PENGALAMAN INDAH DI RAINFOREST WORLD MUSIC FESTIVAL 2022 EDISI KE-25

PENGALAMAN INDAH DI RAINFOREST WORLD MUSIC FESTIVAL 2022 EDISI KE-25

Pengalaman Indah Di Rainforest World Music Festival 2022 Edisi Ke-25 | Sudah lama menyimpan hasrat untuk merasai pengalaman berada dalam acara muzik bertaraf dunia ini. Cerita enak dari mereka yang pernah berada di acara ini membuatkan perasaan ingin tahu membuak-buak! Tahun ini barangkali tuah menyebelahi diri ditambah pula acara ini jatuh pada hari lahir saya, maka berangkatlah saya ke bumi Sarawak untuk menyaksikan sendiri Rainforest World Music Festival edisi 2022 (RWMF 2022). Rainforest World Music Festival 2022 ini telah berlangsung selama tiga hari iaitu dari 17-19 Jun 2022 di Kampung Budaya Sarawak (Sarawak Cultural Village).

Festival muzik ini telah dianjurkan oleh Lembaga Pelancongan Sarawak (Sarawak Tourism Board) serta disokong Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) & Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Negeri Sarawak. Penganjuran RWMF 2022 ini turut dimeriahkan dengan penglibatan pelbagai syarikat korporat.

PENGALAMAN INDAH DI RAINFOREST WORLD MUSIC FESTIVAL 2022 EDISI KE-25

Lebih mengujakan, tahun ini Rainforest World Music Festival meraikan ulang tahun yang ke-25 dengan mengangkat tema 'Legendary Rainforest Celebration' serta buat julung kalinya ia turut menganjurkan persembahan secara hibrid. Maknanya, para peminat bukan sahaja dapat menyaksikan persembahan secara langsung di lokasi acara, tetapi ia juga dipancarkan di platform penstriman langsung dan rakaman persembahan dari pemuzik luar negara turut ditayangkan di layar lebar yang terletak di tepi pentas utama.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa saya teruja mengenai penganjuran Rainforest World Music Festival ini? Pada saya, acara ini bukan festival biasa-biasa. Ia adalah acara yang menghimpunkan world musicians from all continents and indigenous musicians from the interiors of the mythical island of Borneo. Bayangkan pada awal penganjurannya di tahun 1998 dengan hanya sekitar 300 penonton, kini ia menjadi antara acara terbesar dalam kalendar tahunan negeri Sarawak dimana ia pernah mencatatkan lebih 20 ribu pengunjung dari dalam dan luar negeri. Saya juga diberitahu, usai sahaja acara, sudah ada yang menempah untuk terlibat pada acara tahun seterusnya. RWMF ini juga telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan di peringkat negara dan dunia sejak ia dianjurkan, hebat bukan!

APA YANG MENARIK SEPANJANG RAINFOREST WORLD MUSIC FESTIVAL 2022?

Tiga hari berkampung di Kampung Budaya Sarawak, Rainforest World Music Festival 2022 bukan sahaja menyajikan pengunjung dengan variasi muzik dunia tetapi juga memberi info dan ilmu menerusi bengkel, seminar, pameran di siang hari. Malah pada pengunjung juga diberi pendedahan dan penglibatan secara langsung seperti belajar bermain alat muzik, tarian, permainan tradisional, membuat tembikar dan banyak lagi. Sepanjang RWMF 2022 juga tersedia pelbagai gerai menjual makanan dan produk kraf.

Malam pula dipentas utama, pengunjung dihiburkan dengan variasi persembahan dari pemuzik tempatan dan antarabangsa secara langsung dan diselang-seli dengan rakaman persembahan pemuzik di layar lebar. Tahun ini menyaksikan penyertaan 60 buah persembahan daripada 20 buah negara serata dunia. Saya diberitahu bahawa sasaran bilangan pengunjung tahun ini tercapai dan pastinya ia petanda baik untuk penganjuran edisi ke-26 tahun hadapan.

Antaranya persembahan yang dihidangkan kepada pengunjung sepanjang 3 hari ini adalah Alena Murang (Malaysia), At Adau (Malaysia), Balawan Batuan Gamelan Fusion (Indonesia), Rining Peter Paris (Malaysia), Bamboo Woods (Malaysia), BluGuru (Australia), Bourbon Lassi (Malaysia), Debashish Battacharya (India), DongYang Gozupa (Korea), Fauziah Gambus & The Gang (Malaysia), Hayree Hashim (Malaysia), Lan E Tuyang (Malaysia), Nikita Sarna (Malaysia), Pinanak Sentah (Malaysia), Razali Kulintang (Malaysia), RC World (China), Flame of The Forest (Singapore), Vaananen (Finland) Warsaw Village Band (Poland), Stephen Seifert (USA) dan ramai lagi.

Secara peribadi, saya cukup teruja dan berbesar hati menjadi sebahagian daripada pengunjung pada acara Rainforest World Music Festival 2022. Pertama kali menonton festival muzik ini menyedarkan saya bahawa world music mempunyai kelompok peminat yang cukup ramai walaupun industri muzik global didominasi oleh genre muzik pop dan terbaru k-pop. Bayangkan selautan manusia sambut menantikan setiap persembahan hingga akhir cukup membuat saya kagum. Harga tiket juga pada saya tidak murah tetapi pengunjung tetap membeli demi sokongan padu dan kecintaan kepada acara berprestij ini. Pada saya ianya berbaloi jika anda tahu menilai nilai seni muzik ini. Pengunjung yang datang dari setiap pelusuk dunia juga membuktikan bahawa muzik bisa menyatukan kita. Acara sebegini secara tidak langsung membuka mata dunia bahawa Malaysia khususnya Sarawak juga mempunyai acara dan muzik bertaraf dunia. Well done! Moga berjumpa lagi di Rainforest World Music Festival 2023!

Layari https://rwmf.net/ untuk info lanjut.

IKUTI RWMF DI FACEBOOK | INSTAGRAM

PENGALAMAN INDAH DI RAINFOREST WORLD MUSIC FESTIVAL 2022 EDISI KE-25

#RWMF2022 #TOURISMMALAYSIASARAWAK #CUTICUTIMALAYSIA #ACARA #HIBURAN

0 Comments