Tampil unik dengan cogan kata All Things Honey (Segalanya Madu), jenama ini telah berkembang dengan pembukaan beberapa premis runcit dan terbaru, Jungle House mengorak satu langkah dengan membuka kafe pertama di Jalan Telawi 3, Bangsar.
Kafe Jungle House ini menampilkan dekorasi santai dan terbuka untuk anda menjamu selera. Ia menyajikan variasi menu inspirasi dari madu termasuk oat sarapan madu, kek madu rusia, pelbagai jenis 'croffles' (gabungan croissant dan wafel), kopi madu, teh dan jus yang kesemuanya digandingkan dengan madu yang khusus. Kafe Jungle House Jalan Telawi 3 Bangsar ini turut menawarkan produk berasaskan madu, pelbagai set hadiah dan juga produk penjagaan diri seperti sabun madu, pelitup muka dan beberapa produk lain.
KELAINAN MADU DI JUNGLE HOUSE
Dalam bisnes semua mahukan keuntungan. Namun bagi Jungle House, niat asal mereka adalah ingin meningkatkan taraf hidup komuniti orang asli yang menjadikan penuaian madu sebagai punca pendapatan. Dengan ini, ia dapat memperbaiki ekosistem dengan mendidik teknik penternakan lebah yang betul dan seterusnya menjaga populasi lebah ini.Di Jungle House, mereka menawarkan produk madu biasa dan juga madu hutan liar premium kepekatan tinggi seperti Royal Black dan Royal White yang sangat jarang ditemui dan mengandungi khasiat perubatan yang bermanfaat untuk kesihatan.
Jungle House mempunyai lebih daripada 10 jenis madu asli, monofloral, mentah, tulen, tanpa sebarang perisa tiruan termasuk Royal Black (nektar iaitu madu bunga yang diekstrak daripada pokok Mahoni), Royal White (nektar bunga Kiawe), Jungle’s Heart (nektar bunga Strawberi), Yellow Love (nektar bunga Linden), Sweettooth (nektar bunga mangga), Jungle’s Eye (nektar bunga longan), Pink Lady (nektar bunga kapas), Roast Cube (nektar bunga kopi), Citrus Bloom (nektar bunga oren) dan Fruit Boss (nektar bunga durian).

Jungle House bertekad untuk menjadikan madu mentah lebih mudah didapati dan mampu dibeli semua rakyat Malaysia selain menggalakkan orang ramai untuk menikmati madu sebagai pengalaman gaya hidup harian dan meningkatkan kesihatan secara semula jadi.
Jungle House berhasrat membawa madu mentah asli dari sarang lebah terus ke rumah, dengan kerjasama komuniti orang asli terutamanya dari hutan belantara Indonesia, Thailand dan Malaysia.
Sesungguhnya madu mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh badan antaranya anti bakteria dan anti mikrob. Malah kini ramai yang menjadikan madu sebagai ramuan dalam penyedian kulinari. Jungle House menawarkan bukan sahaja menu berasaskan madu tetapi menerapkan gaya hidup sihat kepada pelanggan.
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang Jungle House atau membuat pesanan produk madu secara dalam talian dengan melayari www.junglehouse.com.my .
IKUTI JUNGLE HOUSE DI FACEBOOK | INSTAGRAM
#ACARA #GAYAHIDUP #JUNGLEHOUSEMY #MAKANAN

0 Comments