ALI PUTEH KINI JUAL AYAM BERSAMA RED GROCER

ALI PUTEH KINI JUAL AYAM BERSAMA RED GROCER

Ali Puteh Kini Jual Ayam Bersama Red Grocer | Terpalit dengan kontroversi bukanlah pengakhiran hidup. Itu yang dipegang oleh pelawak terkenal Ali Puteh demi kelangsungan hidup. Kekal positif dan percaya rezeki tidak pernah salah alamat, Ali Puteh atau nama sebenar Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan memanjatkan syukur apabila ditawarkan menjadi duta kepada pembekal ayam segar halal Red Grocer.

Ali Puteh ditemui ketika majlis perasmian kilang Red Grocer di Taman Daya, Johor Bahru baru-baru ini mengaku terharu dengan peluang yang diterima dan menganggap ia mimpi yang menjadi kenyataan. Malah minat yang mendalam dalam bidang perniagaan sejak dulu menjadikan beliau cukup teruja dengan tawaran ini.

ALI PUTEH KINI JUAL AYAM BERSAMA RED GROCER

"Saya bersyukur dengan rezeki ini dan saya percaya ia memberikan peluang untuk masa depan yang lebih terjamin," katanya.

Jelas Ali Puteh, beliau menganggap ini sebagai dunia baharunya. Beliau enggan ambil pusing tentang apa jua pandangan orang sebaliknya terus melangkah demi kebaikan semua pihak.

"Saya mahu tutup buku lama, sesuai dengan bulan Ramadan yang baru bermula dan saya percaya jika kita berusaha pasti ada ganjarannya."

Bila ditanya adakah penglibatan dalam dunia perniagaan ayam segar halal bersama Red Grocer adalah petanda ucapan selamat tinggal kepada dunia hiburan, jelasnya beliau mahu fokus kepada bidang baru ini dan pada masa sama masih aktif dalam bidang seni jika ada tawaran.

ALI PUTEH KINI JUAL AYAM BERSAMA RED GROCER

Jelas Farhan Umar, Ketua Pegawai Eksekutif Red Grocer, pemilihan Ali Puteh sebagai duta rasmi Red Grocer adalah tepat kerana syarikat yakin dengan komitmen padu Ali Puteh dalam memperkenalkan syarikat itu kepada orang ramai. Malah, pihak Red Grocer sendiri optimis dengan komitmen Ali Puteh dalam bidang perniagaan serta tidak kekok dalam mengendalikan pemprosesan ayam mentah. Bukan saja sebagai duta, Ali juga diberikan tanggungjawab dan mandat sebagai Pengurus Perhubungan Awam Red Grocer.

ALI PUTEH KINI JUAL AYAM BERSAMA RED GROCER
FARHAN UMAR, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF RED GROCER

"Bagi saya Ali ada karakter lain berbanding pelawak sedia ada. Malah saya difahamkan dia juga memang pernah berniaga bersama arwah abangnya, Abam.

"Kita mahu membentuk Ali menjadi usahawan berjaya dan membimbing dia sehingga mampu menjadi seorang dari pemegang saham syarikat ini," katanya.

ALI PUTEH KINI JUAL AYAM BERSAMA RED GROCER

Bermula pada tahun lalu, Red Grocer yang diusahakan oleh tiga sahabat ini punya misi dan visi serta memegang prinsip fardu kifayah iaitu menawarkan ayam yang dijamin segar, bersih dan halal kepada orang ramai.

Farhan Umar turut menjelaskan bahawa pihaknya memberi jaminan bahawa pembekalan ayam diproses Red Grocer mengikut piawaian dan syariat yang ditetapkan agar ia selamat untuk pembeli.

"Kami juga mahu menawarkan pelan harga yang berpatutan dalam masa sama memastikan bekalan sentiasa ada dari bekalan tempatan untuk pasaran tempatan, jelas beliau.

ALI PUTEH KINI JUAL AYAM BERSAMA RED GROCER

ALI PUTEH KINI JUAL AYAM BERSAMA RED GROCER

ALI PUTEH KINI JUAL AYAM BERSAMA RED GROCER

Sehingga kini, Red Grocer mempunyai tiga kilang utama di Kelantan, Kajang dan Johor Bahru dengan kapasiti pengeluaran 250,000 ekor ayam sehari. Syarikat milik penuh bumiputera ini turut menawarkan bekalan ayam seekor, isi dada, chicken chop, anggota ayam dan juga ayam cincang. Red Grocer turut mengintai peluang untuk meneroka pasaran Singapura di masa hadapan memandangkan pintu masuk negara sudah kembali dibuka. Pada masa sama, Red Grocer juga turut membuka peluang perniagaan kepada yang berminat dimana setakat ini terdapat 30 ejen berdaftar di seluruh negara. Layari https://www.redgrocer.my untuk maklumat lanjut.

IKUTI RED GROCER DI FACEBOOK | INSTAGRAM


ALI PUTEH KINI JUAL AYAM BERSAMA RED GROCER


#BERITA #BISNES #HIBURAN

0 Comments