Percutian kali ini, saya tidak bersendiri kerana ditemani beberapa rakan. The more the merrier bukan? Barulah happening! Kenapa The Hooton Retreat yang terletak di Kuala Klawang menjadi pilihan? Sedang kami merangka mahu bercuti dimana dan kebetulan masing-masing melihat hantaran di Instagram The Hooton Retreat jadi semua teruja dan sepakat memilih lokasi ini. Lagipun jarak dari bandaraya Kuala Lumpur ke sini mengambil masa sekitar 1 jam 45 minit sahaja melalui Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS). Kuala Klawang merupakan mukim dan bandar terbesar di daerah Jelebu, Negeri Sembilan.
Tiba di The Hooton Retreat ini, kami terus dibawa naik ke atas bukit dimana terletaknya ChillOwl cafeteria sebelum diberikan akses ke glamping masing-masing. Sebagai peringatan, tidak dibenarkan membawa haiwan peliharaan. Nanti terlepas masuk dalam hutan satu hal nak kena mencari pula! Hihihi.
PILIHAN PENGINAPAN DI THE HOOTON RETREAT
Saya memilih menginap di Glamping Dome yang berkeluasan 138 kaki persegi dan dilengkapi dengan 2 katil single (pilihan katil asing atau gabung), bantal, selimut, penyejuk udara, tuala, botol air mineral, lampu meja, penyangkut baju, soket plug. Untuk mandi, tersedia bilik air awam di seberang sungai berhampiran dengan kubah khemah jenis half see-through ini. Bilik airnya juga lengkap dengan pancuran air (shower), sabun dan syampu. Setiap glamping dome ini mempunyai nama masing-masing.Terdapat beberapa pilihan penginapan di The Hotton Retreat iaitu Villas (Villa Aegolius & Villa Ninox), Dome Tyto (Honeymoon Suite & Premium Suite), Dome Otus (Glamping Dome) dan Bubo Cote (Studio5 & Studio3).
KEMUDAHAN DAN FASILITI DI THE HOOTON RETREAT
Saat melangkah masuk di perkarangan The Hooton Retreat ini adrenalin saya terus memuncak! Teruja dan tak sabar untuk meneroka keunikan yang ada di The Hooton Retreat ini. Letak sahaja beg, terus melilau melihat apa yang this place really offer. Antara fasiliti/kemudahan yang tersedia disini adalah kolam renang infiniti yang terletak di bahagian Villa, BBQ Pit untuk anda yang mahu berbarbeku, Campfire Teepee untuk sesi lepak sambil bakar unggun api di malam hari dan ChillOwl cafeteria untuk anda menjamu selera. Nasihat saya, semasa membuat tempahan, pilih sahaja penginapan beserta sarapan pagi/makan malam untuk memudahkan urusan kalian. Makan malam disini menarik kerana ia menghidangkan Signature Banana Leaf Rice. Unik bukan!AKTIVITI SEPANJANG DI THE HOOTON RETREAT
Sudah berada dalam kawasan hutan, pasti aktiviti riadah yang sehati dengan alam adalah pilihan terbaik. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan disini adalah seperti yoga, mencuba flying fox, memanah (archery), merentas hutan (jungle trekking), menikmati kopi panas yang dikisar sendiri menerusi The Jungle Barista, bersantai sambil membakar marshmallow di depan unggun api di Campfire Teepee, barbeku di BBQ Pit banyak lagi. Bayaran tambahan dikenakan untuk beberapa aktiviti tersenarai di atas.REVIEW JUJUR TENTANG THE HOOTON RETREAT
Amazing experience! Itulah yang boleh saya katakan tentang The Hooton Retreat ini. Tidak adil untuk membuat perbandingan dengan glamping di tempat lain memandangkan ini adalah pengalaman pertama saya mencuba penginapan berkonsep glamping ini. Yang pasti, jatuh cinta pandang pertama dengan konsep glamping ini! Untuk nota, signal telefon agak tidak stabil disini mengikut pengalaman saya dan rakan-rakan sepanjang berada disini.Keselesaan adalah subjektif memandangkan penginapan ini berada dalam hutan dan berbumbungkan sinaran mentari dan rembulan. Mungkin takrifan anda selesa adalah tidur di dalam bilik mewah berhawa dingin atau duduk beralaskan sofa empuk. Pada saya, pengalaman menginap di The Hooton Retreat cukup selesa dan menyenangkan! Mungkin ada yang ternyata-tanya tidak berkuap ke duduk dalam khemah? Kalau siang hari ya tetapi tujuan utama bukan untuk lepak dalam khemah sahaja, sebaliknya kehadiran ke sini adalah untuk merasai pengalaman percutian anda. Nikmati kebebasan dari hiruk pikuk kota yang cukup menyesakkan minda dan mata. Anda juga bebas berlari di tanah lapang berlantaikan rerumput hijau, berjalan menyelusuri denai hutan, bermain air di sepanjang sungai kecil disini, menghirup udara segar, tidur sambil didendangi unggas rimba.
Anda boleh merangka pelbagai aktiviti contohnya Flying Fox, menikmati sesi barbeku atau lepak santai malam hari sambil membakar unggun api di Campfire Teepee (jangan lupa bawa gitar) atau barangkali baring di tanah lapang sambil memerhati bintang. Banyaklah perkara boleh anda lakukan disini! Jangan risau tentang keselamatan kerana pintu pagar utama memang akan dikunci dan para pekerja The Hooton Retreat juga menginap disini jadi jika anda perlukan apa-apa boleh berhubung terus dengan mereka.
Dari segi harga, mungkin akan bertanggapan ianya pricey untuk penginapan dan sarapan pagi ini (aktiviti dan menu tambahan dikenakan bayaran tambahan) tetapi pada saya pengalaman bersatu dengan alam semula jadi, tidur di dalam kawasan dikelilingi pokok-pokok sambil bersilingkan langit luas bersama rakan karib atau keluarga tercinta adalah priceless! Ini juga menjadi momen terbaik untuk anda mencurah rasa dan berkongsi cerita sesama kalian. Untuk harga sila semak terus di laman sesawan rasmi The Hooton Retreat.
Sudah teruja? Kalau ya terus layari laman sesawang rasmi The Hooton Retreat untuk membuat tempahan atau anda juga boleh Whatsapp di talian 019-208 0633 untuk sebarang pertanyaan lanjut. Selamat bercuti!
IKUTI THE HOOTON RETREAT DI FACEBOOK | INSTAGRAM
#THEHOOTONRETREAT #CUTICUTIMALAYSIA #TRAVEL2N9 #NEGERISEMBILAN
Sudah teruja? Kalau ya terus layari laman sesawang rasmi The Hooton Retreat untuk membuat tempahan atau anda juga boleh Whatsapp di talian 019-208 0633 untuk sebarang pertanyaan lanjut. Selamat bercuti!
IKUTI THE HOOTON RETREAT DI FACEBOOK | INSTAGRAM
ALAMAT THE HOOTON RETREAT
LOT 2773, JALAN KUALA KLAWANG,
MUKIM PERTANG,
72300 KUALA KLAWANG,
NEGERI SEMBILAN.
#THEHOOTONRETREAT #CUTICUTIMALAYSIA #TRAVEL2N9 #NEGERISEMBILAN
0 Comments