Kalau pergi bercuti di tempat orang sudah pasti penginapan menjadi keutamaan bukan? Yelah, sudah berjam-jam di atas jalan raya, mesti nak recharge diri sebelum meneroka lokasi percutian pilihan. Bagaimana kalian memilih penginapan? Adakah bajet janji ada tempat tidur dan membersihkan diri atau perlukan bilik hotel yang selesa tidak kira berapa pun harganya? Pada saya, ia bergantung kepada individual preferences kerana ada yang sekadar mahukan ruang untuk tidur dan membersihkan diri dan ada pula yang mahu menginap di hotel mewah lengkap dengan fasiliti dan servis kelas pertama. Apa pun pilihan kalian, yang paling utama adalah tujuan percutian yang diinginkan tercapai.
Baru-baru ini, saya berkesempatan bercuti di Ipoh Perak. Menariknya, percutian hujung minggu ini berlangsung pada bulan Ramadan yang lalu. Perancangan percutian ke Ipoh Perak ini tidak mengambil masa lama kerana tujuan saya adalah mahu merehatkan minda dan lari seketika dari hiruk pikuk Lembah Klang. Mahu ke Negeri Sembilan dan Melaka, sudah terlalu biasa, maka Ipoh menjadi pilihan. Lagipun jarak KL dan Ipoh bukannya jauh mana pun.
Maka sesi mencari penginapan yang sesuai bermula dan selepas menilai beberapa pilihan, maka The Haven All Suite Resort Ipoh menjadi pilihan untuk edisi #HotelHunting kali ini. Kenapa The Haven All Suite Resort Ipoh? Teruskan membaca bingkisan ini.
2+1 BEDROOM LAKESIDE SUITE MENJADI PILIHAN DI THE HAVEN IPOH
Untuk daftar masuk, proses adalah seperti kebiasaan yang diamalkan oleh mana-mana hotel. Cuma sebagai ingatan, anda wajib membayar deposit sebanyak RM500/malam bagi setiap bilik yang ditempah. Maksudnya jika anda menginap 3 hari 2 malam, anda perlu membayar deposit sebanyak RM1000 untuk sebuah suite. Kaedah pembayaran deposit boleh dibuat menggunakan wang tunai atau kad kredit dan ianya akan dipulangkan kembali setelah daftar keluar.Suite jenis ini mempunyai 3 buah bilik iaitu bilik utama untuk dua orang, bilik kedua untuk 2 orang dan bilik ketiga untuk seorang. Tersedia dua buah bilik air (satu di dalam bilik utama yang turut mempunyai tab mandi), dapur dengan peralatan lengkap termasuk mesin kopi, ketuhar, peti ais, cerek, bilik khas untuk mengering pakaian, ruang tamu yang luas, ruang makan dan balkoni. Setiap unit tersedia kemudahan Wi-Fi, seterika, pengering rambut, penapis air, toiletries, TV, penghawa dingin di ruang tamu dan bilik.
FASILITI
Jujur saya katakan, saya memang jarang sekali mencuba fasiliti dan kemudahan di sesebuah hotel. Kebiasaanya memang akan baring sahaja di katil kerana semua tahu keempukan katil hotel cukup berbeza dengan katil di rumah sendiri.Saya sempat meninjau beberapa kemudahan yang terdapat di The Haven All Suite Resort Ipoh ini. Antara tarikan utama sudah pasti kolam renang dan menariknya, kolam renang infiniti ini berada bersebelahan dengan tasik semula jadi yang berbentuk kuda laut (seahorse). Kolam renang disini mempunyai jacuzzi, leisure pool, lap pool, children pool & wading pool. Waktu operasi adalah dari 7 pagi hingga 10 malam.
Selain itu, tersedia ruang acara antaranya Haven Ballroom, ruang galeri, bilik seminar, Seminar, Lake Garden, Rock Garden, Amphitheater, Helipad dan Rooftop.
MAKAN DI CUISINES SPECIALTY RESTAURANT
Memandangkan pencutian saya di The Haven Ipoh berlaku pada bulan Ramadan dan saya mengambil pakej istimewa sempena Ramadan. Jadi pakej ini memberi peluang kepada saya saya berbuka puasa di salah sebuah restoran di sini yang diberi nama Cuisines Specialty Restaurant. Bufet Ramadan di The Haven All Suite Resort Ipoh bertemakan Nostalgia Balik Kampung dan Cuisines Specialty Restaurant berada di tangga teratas restoran/kafe pilihan di Ipoh oleh Tripadvisor.Untuk sahur pula, saya diberi pilihan waktu untuk makanan dihantar ke suite iaitu sama ada jam 11-12 malam atau 5 – 6 pagi. Anda boleh pilih set nasi pilihan sewaktu urusan daftar masuk.
REVIEW JUJUR THE HAVEN ALL SUITE RESORT IPOH
Untuk pilihan suite, saya sarankan anda memilih suite yang menghadap tasik dan batu kapur kerana itulah main attraction The Haven Ipoh ini. Panorama menghijau dan pada waktu pagi dapat dilihat kabus menyeliputi bukit batu kapur ini. Walaupun sejujurnya suite disini seperti apartment, saya berpuas hati kerana saya sukakan katil dan bantal yang empuk, rasa privasi dan sudah semestinya permandangan alam semula jadinya termasuk batu kapur berusia 280 juta tahun kerana itulah luxury sebenar! Pada saya, The Haven All Suite Resort Ipoh adalah lokasi penginapan yang bukan sahaja mesra keluarga tetapi cukup ideal untuk pengantin baru dan juga sekumpulan anak muda yang mahukan percutian bersama rakan akrab. Ada pelbagai aktiviti sihat yang boleh dilakukan untuk mengisi momen percutian anda disini.
Trust me! Bila anda berada di The Haven Ipoh ini, anda rasa malas untuk keluar kerana terasa rugi jika tidak manfaat masa yang ada dengan beristirahat. Pastikan juga anda ambil peluang bergambar di kolam renang disini yang berlatar belakangkan bukit batu kapur yang menghijau!
Kalau malas keluar nanti lapar bagaimana? Jamu selera di Cuisines Restaurant sahaja kerana restoran ini dinobatkan juara untuk restoran dan kafe di Ipoh menerusi TripAdvisor. Memandangkan saya menginap disini pada bulan Ramadan, jadi saya berpeluang mencuba bufet Ramadan dan menu sahur.
Cuma, bagi anda yang merancang untuk masak di dapur yang tersedia di suite The Haven Ipoh ini, anda mungkin sedikit hampa kerana aktiviti memasak tidak dibenarkan kecuali anda menginap lebih daripada 7 hari. Jadi anda masih boleh membawa makanan dan panaskan menggunakan ketuhar gelombang mikro bukan!
Jadi, sudah teruja untuk ke The Haven All Suite Resort Ipoh? Apa tunggu lagi! Layari https://www.thehavenresorts.com untuk tempahan dan maklumat lanjut. Anda juga boleh menghubungi di talian 05-5400000 (tempahan) dan 05-5400010 (restoran). Selamat bercuti semua!
IKUTI THE HAVEN ALL SUITE RESORT IPOH DI FACEBOOK | INSTAGRAM
#HOTELHUNTING #THEHAVENIPOH #THEHAVENALLSUITERESORT
IKUTI THE HAVEN ALL SUITE RESORT IPOH DI FACEBOOK | INSTAGRAM
ALAMAT THE HAVEN ALL SUITE RESORT
JALAN HAVEN, 31150 IPOH, PERAK.
#HOTELHUNTING #THEHAVENIPOH #THEHAVENALLSUITERESORT
0 Comments