Tahun ini cukup istimewa kerana buat julung kalinya, Dorsett Hartamas membawakan bufet Ramadan kepada anda. Bagi mencipta kelainan, Dorsett Hartamas Kuala Lumpur menawarkan menu signatur dari negeri selatan Malaysia menerusi Warisan Selatan.
DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR SEMARAK MENU WARISAN SELATAN
Dorsett Hartamas Kuala Lumpur menerusi restoran Table Talk akan menyajikan variasi menu dari selatan Semenanjung Malaysia. Diketuai oleh Chef Ahmad yang berpengalaman dalam masakan Melayu, anda pasti terpukau dengan menu seperti Nasi Beriani (Johor), Ayam Rendang Minang (Negeri Sembilan), Daging Beriani (Johor), Labu Masak Lemak Kuala Pilah (Negeri Sembilan), Ikan Pari Asam Pedas (Melaka), Sotong Kalio (Johor), Sayur Campur bersama Cendawan (Melaka), Teluk Itik Lemak (Negeri Sembilan) and Udang Goreng Kunyit (Melaka) dan banyak lagi. Menu-menu ini akan berubah setiap hari sepanjang Ramadan agar pengunjung dapat merasai lebih banyak menu menarik dari negeri di selatan Semenanjung Malaysia.Menu lain yang pasti memikat selera adalah aneka salad, aneka kerabu, sup, menu BBQ, Murtabak Ayam dan Daging, aneka menu gorengan (Samosa, Goreng Pisang, Cekodok, Cempedak, Keledek, Ubi Keladi, Kurma Goreng, Popia Goreng), aneka menu panggang (Ikan Bakar, Ayam Golek, Sate, Kepak Goreng, Beef Steak) dan variasi pencuci mulut serta minuman.
HARGA BUFET RAMADAN 2022 DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR
Bufet Ramadan 2022 Warisan Selatan Dorsett Hartamas Kuala Lumpur akan berlangsung daripada 8 April sehingga 28 April 2022. Harga yang ditawarkan adalah RM98 bersih (dewasa) dan RM68 bersih untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun dan warga emas berusia 60 tahun ke atas.PROMOSI LAIN SEPANJANG MUSIM PERAYAAN DI DORSETT HARTAMAS
Sempena musim perayaan ini, Dorsett Hartamas Kuala Lumpur juga turut menawarkan seleksi hadiah raya buat anda yang mencari buah tangan. Antaranya adalah variasi biskut raya pada harga RM20 bersih, Sambal Tumis berharga RM20 bersih setiap botol berkapasiti 250gm, Rendang Ayam Ready-To-Eat pek 300gm berharga 300gm, Rendang Pucuk Ubi bersaiz 150gm pada harga RM20 bersih.Tersedia juga Set Lebaran dalam pembungkusan istimewa buat anda untuk dijadikan sebagai hadiah dan boleh dibeli dari 8 April 2022 hingga 1 Mei 2022.
SET LEBARAN A (RM50 BERSIH)
- Rendang Ayam, Butter Cookies, Sambal Tumis Dan Pucuk Ubi Dalam Pek Silver Cooler Bag.
SET LEBARAN B (RM60 BERSIH)
- Rendang Daging, Butter Cookies, Sambal Tumis Dan Pucuk Ubi Dalam Pek Silver Cooler Bag.
SYAWAL @ DORSETT A (RM70 BERSIH)
- Rendang Ayam, Butter Cookies, Sambal Tumis Dan Pucuk Ubi Dalam Beg Eski Dorsett.
SYAWAL @ DORSETT B (RM80 BERSIH)
- Rendang Daging, Butter Cookies, Sambal Tumis dan Pucuk Ubi Dalam Beg Eski Dorsett.
PAKEJ PENGINAPAN HALAMAN DORSETT
Sambil menikmati bufet Ramadan, anda boleh juga merehat diri dengan menginap di Dorsett Hartamas Kuala Lumpur. Sempena Ramadan ini, nikmati tawaran Pakej Halaman Dorsett pada harga RM315 bersih/bilik/malam dengan bilik jenis Dorsett Room (penginapan minimum untuk 2 malam).Pakej Halaman Dorsett ini didatangkan bersama D’brekkie Early Breakfast (sahur) untuk 2 orang di Table Talk restaurant dari 4.30 pagi hingga 5.30 pagi dan juga bufet Ramadan Warisan Selatan untuk 2 orang. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Untuk menempah, anda boleh melayari www.dorsetthotels.com/malaysia/hartamas dan tempoh tempahan bilik dibuka sekarang sehingga 25 April 2022 untuk penginapan dari 2 April hingga 30 April 2022. Bagi pembelian baucar bufet Ramadan dan set hadiah, anda boleh melayari www.dorsettbooking.com/malaysia . Hubungi 03-62098888 atau emel ke fnb.hartamas@dorsetthotels.com untuk info lanjut.
IKUTI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR DI FACEBOOK | INSTAGRAM
ALAMAT DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR
D-G-8 3, PLAZA DAMAS 3, NO. 63,
JALAN SRI HARTAMAS 1, SRI HARTAMAS,
50480 KUALA LUMPUR.
#BUFETRAMADAN2022 #DORSETTHARTAMAS #MAKANAN
0 Comments