Acara yang bertemakan A World Of Flavours juga bersempena dengan Hari Nutrisi Sedunia (World Nutrition Day) yang diraikan pada 28 Mei ini memberi pendedahan bukan hanya mengenai khasiat kentang A.S, tetapi memberi idea kepelbagaian resipi yang boleh dihasilkan dengan Kentang A.S ini. Acara ini telah berlangsung dengan menghimpunkan 20 pempengaruh media sosial yang turut menunjukkan bakat memasak menu lazat berasakan kentang A.S di TCH Foodworks Culinary Workspace, Petaling Jaya. Hadir sama, pakar runding diet terkemuka, Indra Balaratnam dan Tania Lee, pakar diet sukan serta beberapa tetamu kehormat yang lain.
TIMOTHY HARRISON, REGIONAL AGRICULTURAL ATTACHE, FOREIGN AGRICULTURAL SERVICE, U.S EMBASSY KL. |
EDDIE SAW, WAKIL POTATOES USA MALAYSIA |
INDRA BALARATNAM, PAKAR RUNDING DIET |
TANIA LEE, PAKAR DIET SUKAN |
RESIPI SIHAT, SEDAP DAN MUDAH DENGAN KENTANG A.S
Pada acara sama, Indra Balaratnam turut berkongsi beberapa resipi mudah dan sihat menggunakan kentang A.S iaitu Mufin Kentang Russet A.S., Kroket Feta & Parsli Kentang A.S., Kerabu Epal Hijau Kentang Russet A.S. dan Kentang A.S. Bakar ala TexMex. Antara yang mencuri perhatian saya adalah Mufin Kentang Russet A.S, jadi saya kongsikan resipi penuh menu ini di bawah.Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 30 minit
Masa sedia: 50 minit
Jenis kentang: US Russet
Saiz hidangan: 12 mufin
Kaedah penyediaan: Merebus dan membakar
Jenis hidangan: Snek, pembuka selera
BAHAN-BAHAN
- 3 biji kentang Russet A.S bersaiz sederhana (skinned, direbus dan dilenyek)
- 1 biji telur (dipukul ringan)
- ½ cawan lobak merah (diparut halus)
- 1/4 cawan bawang besar (dicincang halus)
- ½ suduh the serbuk bawang putih
- ½ cawab (50 gram) keju cheddar yang diparut
- Garam & lada hitam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan ketuhar sehingga 180ºC. Sapukan loyang mufin dengan sedikit minyak zaitun.
- Potong Kentang Russet A.S kepada kiub kecil dan rebus di dalam air selama beberapa minit sehingga ia lembut (cucuk dengan garpu). Bila sudah lembut, toskan kentang dan lenyek.
- Masukkan telur yang telah dipukul bersama lobak merah, bawang besar, serbuk bawang putih dan keju cheddar. Gaul rata dan perasakan dengan garam dan lada hitam.
- Bakar selama 30 minit sehingga mufin berwarna perang keemasan dan garing dikeliling mufin tersebut.
- Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan selama 10 minit sebelum anda membawa keluar mufin dari loyang.
NOTA
Mufin ini boleh disimpan di dalam peti sejuk. Untuk memanas kembali, letakkan di dalam ketuhar gelombang mikro selama 40 saat.
NUTRISI
Informasi Nutrisi (per mufin):
Kalori: 69
Protein: 3g
Lemak: 2g (26% lemak daripada jumlah kalori)
Karbohidrat: 10g
Serat: 1g
Sodium: 55mg
ACARA MEMASAK MENU DENGAN KENTANG A.S MENGGAMIT SUASANA
Jadi kepada anda diluar sana yang mahu menjaga pemakanan untuk kesihatan, anda boleh mengamalkan pemakanan kentang A.S ini. Untuk maklumat lanjut dan resipi menarik berkaitan kentang A.S anda boleh melayari www.uspotatogoodness.com.my atau laman Facebook @My Potatoes USA.
Selamat mencuba!
#ACARA #KESIHATAN #USPOTATOES #WORLDNUTRITIONDAY
0 Comments