Pada saya, anda perlu kenali kondisi wajah anda. Dapatkan rujukan dan pemeriksaan daripada pakar mengenai kulit wajah jika masih buntu. Bila kita sudah tahu jenis kulit wajah, barulah mudah untuk kita pilih produk mana yang sesuai. Pemilihan produk yang sesuai penting kerana salah satu kunci kulit wajah sihat adalah kita perlulah mendapatkan mikrobiome yang seimbang.
APA ITU MIKROBIOME?
Mikrobiome merupakan ekosistem mikroorganisma yang ada pada tubuh manusia dimana dianggarkan terdapat sekitar 39 trillion sel mikrob terdapat padanya termasuk pada kulit. Mikrobiome ini akan berkejasama untuk menjaga sistem imun badan dan kulit agar sihat. Disini pentingnya keseimbangan mikrobiome agar ekosistem dapat berfungsi dengan baik.Ia mempunyai tiga fungsi utama, iaitu melindungi kulit sehingga dapat memberikan pertahanan antimikroba terhadap patogen, mengurangkan keradangan kulit, dan memberi daya tahan skin barrier.
Seiring pertambahan usia dan gaya hidup boleh mempengaruhi bilangan dan ketidakseimbangan mikrobiome.
Apa akan terjadi jika mikrobiome pada kulit wajah tidak seimbang?
Antara kesannnya adalah penuaan pra matang dimana akan timbul garis-garis halus dan tompok gelap. Selain itu, skin barrier yang mudah rosak, sehingga proses pemulihan kulit menjadi lambat. Maka, kulit wajah kita menjadi sakit dan mudah rengsa.
Maka amat penting keseimbangan mikrobiome pada kulit wajah kita. Produk apa yang boleh membantu anda menangani masalah ini? Salah satunya adalah 10Drs Probiotic Acne Series.
APA YANG MENARIK TENTANG PRODUK 10DRS PROBIOTIC ACNE SERIES
Saya diperkenalkan tentang jenama 10Drs ini dari seorang rakan yang obses tentang penjagaan kulit wajah. Kesan positif ke atas kulit wajah beliau sendiri setelah menggunakan produk 10Drs ini menyakinkan saya untuk mencubanya.Bila memilih sesebuah produk penjagaan wajah ini sudah pasti concern kita adalah bahan-bahan yang terkandung di dalamnya. 10Drs Probiotic Acne Series dirumus khas untuk membantu mengurangkan masalah kulit jerawat, warna kulit tidak sekata & liang pori tersumbat. Apa yang menarik perhatian saya tengan set produk 10Drs yang berasaskan air dan plant derive ingredients ini mengandungi bahan utama seperti Niacinamide, AHA, BHA, Lactobacillus, Willow Bark Tree Extract dan Soybean Seed Extract.
Apa kebaikan bahan-bahan yang terkandung di dalam 10Drs Probiotic Acne Series ini?
NAICINAMIDE
Niacinamide, juga disebut nicotinamide, adalah satu bentuk vitamin B3 yang merupakan nutrien penting dan ia berupaya merawat keadaan kulit bermasalah termasuk jerawat dan alergi. Niacinamide membantu membina keratin, sejenis protein yang menjadikan kulit anda tegang dan sihat dan memelihara imun kulit. Pada masa sama,Niacinamide mengurangkan keradangan, yang dapat membantu meredakan kemerahan daripada reaksi alergi, jerawat, keradangan kulit, meminimumkan rongga liang pori, mengawal penghasilan minyak oleh kelenjar sebum. Niacinamide juga dapat membina semula sel-sel kulit yang sihat di samping melindungi daripada kerosakan yang disebabkan oleh sinar ultraviolet, merawat hiperpigmentasi.ALPHA-HYDROXY ACID (AHA)
Juga dikenali sebagai Glycolic Acid, Lactic Acid, Tartaric Acid, Citric Acid. Bahan ini membantu merawat sebarang garis halus, kedutan, kesan penuaan, tompok pigmentasi dan boleh mengecilkan pori-pori. Namun anda perlu berhati-hati, kesan iritasi dan sensitiviti pada matahari boleh berlaku. Jadi pastikan anda memakai krim pelindung matahari bersama krim produk yang mengandungi bahan tersebut.BETA-HYDROXY ACID (BHA)
Dikenali juga sebagai Asid Salisilik, bahan ini bagus dipakai buat mereka yang mempunyai masalah jerawat kerana ia mampu menyingkirkan sel kulit mati sekaligus memperbaiki tekstur kulit. Ia juga lebih lembut berbanding AHA.LACTOBACILLUS
Lactobacillus ialah kumpulan bakteria probiotik terbesar di dalam usus dimana terdapat lebih daripada 50 spesies lactobasilli, seperti L. acidophilus, L. rhamnosus GG, dan L. bulgaricus. Ia boleh ditemui secara semula jadi di dalam sistem penghadaman, urinari, genital serta makanan asli dan tambahan. Namun, lactobacillus juga terdapat pada kulit kita dan probiotik ini berfungsi untuk mempertahankan dan meningkatkan kesihatan ekosistem mikrobiome kulit agar seimbang.EKSTRAK POKOK KULIT WILLOW (WILLOW BARK TREE EXRACT)
Diperolehi daripada kulit pokok willow, Ekstrak Kulit Willow telah digunakan selama berabad-abad untuk menenangkan keradangan kulit. Ia mengandungi asid salisilik yang bersifat anti-radang dan antibakteria serta membantu membersihkan liang pori dan mengurangkan jerawat dan keradangan kulit.SOYBEAN SEED EXTRACT
Ekstrak biji Glycine Soja (Kacang Soya) diperoleh daripada kacang tumbuhan kacang soya liar, yang berasal dari Asia Timur. Ia adalah agen antioksidan dan anti-radang yang kuat untuk kulit. Glycine Soja kaya dengan vitamin E, membolehkan ia melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas dan mengurangkan kesan yang berkaitan dengan proses penuaan seperti kedutan dan garis halus. Kacang soya juga mampu mengurangkan kerosakan sel yang disebabkan oleh sinaran ultraungu matahari. Glycine mengandungi banyak komponen kimia semula jadi, salah satunya dikenali sebagai Genistein. Genistein telah ditunjukkan untuk merangsang pengeluaran kolagen kulit yang seterusnya meningkatkan keanjalannya dan menggalakkan penampilan yang lebih muda.SET PRODUK PENJAGAAN WAJAH 10DRS
Pasti anda sudah teruja untuk mendapatkan produk dari 10Drs ini setelah mengetahui antara bahan utama yang terkandung di dalamnya. Saranan saya, untuk hasil yang optimum, anda perlulah menggunakan set lengkap dari pencuci sehingga sehingga ke krim pelindung sinaran matahari. Menariknya lagi, produk 10Drs Probiotic Acne Series ini sesuai untuk kulit biasa dan kulit berminyak serta cukup ideal untuk menangani masalah muka berjerawat, tona kulit tidak sekata dan liang pori tersumbat.10DRS PROBIOTIC GEL CLEANSER
Penggunaan setiap pagi dan malam dengan cara membasahkan tapak tangan dan picit amaun yang ideal padanya dan seterusnya gosok pada kulit wajah secara ringan (kecuali bahagian mata dan mulut). Selesai mencuci, bilas wajah dengan air. Penggunaan konsisten membantu mengurangkan liang pori tersumbat, membuang sel kulit mati, membersihkan kotoran dan debu pada muka, menghindar dari black & white heads, meredakan iritasi.
10DRS PROBIOTIC RENEWING TONER
10Drs Probiotic Renewing Toner ini mengandungi 3 jenis AHA dan BHA untuk membuang dan mengurangkan sel kulit mati pada wajah. Pada masa sama, ia dapat menyimbangi aras PH kulit supaya memudahkan proses penyerapan nutrisi ke dalam kulit wajah. Bukan itu sahaja! Penggunaan toner ini membantu memberi tona kulit sekata, membasmi bakteria, mengawal sebum menerusi formulasi non-drying khas.Selepas wajah dibersihkan, tuangkan pada kapas muka dan tekap pada wajah anda. Tiada kapas muka? Tidak mengapa! Tuangkan toner ini pada tapak tangan dan tekap pada kulit wajah.
10DRS PROBIOTIC GEL HYDRATOR MOISTURIZER
10DRS PROBIOTIC ACNE CREAM
10Drs Probiotic Acne Cream membantu membunuh dan meredakan jerawat dan pada masa sama melindungi permukaan kulit wajah daripada sebarang breakout. Penggunaannya cukup mudah! Picit sedikit krim ini dan letakkan pada kawasan wajah yang bermasalah. Penggunaan 3-4 kali sehari jika perlu.10DRS PROBIOTIC SUN PROTECTOR SUNSCREEN
Langkah terakhir rutin penjagaan wajah ini seringkali diabaikan walhal penggunaan krim pelindung matahari ini amat penting agar kulit wajah terhindar daripada sinaran UV yang merbahaya. Krim pelindung matahari dengan SPF 30 PA+++ ini bersifat non-comedogenic ini mempunyai tekstur yang ringan dan tidak akan menyebabkan liang pori tersumbat. Sapukan amaun yang sesuai ke seluruh wajah dan leher untuk perlindungan sepanjang hari.ULASAN PERIBADI TENTANG PRODUK 10DRS
Setelah mencuba produk ini lebih kurang 2 minggu, ternyata kulit wajah saya mengalami perubahan positif. Kulit tampak lebih sihat dan berseri serta kurang berkilat. Pada usia 40-an ini, saya cukup serius dalam penjagaan wajah agar tidak nampak tua sebelum usia. Dengan adanya 10Drs Probiotic Acne Series saya tidak perlu risau lagi.Jadi kepada anda yang mahukan kulit cantik berseri dan sihat secara semula jadi, bolehlah mencuba produk DRS10 ini. Kalau rasa ragu-ragu, anda boleh mencuba set percubaan 10Drs Probiotic Acne Series pada harga RM88 sahaja. Anda boleh dapatkan produk 10Drs ini secara atas talian menerusi SHOPEE dan Lazada .
Hubungi 011-69558288 atau layari www.10drs.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.
IKUTI 10DRS DI FACEBOOK | INSTAGRAM
*Disyorkan untuk mendapatkan nasihat dan rujukan dari doktor pakar sebelum mencuba sesuatu produk.
#PRODUK #KECANTIKAN #10DRS
Hubungi 011-69558288 atau layari www.10drs.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.
IKUTI 10DRS DI FACEBOOK | INSTAGRAM
*Disyorkan untuk mendapatkan nasihat dan rujukan dari doktor pakar sebelum mencuba sesuatu produk.
#PRODUK #KECANTIKAN #10DRS
0 Comments