Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur menjadi hotel pilihan kerana lokasinya yang strategik kerana terletak di pusat perniagaan utama di ibu kota bertentangan dengan pusat membeli belah terkenal Sunway Putra Mall. Hotel bertaraf 5 bintang ini memberi pengalaman hospitaliti budaya Malaysia dan pada masa sama menampilkan kemewahan serta keselesaan gaya hidup masa kini.
BUFET RAMADAN ANGKAT TEMA CITARASA ZAMAN BERZAMAN
Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur menerusi Zende Restaurant mengetengahkan variasi menu bertemakan Citarasa Zaman Berzaman. Tambah menarik lagi, terdapat lebih 300 jenis juadah berbuka puasa yang disediakan oleh warga dapur diketuai oleh Chef Hj Mohd Saad bin Othman. Antara menu wajib cuba semestinya Sup Gear Box Power yang menjadi menu signatur disini setiap kali tiba Ramadan. Selain itu, nikmati beberapa menu masakan kampung seperti Kari Kepala Ikan, Pucuk Ubi Masak Lemak Pedas, Ikan Merah Panggang ala Portugis, Rendang Udang Harimau dan Kunyit, Perut Lembu Masak Lemak Rebung, Kambing Bakar dan banyak lagi. Menu antarabangsa juga tidak mengecewakan seperti Tiram Bakar bersama Keju dan Nasi Arab yang cukup enak.Tidak lengkap juadah tanpa menu pencuci mulut. Jadi anda boleh meninjau variasi menu menarik antaranya Pengat Pisang, Pulut dan Serawa Durian, Ais Batu Campur (ABC), kuih-muih Melayu, kek dan juga pelbagai jenis minuman.
HARGA BUFET RAMADAN 2022 SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR
Bufet Ramadan 2022 di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur bermula dari 4 April 2022 hingga 1 Mei 2022 dari 6.30 petang hingga 10 malam. Bufet Citarasa Zaman Berzaman berharga RM150 net untuk seorang dewasa.Tersedia juga kaunter pungutan zakat dan surau untuk solat. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur, sila hubungi 011-2175 3626. Layari laman sesawang rasmi https://www.seripacifichotel.com untuk maklumat lanjut.
IKUTI SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR DI FACEBOOK | INSTAGRAM
ALAMAT SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR
JALAN PUTRA 50350, KUALA LUMPUR.
#BUFETRAMADAN2022 #SERIPACIFICHOTELKL #RAMADAN #MAKANAN
0 Comments