Sebagai info, Pakistan atau Republik Islam Pakistan adalah sebuah negara yang terletak Asia Selatan. Ia mempunyai garis pantai 1046-kilometer (650 batu) sepanjang Laut Arab di selatan, dan disempadani oleh Afghanistan dan Iran di barat, India di timur dan China di timur laut jauh. Menjadikan Islamabad sebagai ibu negara, majoriti penduduk Pakistan adalah Muslim Sunni. Malah, Pakistan adalah negara keenam dengan penduduk teramai di dunia dan negara kedua yang mempunyai penduduk beragama Islam teramai di dunia selepas Indonesia. Dahulunya, Pakistan merupakan sebahagian daripada India dan berpecah kepada Pakistan Barat dan Pakistan Timur, kini dikenali sebagai Bangladesh (Sumber Wikipedia).
Masakan Pakistan boleh dicirikan oleh gabungan berbagai tradisi memasak serantau di benua kecil India, Asia Tengah serta unsur-unsur dari warisan Mughalnya. Malah setiap masakan Pakistan mempunyai pengaruh dari kepelbagaian etnik dan budaya Pakistan. Namun, persamaan yang nyata mengenai masakan Pakistan adalah kaya dengan rempah dan penuh aroma (Sumber Wikipedia).
PILIHAN SAJIAN PAKISTAN DI NAJIA’S PAKISTANI TAWA & GRILL
Sudah lama menyimpan hasrat untuk mencuba masakan Pakistan dan akhirnya tertunai juga bila mengetahui kewujudan restoran Najia’s Pakistani Tawa & Grill Solaris Mont Kiara yang terletak bertentang dengan pasaraya Mercanto. Jangan risau tentang parkir kerana anda boleh sahaja meletakkan kenderaan di bahagian basement bangunan Solaris Mont Kiara. Lebih mudah, gunakan sahaja khidmat pandu-seru untuk ke restoran ini. Dibuka setiap hari, Najia’s Pakistani Tawa & Grill yang sudah beroperasi di sini lebih daripada 5 tahun menawarkan Pakistani Provincial Food Specialties and Adaptations of Authentic Pakistani Street Food.Melangkah masuk ke dalam ruang restoran, saya teruja melihat dekorasi yang walaupun minimalis tetapi hiasan dinding yang penuh warna dan elemen Pakistan memukau mata termasuk karikatur figura hebat dari Pakistan. Terasa vibes berada di Pakistan!
Antara menu yang saya pesan dan cuba adalah:
MUTTON BIRYANI
CHICKEN KADHAI
PRAWN MASALA
DARI KIRI: SWEET LASSI, WATERMELON JUICE, MINT LEMONADE & MANGO LASSI |
ULASAN PERIBADI TENTANG NAJIA’S PAKISTANI TAWA & GRILL
Sejujurnya, saya suka dengan setiap menu yang saya cuba di Najia’s Pakistani Tawa & Grill ini. Mungkin kerana hidangannya yang menggunakan rempah ratus yang sinonim dengan masakan Melayu maka tekak saya mudah menerima rasanya. Siapa yang tidak kenal sajian seperti Mutton Briyani, aneka Masala dan Paratha? Namun di Najia’s Pakistani Tawa & Grill, anda perlu mencuba sendiri kerana rasanya sedikit berbeza dengan sajian negara lain. Apa yang menjadikan ia istimewa dan authentic adalah ia dimasak menggunakan resipi asli dari Pakistan dan pastinya air tangan dari warga Pakistan sendiri. Paling mustahak, ianya Halal dan sesuai dinikmati seisi keluarga.Mahu sedikit kelainan? Disini juga tersedia menu piza dan kentang goreng yang diolah rasa menjadi menu tempatan. Anda patut cuba Chutney Fries dan Cheese Pizza, antara favourite saya!
Lebih mengejutkan saya adalah harga yang ditawarkan cukup berpatutan kerana kebiasaannya harga menu antarabangsa agak mahal tambahan pula lokasinya di kawasan elit Kuala Lumpur.
Jika anda yang belum mencuba sajian masakan Pakistan, saya sarankan anda singgah ke Najia’s Pakistani Tawa & Grill Solaris Mont Kiara ini. Jika anda tinggal berhampiran dengan Mont Kiara, anda juga boleh membuat pesanan secara dalam talian dengan melayari https://najiaspakistanitawaandgrill.beepit.com . Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi talian 03-6206 1236 . Pihak Najia’s Pakistani Tawa & Grill juga menyediakan perkhidmatan katering untuk sebarang majlis.
IKUTI NAJIA’S DI FACEBOOK | INSTAGRAM
#NAJIASPAKISTAN #PAKISTANIFOOD #FOOD #MAKANAN #REVIEW

ALAMAT NAJIA’S PAKISTANI TAWA & GRILL SOLARIS MONT KIARA
6, BLOK H, JALAN SOLARIS 5, SOLARIS MONT KIARA,
50480 KUALA LUMPUR.
#NAJIASPAKISTAN #PAKISTANIFOOD #FOOD #MAKANAN #REVIEW
0 Comments