Ngeri tapi realiti! Keadaan ini cukup membimbangkan dan dikhuatiri jika tidak dibendung akan memberi impak kepada alam sekitar.
Antara usaha mengekang masalah ini adalah dengan menubuhkan Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora), anak syarikat Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) yang merupakan salah sebuah syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Malaysia. Alam Flora berperanan memberi memberi perkhidmatan memodenkan pengurusan sisa pepejal di Malaysia serta meningkatkan kecekapan dan mutu pengurusan sisa pepejal daripada peringkat penjanaan sisa sehingga ke proses pelupusan sampah melitupi kawasan Tengah dan Pantai Timur Semenanjung, seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Terengganu dan Kelantan buat masa ini.
PROGRAM SUSTAINABILITY HUNT 2022 OLEH ALAM FLORA
Bagi meluaskan mesej kesedaran penjagaan alam sekitar, Alam Flora telah menganjurkan program ‘Sustainability Hunt 2022’ bertempat di Taman Tugu Kuala Lumpur baru-baru ini dimana program kesedaran ini telah dihadiri oleh pengamal media dan rangkaian komuniti media sosial seperti ‘Key Opinion Leader (KOLs), ‘influencer’ serta penulis blog dan memanfaatkan reputasi dan capaian pengikut mereka untuk mengetengahkan usaha dan isu kelestarian alam sekitar. Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi Alam Flora Sdn Bhd, Azahari Zainal Abidin.Menerusi tanda pagar #JomRawatBumi , seramai 30 peserta ‘Sustainability Hunt 2022’ telah mengamil bahagian yang terdiri daripada 10 wakil orang media arus perdana, 10 penulis blog, lima KOL dan lima ‘influencer’ termasuk selebriti/pelakon terkenal Ummi Nazeera. Penglibatan saya dalam program ini adalah atas tiket penulis blog dan pastinya saya cukup teruja dapat bersama-sama yang lain untuk menyampaikan mesej kesedaran sayangi alam sekitar.
SESI SENAMAN RINGAN SEBELUM PROGRAM BERMULA |
KETUA PEGAWAI OPERASI ALAM FLORA, AZAHARI ZAINAL ABIDIN |
BENDERA DIKIBARKAN TANDA PROGRAM BERMULA |
Semua peserta dalam ‘Sustainability Hunt 2022’ telah dibahagikan dalam beberapa kumpulan kecil bagi melancarkan pergerakan dan tugasan yang diberikan namun penilaian dibuat atas setiap tugasan individu. Setiap peserta mesti menyiapkan tugasan berkaitan kelestarian yang diberikan di lima ‘check point’.
CHECK POINT #1: UPCYLCE
Terma upcycle yang bermaksud mengubah barangan terpakai kepada produk yang berkualit tinggi atau bernilai berbanding produk asal. Kami diberikan baju terpakai yang diambil daripada Alam Flora Buy Back Centre untuk dijadikan beg.CHECK POINT #2: TRASH ENCYCLOPEDIA
Dengan menggunakan Kompas, setiap kumpulan perlu mencari barangan tersembunyi dan setelah menjumpainya, peserta perlu padankan barangan diberikan berdasarkan fungsi masing-masing dan uji ilmu pengetahuan dengan memberi jawapan produk mana yang patut digunakan untuk kelestarian alam sekitar. Contohnya, kita selalu diberikan cawan kertas bila membeli kopi panas, jadi apa kata kita gantikan cawan kertas ini dengan membawa sendiri bekas air sendiri. Selesai uji minda, peserta perlu membuang barangan ini mengikut label yang betul.CHECK POINT #3: SUSTAINABILITY CHAMPION
Di lokasi ini, setiap peserta perlu mengimbas kod QR dan seterusnya menjawab soalan kuiz interaktif untuk mendapatkan skor jejak karbon (carbon footprint) berdasarkan gaya hidup masing-masing.CHECK POINT #4: THE SEED OF LIFE
Kami didedahkan dengan kaedah penanaman microgreen yang bukan sahaja penuh nutrisi tetapi ia boleh dituai seawal 7-21 hari. Setiap dari kami diberikan bekas makanan plastik pakai buang, tanah dan benih pokok dan perlu menunjukkan kaedah urban gardening penanaman benih microgreen ini.CHECK POINT #5: THE TREE’S LAST MESSAGE
Hutan berperanan memerangkap gas karbon. Apabila pokok-pokok ditebang, gas karbon ini akan dibebaskan di atmosfera sebagai karbon dioksida (CO2). Kesannya pembebasan CO2 ini boleh menyebabkan pemanasan global (global warming). Maka kami harus membayangkan berada di situasi pokok dihutan sudah ditebang dan perlu memberi kata-kata terakhir kepada pokok-pokok ini.Di setiap check point ini, kami perlu menyudahkan tugasan dan memuat naik foto atau video di laman sosial masing-masing berserta tanda pagar #AlamFloraSustainabilityHunt2022 #JomRawatBumi #BeyondWasteManagement #WorldEnvironmentDay #OnlyOneEarth. Peserta dinilai atas 4 kateria iaitu hantaran terbaik, informatif, engaging dan kreativiti.
Tempat pertama bagi setiap kategori (Media Arus Perdana, Blogger, KOL dan Influencer) memenangi hadiah wang tunai RM500. Pemenang tempat kedua dan ketiga pula, masing-masing akan membawa pulang RM300 dan RM150. Saya cukup terkejut dan teruja apabila diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga untuk kategori Blogger. Terima kasih Alam Flora!
Tempat pertama bagi setiap kategori (Media Arus Perdana, Blogger, KOL dan Influencer) memenangi hadiah wang tunai RM500. Pemenang tempat kedua dan ketiga pula, masing-masing akan membawa pulang RM300 dan RM150. Saya cukup terkejut dan teruja apabila diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga untuk kategori Blogger. Terima kasih Alam Flora!
Secara peribadi, program Sustainability Hunt 2022 oleh Alam Flora ini adalah satu inisiatif yang murni dan baik dalam mendidik tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Pengaruh media arus perdana dan komuniti media sosial sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan kesedaran tentang kelestarian alam sekitar. Selain itu, penganjuran program sebegini secara tidak langsung dapat mengeratkan ukhwah sesama pencipta kandungan, para media dan juga pihak Alam Flora sendiri.
PENGLIBATAN ALAM FLORA UNTUK KELESTARIAN ALAM SEKITAR
Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) turut mengorak langkah dengan mengguna pakai pendekatan holistik ke arah kelestarian merangkumi aspek Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) merentas rantaian nilai. Ini dilakukan melalui beberapa program dan inisiatif yang melibatkan pengalihan sisa dari tapak perlupusan dan kemudahan rawatan sisa.Ketua Pegawai Operasinya, Azahari Zainal Abidin berkata Alam Flora kini berada di landasan yang betul untuk menambah baik aspek kehidupan lestari dan penjagaan alam sekitar, sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Antaranya ialah menggunakan teknologi digital dalam operasi hariannya, dengan memantau kenderaan operasinya bagi membolehkan penyediaan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan, dan dengan mengurangkan sisa bahan api yang boleh mengurangkan kesan karbonnya.
Alam Flora juga telah membangunkan Kemudahan Kitar Semula Bersepadu (IRF) untuk mengurangkan pembuangan sisa di tapak pelupusan sampah dan telah banyak mempromosikan program 5R (Refuse, Reduce, Reuse, Recycle, Recovery) dalam usaha meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai dan membantu mencapai matlamat untuk mengurangkan sisa kitar semula yang dihantar ke tapak pelupusan sampah kepada 40 peratus menjelang 2025.
“Kita harus ingat bahawa mengekalkan persekitaran dan menjaga kebersihan adalah usahasama semua pihak. Untuk melakukan itu, informasi mengenai amalan kelestarian alam sekitar, kebersihan dan penjagaan alam sekitar melalui media arus perdana dan media sosial memainkan peranan penting dalam memastikan masyarakat menerima informasi yang cepat dan tepat untuk aktiviti harian mereka.”
Jadi tanggungjawab menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab kita bersama! Ayuh kita mulakan dari sekarang! Layari https://www.alamflora.com.my untuk maklumat lanjut.
IKUTI ALAM FLORA SDN BHD DI FACEBOOK | INSTAGRAM
#ALAMFLORASUSTAINABILITYHUNT2022 #JOMRAWATBUMI #BEYONDWASTEMANAGEMENT #WORLDENVIRONMENTDAY #ONLYONEEARTH #SOSIAL #ACARA #GAYAHIDUP
0 Comments