hairan mengapa Kentang A.S menjadi pilihan ramai dalam penyediaan menu masakan kerana selain anda boleh mempelbagai jenis masakan, ia memberi kebaikan kepada tubuh badan anda dan seisi keluarga. Banyak resipi yang anda boleh hasilkan dengan menggunakan kentang A.S. ini. Saya sendiri telah mencuba menyediakan menu ringkas yang sesuai dijadikan sarapan pagi atau snek iaitu Oven Baked U.S. Hah Browns Big Breakfast. Resipi ini adalah hasil Chef Jason Manson. Untuk info, saya tidak mempunyai ketuhar di rumah maka saya menggunakan air fryer sebagai alternatif. Jom kita lihat bahan-bahan dan cara memasak resipi ini. Saya juga kongsikan sebuah lagi resipi menarik daripada Chef Jason Manson yang berasaskan kentang A.S ini iaitu Loaded U.S. Mashed Potato Crab Cake.

RESIPI KENTANG A.S (U.S POTATOES) YANG SEDAP DAN SIHAT, SEHINGGA MENJILAT JARI!

RESIPI KENTANG A.S (U.S POTATOES) YANG SEDAP DAN SIHAT, SEHINGGA MENJILAT JARI!

RESIPI KENTANG A.S (U.S POTATOES) YANG SEDAP DAN SIHAT, SEHINGGA MENJILAT JARI!

OVEN BAKED U.S. HASH BROWNS BIG BREAKFAST

Masa penyediaan: 15 minit
Masa Memasak: 25 minit
Masa Siap: 40 minit
Jenis Kentang: Sejuk beku
Hidangan: 4 orang
Kaedah Penyediaan: Ketuhar
Jenis Hidangan: Pembuka Selera/Snek



BAHAN-BAHAN:

  • 8 keping Hash browns sejuk beku
  • 50gm Bakon Daging Lembu
  • 20gm Bawang Besar Putih (potong dadu)
  • 10gm Capsicum Hijau (potong dadu)
  • 10gm Capsicum Kuning (potong dadu)
  • 50gm Tomato Ceri (dibelah dua)
  • 4 biji Telur Ayam
  • ¾ sudu teh Garam
  • ¾ sudu teh Lada Hitam
  • 10ml Minyak Masak
  • 2gm Daun Parsli (dicincang)


CARA PENYEDIAAN:

  • Panaskan kuali bersaiz sederhana dan masukkan minyak masak. Tumis daging lembu, bawang putih, capsicum hijau dan kuning. Dimasak selama 10 minit lagi. Last masukkan tomato cherry, garam dan lada sulah.
  • Panaskan ketuhar pada suhu 180 Celcius, masa memasak 15 minit. Susun hashbrown di atas dulang pembakar. Mulakan proses memasak sekarang.
  • Setelah hash browns masak, pindahkan dan susun ke dalam kuali. Masukkan baki bahan yang telah dimasak tadi di atas hash browns. Gunakan senduk kecil untuk membuat 3 lubang kecil di atas hashbrown, kemudian pecahkan 3 biji telur dan masukkannya.
  • Panaskan ketuhar sekali lagi pada suhu 180 Celcius, masa memasak 5 minit. Masukkan hidangan ke dalam ketuhar sekali lagi dan teruskan proses memasak. Setelah hidangan masak, keluarkan dari ketuhar. Taburkan beberapa daun pasli cincang di atas.



RESIPI KENTANG A.S (U.S POTATOES) YANG SEDAP DAN SIHAT, SEHINGGA MENJILAT JARI!
 
LOADED U.S. MASHED POTATO CRAB CAKE

Masa penyediaan: 20 minit
Masa Memasak: 35 minit
Masa Siap: 35 minit
Jenis Kentang: Kentang A.S. Russet
Hidangan: 4 orang
Kaedah Penyediaan: Ketuhar
Jenis Hidangan: Pembuka selera/Snek


BAHAN-BAHAN:

LOADED MASHED CRABCAKE

  • 4 biji kentang A.S. Russet (potong dadu)
  • 100gm Isi Ketam Segar
  • 20gm Lobak Merah (potong dadu kecil)
  • 20gm Bawang Besar Putih (potong dadu kecil)
  • 5gm Daun Ketumbar (dicincang)
  • ¾ sudu teh Garam
  • ¾ sudu teh Lada Hitam

BREADING POTATO

  • 3 biji Telur
  • 200gm Tepung Gandum
  • 200g Japanese Bread Crumb

LIME CUMIN AIOLI (PENCICAH)

  • 5ml Jus Limau
  • 10gm Serbuk Jintan Putih
  • 200gm Mayonis


CARA PENYEDIAAN:

  • Sediakan mangkuk adunan kecil untuk membuat pencicah dan masukkan jus limau nipis, serbuk jintan putih dan mayonis. Siap dan ketepikan.
  • Sediakan periuk saiz sederhana berisi air. Masukkan kentang yang dipotong kiub dan masak selama 20 minit. Setelah kentang masak, gunakan penapis untuk mengeluarkan air lebihan dan pindahkan ke dalam mangkuk adunan. Gunakan penumbuk kentang untuk tujuan melecek. Masukkan isi ketam, daun ketumbar, saderi, lobak merah, bawang dan gaul sebati. Bentukkan kentang menjadi bentuk bulat.
  • Salut kentang dengan tepung dahulu, seterusnya celup ke dalam telur dan terakhir serbuk roti.
  • Panaskan ketuhar pada suhu 180 Celcius, masa memasak 15 minit.
  • Setelah kentang masak, pindahkan ke pinggan hidangan bersama-sama dengan pencicah limau nipis aioli.


Nak dapatkan info lanjut mengenai kentang A.S. (U.S. Potatoes), layari https://uspotatogoodness.com.my atau laman Facebook @My Potatoes USA.


RESIPI KENTANG A.S (U.S POTATOES) YANG SEDAP DAN SIHAT, SEHINGGA MENJILAT JARI!


#USPOTATOES #USPOTATOGOODNESS #USPOTATORECIPES #EATHEALTHY #FOOD #RECIPE

0 Comments