Tahun ini, Dorsett Kuala Lumpur meneruskan legasi gastronomi dengan menawarkan bufet Ramadan bertemakan Juadah Kampungku. Bagi anda yang mencari-cari bufet Ramadan di tengah bandaraya Kuala Lumpur, barangkali anda boleh meninjau apakah menu menarik yang ditawarkan oleh Dorsett Kuala Lumpur pada tahun 2022 ini.
JUADAH KAMPUNGKU MENJADI TEMA BUFET RAMADAN 2022 DORSETT KUALA LUMPUR
Kelainan ditampilkan bufet Ramadan Dorsett Kuala Lumpur tahun ini adalah menampilkan menu signatur dari setiap negeri dalam Malaysia. Antaranya Umai Obor-Obor dari Sarawak, Ikan Asam Pedas dari Melaka, Masak Lemak Siput Sedut dan Belimbing Buluh dari Negeri Sembilan, Daging Gulai Kawah dari Kedah, Laksa Utara dari Pulau Pinang. Selain itu, jangan lupa mencuba Nasi Ulam, Ikan Patin Masak Tempoyak, Pasembor, Rendang Dendeng dan banyak lagi. Pencuci mulut seperti Serawa Durian, Pengat Pisang, kuih-muih Melayu mesti cuba!HARGA BUFET RAMADAN 2022 DORSETT KUALA LUMPUR
Untuk tempahan dan info lanjut, anda boleh hubungi/ WhatsApp di talian 012-6743509 atau 012-6280551 atau anda boleh terus layari https://dorsettbooking.com/malaysia .
IKUTI DORSETT KUALA LUMPUR DI FACEBOOK | INSTAGRAM
ALAMAT DORSETT KUALA LUMPUR
172, JALAN IMBI, PUDU,
55100 KUALA LUMPUR.
#BUFETRAMADAN2022 #DORSETTKUALALUMPUR #MAKANAN
0 Comments