KAFE LA VIE DE RÊVE AVENUE K CETUSAN INSPIRASI KOTA PARIS

KAFE LA VIE DE RÊVE AVENUE K CETUSAN INSPIRASI KOTA PARIS

Kafe La Vie De Rêve Avenue K Cetusan Inspirasi Kota Paris | Bonjour! Indahnya saat membuka jendela kamar dan terlihat di depan mata panorama Menara Eiffel. Paris yang diberi jolokan kota cinta sebenarnya memiliki keindahan landskap dan seni bina tersendiri. Lihat sahaja drama bersiri Emily In Paris yang telah mencetus fenomena sehingga ada yang teruja dan memasang angan menjadi seperti gadis bernama Emily. Bahkan ada yang berkongsi kandungan di media sosial tentang lokasi dalam drama tersebut sebagai ootd spot menarik. Tidak dinafikan Paris mempunyai auranya tersendiri baik dari segi fesyen, budaya dan kulinari. Bicara tentang kulinari, sudah pasti kota ini menawarkan variasi pastri dan pencuci mulut terbaik dunia seperti Makaron, Profiterole, Pain Au Chocolat, Éclair dan banyak lagi.

APA YANG MENARIK DI KAFE LA VIE DE RÊVE AVENUE K

Jika anda mahu merasakan aura dan berangan sedang menikmati kopi dan pastri di Paris, anda tidak perlu terbang ke sana kerana kafe La Vie De Rêve kini dibuka kepada umum. Terletak di dalam pusat membeli belah Avenue K, kafe unik inspirasi kota Paris ini menawarkan pengalaman menikmati sajian seperti di kota romantik itu. Melangkah masuk ke ruang kafe ini membuat saya terpaku. Ruang kafe sarat dengan hiasan bunga dan warna pastel benar-benar menarik perhatian. Nama kafe ini yang membawa maksud ‘the dream life’ ini membuatkan saya sendiri ‘khayal’ seketika kerana dekorasinya tidak ubah seperti kafe-kafe di kota Paris yang pernah saya kunjungi dulu. Di hadapan kedai pula terdapat kaunter jualan jambangan bunga dan aksesori fesyen serta ruang makan.

VARIASI PASTRI DAN PENCUCI MULUT DI LA VIE DE RÊVE AVENUE K

Selain dekorasi, sudah tentu sajian yang menjadi tumpuan utama disini. La Vie De Rêve menawarkan pelbagai pilihan pastri dan pencuci mulut terbaik untuk memenuhi keperluan setiap pengunjung. Setiap menu disini dihasilkan menggunakan bahan segar, berkualiti tinggi dan pastinya resipi terbaik. Melihat kepada setiap manisan yang dipaparkan di kaunter cukup memukau dengan setiap perincian dijaga rapi.

KAFE LA VIE DE RÊVE AVENUE K CETUSAN INSPIRASI KOTA PARIS
 
Melihat kepada menu, tidak dinafikan kafe ini meriah dengan pilihan pencuci mulut dan pastri sehinggakan saya pening untuk membuat pilihan. Akhirnya saya memilih makaron Rasberry dan Brown Chocolate, Petit Four (Noix de Coco dan Bisous Bisous), Bon Bon (The Arch, Lourve) dan Choco Slap (Valentino & La Fayette). Juga tersedia set untuk afternoon tea dan juga menu untuk sarapan pagi seperti All Day Brekky yang saya cuba iaitu La Vie Classic bersama Country Croissant. Untuk pilihan minuman, saya sekadar memesan Cappuccino.

KAFE LA VIE DE RÊVE AVENUE K CETUSAN INSPIRASI KOTA PARIS
BISOUS BISOUS

KAFE LA VIE DE RÊVE AVENUE K CETUSAN INSPIRASI KOTA PARIS
NOIX DE COCO, MAKARON DAN ANEKA MANISAN

KAFE LA VIE DE RÊVE AVENUE K CETUSAN INSPIRASI KOTA PARIS
LA VIE CLASSIC & COUNTRY CROISSANT

ULASAN PERIBADI TENTANG KAFE LA VIE DE RÊVE AVENUE K

Jika anda peminat manisan dan pastri, anda wajib berkunjung ke sini! Memang kualiti rasa dan food presentation disini patut diberi pujian. Setiap menu diberi perincian rapi agar menepati konsep kafe di Paris. Menu pencuci mulut yang saya pesan mempunyai rasa manis yang just nice. Ditambah pula dengan dekorasi ruang kafe yang cantik, La Vie De Rêve adalah lokasi untuk anda yang sukakan aktiviti Outfit of The Day (OOTD). Harga yang ditawarkan pada saya berpatutan dengan menu dan ambiance yang anda nikmati. Kafe La Vie De Rêve di Avenue K dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 10 malam.

Au revoir, à la prochaine!

IKUTI LA VIE DE RÊVE DI FACEBOOK | INSTAGRAM

ALAMAT KAFE LA VIE DE RÊVE
LOT G-06A, AVENUE K SHOPPING MALL,
JALAN AMPANG,
50450 KUALA LUMPUR.

#LAVIEDEREVE #FRENCH #PARIS #FOOD #REVIEW

0 Comments