Sebagai informasi, Sunway Hotel Big Box adalah stylish new midscale hotel yang terletak di Sunway City Iskandar Puteri, Johor. Hotel kontemporari ini mempunyai 284 buah bilik dengan variasi pilihan penginapan untuk pasangan, famili atau pengembara tujuan perniagaan. Hotel ini juga bersambung terus dengan Sunway Big Box Retail Park.
JUADAH BIG BOX SEMPENA RAMADAN 2022 DI SUNWAY HOTEL BIG BOX
Berkonsepkan 'Juadah Big Box', bufet tersebut menampilkan air tangan Chef Eksekutif Jamaluddin Sadikum, seorang chef yang berpengalaman selama hampir 30 tahun dan pasukan kulinarinya yang mahir. Sepanjang bulan Ramadan, terdapat tiga set menu berbeza yang akan dihidangkan secara bergilir setiap hari dengan lebih 300 jenis juadah yang lazat.Setiap menu akan menghidangkan sup beraroma seperti Sup Tulang Gearbox, Sup Pindang Lautan dan Soto Ayam Madura. Antara hidangan daging yang dimasak dengan rempah selama beberapa jam sehingga empuk termasuk Rendang Kambing, Kambing Krutuk dan Daging Rendang Tok Johan Tulang Rawan. Tidak lengkap buka puasa di hotel tanpa Kambing Golek jadi Sunway Hotel Big Box menawarkan Kambing Golek Nabawi buat pengunjung.
Peminat makanan laut pasti gembira dengan pilihan hidangan yang dimasak dengan santan seperti Sotong Sumbat Masak Lemak Selasih, Ketam Masak Lemak Nanas serta hidangan kegemaran klasik seperti Ikan Patin Masak Tempoyak Bertimum Tua. Bagi mereka yang inginkan pengalaman bazar, tarikan utama adalah lapan stesen masakan aksi langsung (live-cooking) di kawasan luar Pendas Café bersebelahan kolam infiniti.
Terdapat juga hidangan wajib musim perayaan termasuk Asam Pedas Ikan dan hidangan tradisi bulan puasa iaitu Bubur Lambuk. Stesen pencuci mulut pula menyediakan kuih tradisional seperti Kuih Ondeh-Ondeh, Kuih Keria, Kuih Gula Hangus dan Kuih Ketayap.
Stesen panggang pula menawarkan ikan panggang, pelbagai jenis sate dan makanan laut. Manakala, stesen snek menghidangkan makanan kegemaran di gerai tepi jalan termasuk Ubi Goreng, Durian Tempura, Goreng Pisang dan Cucur Udang. Terdapat jugak stesen yang menyediakan minuman kegemaran ramai iaitu Ais Kacang dan Cendol, manakala satu lagi stesen menghidangkan pilihan kegemaran di bazar seperti Murtabak dan Roti John.
Hubungi 07-5336653 atau emel ke sbbh.enquiry@sunwayhotels.com untuk tempahan dan pertanyaan lanjut. Layari www.sunwayhotels.com/sunway-bigbox bagi mengetahui secara terperinci tentang promosi dan hebahan terkini mengenai Sunway Hotel Big Box.
IKUTI SUNWAY HOTEL BIG BOX DI FACEBOOK | INSTAGRAM
#BUFETRAMADAN2022 #SUNWAYHOTELBIGBOX
HARGA BUFET SUNWAY HOTEL BIG BOX SEPANJANG RAMADAN 2022
Bufet Juadah Big Box Sunway Hotel Big Box akan berlangsung di Pendas Café yang terletak di aras 1 Sunway Hotel Big Box hingga 28 April ini, bermula 6.30 petang hingga 10.30 malam setiap hari pada harga RM128 untuk dewasa dan RM64 untuk kanak-kanak berusia antara empat hingga 12 tahun.Hubungi 07-5336653 atau emel ke sbbh.enquiry@sunwayhotels.com untuk tempahan dan pertanyaan lanjut. Layari www.sunwayhotels.com/sunway-bigbox bagi mengetahui secara terperinci tentang promosi dan hebahan terkini mengenai Sunway Hotel Big Box.
IKUTI SUNWAY HOTEL BIG BOX DI FACEBOOK | INSTAGRAM
ALAMAT SUNWAY HOTEL BIG BOX
PERSIARAN MEDINI 5,
SUNWAY CITY ISKANDAR PUTERI,
79250 ISKANDAR PUTERI,
JOHOR DARUL TA'ZIM.
#BUFETRAMADAN2022 #SUNWAYHOTELBIGBOX
0 Comments