REVIEW PENGINAPAN DI GRAND BARAKAH HOTEL AMPANG

REVIEW PENGINAPAN DI GRAND BARAKAH HOTEL AMPANG

Review Penginapan Di Grand Barakah Hotel Ampang | Bercuti ke mana kali ini? Kalau Kuala Lumpur dan Selangor menjadi destinasi percutian kali ini, mungkin anda boleh meninjau penginapan di Grand Barakah Hotel yang terletak di Ampang, Selangor. Yes! Edisi #HotelHunting kembali lagi dan kali ini saya akan berkongsi pengalaman peribadi menginap di hotel ini yang mungkin sedikit sebanyak dapat memberi gambaran tentang Grand Barakah Hotel Ampang ini.

Tidak pernah dalam senarai hotel pilihan saya berada di kawasan Ampang, jadi pilihan Grand Barakah Hotel Ampang ini barangkali tepat memandangkan lokasi hotel ini yang menjadi tumpuan ramai. Ini kerana hotel ini berada bertentangan dengan Ampang Point serta kawasan perniagaan. Malah jaraknya yang dekat untuk ke pusat bandar menjadi pilihan sesuai untuk anda menginap disini.

REVIEW PENGINAPAN DI GRAND BARAKAH HOTEL AMPANG

Macam pernah tahu saja bangunan hotel ini! Yes, bagi yang tahu, bangunan hotel ini dahulunya merupakan De Palma Hotel Ampang. Kini, dibawah pengurusan baru, bangunan ini berubah menjadi Grand Barakah Hotel Ampang sejak Oktober 2021. Apa kelainan yang cuba ditampilkan oleh Grand Barakah Hotel Ampang ini? Teruskan membaca bingkisan ini.

Melihat kepada namanya, sudah jelas Grand Barakah Hotel Ampang menawarkan pengalaman penginapan di hotel patuh Syariah (shariah compliance) dan muslim-friendly pada harga yang cukup berpatutan di tengah kepesatan kota. Grand Barakah Hotel Ampang mempunyai 204 bilik dan 32 suites serta beberapa premis makanan menarik di bawah satu bumbung.

Melangkah masuk ke ruang lobi, jelas penerapan ciri minimalis dan islamik menerusi dekorasi mihrab, pemainan warna dan penggunaan perabot. Pemakaian warga kerja hotel juga yang menutup aurat juga seiring dengan konsep Grand Barakah Hotel Ampang ini. Di ruang lobi juga terdapatanya dua premis makanan iaitu The Rumbia Coffee House dan Warisan Bonda serta sebuah agensi pelancongan iaitu Barakah Umhaj Travel & Tours Sdn Bhd.

REVIEW PENGINAPAN DI GRAND BARAKAH HOTEL AMPANG

REVIEW PENGINAPAN DI GRAND BARAKAH HOTEL AMPANG

REVIEW PENGINAPAN DI GRAND BARAKAH HOTEL AMPANG

REVIEW PENGINAPAN DI GRAND BARAKAH HOTEL AMPANG

Urusan daftar masuk cukup lancar. Setelah kunci bilik diberi, lantas saya terus menuju ke bilik yang terletak di aras 9 bangunan ini. Untuk info, aras 4 hingga 7 menempatkan kamar jenis Deluxe seperti Deluxe Room, Deluxe Junior Suite dan Executive Deluxe Suite manakala aras 8 hingga 11 menempatkan kamar jenis Premier seperti Premier Deluxe Room, Premier Junior Suite dan Premier Executive Suite. Setiap harga bagi jenis bilik ini adalah berbeza.

BILIK JENIS PREMIER DELUXE TWIN

Bilik yang saya tempah untuk penginapan 2 hari 1 malam di Grand Barakah Hotel Ampang adalah jenis Premier Deluxe Twin. Bilik yang berkeluasan sekitar 26-meter persegi ini menyediakan dua katil bersaiz single, penghawa dingin, TV berskrin LCD, telefon, Wi-Fi percuma, bilik air dengan rain shower dan paip air untuk mengambil wuduk, sejadah, peti keselamatan, peti ais, cerek air.

REVIEW PENGINAPAN DI GRAND BARAKAH HOTEL AMPANG

REVIEW PENGINAPAN DI GRAND BARAKAH HOTEL AMPANG

REVIEW PENGINAPAN DI GRAND BARAKAH HOTEL AMPANG

REVIEW PENGINAPAN DI GRAND BARAKAH HOTEL AMPANG

REVIEW PENGINAPAN DI GRAND BARAKAH HOTEL AMPANG

REVIEW PENGINAPAN DI GRAND BARAKAH HOTEL AMPANG

REVIEW PENGINAPAN DI GRAND BARAKAH HOTEL AMPANG

FASIILITI DI GRAND BARAKAH HOTEL

Sudah pasti kemudahan dan fasiliti hotel menjadi antara tarikan tetamu yang menginap di sesebuah hotel. Selain tersedia kolam renang di aras 3, Grand Barakah Hotel Ampang turut menyediakan surau berhadapan dengan kolam renang. 

REVIEW PENGINAPAN DI GRAND BARAKAH HOTEL AMPANG

Menariknya, Surau Nurul Hikmah juga menawarkan solat Jumaat kepada tetamu hotel dan orang awam, hotel pertama di Malaysia yang menyediakan kemudahan ini. Kemudahan lain yang tersedia di Grand Barakah Hotel Ampang adalah dewan acara dan bilik mesyuarat.

REVIEW PENGINAPAN DI GRAND BARAKAH HOTEL AMPANG

REVIEW PENGINAPAN DI GRAND BARAKAH HOTEL AMPANG

REVIEW PENGINAPAN DI GRAND BARAKAH HOTEL AMPANG

REVIEW PENGINAPAN DI GRAND BARAKAH HOTEL AMPANG

MAKAN-MAKAN DI GRAND BARAKAH HOTEL AMPANG

Terdapat beberapa pilihan tempat makan menarik di dalam bangunan Grand Barakah Hotel Ampang ini iaitu The Rumbia Coffee House, restoran Warisan Bonda dan restoran Azzraf Turkish and Arabic Cuisine. Nama pun hotel bercirikan shariah compliance, setiap premis disini menawarkan menu Halal kepada pengunjung.

THE RUMBIA COFFEE HOUSE

REVIEW PENGINAPAN DI GRAND BARAKAH HOTEL AMPANG

REVIEW PENGINAPAN DI GRAND BARAKAH HOTEL AMPANG

REVIEW PENGINAPAN DI GRAND BARAKAH HOTEL AMPANG

REVIEW PENGINAPAN DI GRAND BARAKAH HOTEL AMPANG

REVIEW PENGINAPAN DI GRAND BARAKAH HOTEL AMPANG

REVIEW PENGINAPAN DI GRAND BARAKAH HOTEL AMPANG

Premis ini menawarkan variasi menu lokal dan barat kepada pengunjung. Selain menu ala-carte, The Rumbia Coffee House menawarkan menu bufet sarapan pagi setiap hari serta Hi-Tea pada setiap Sabtu, Ahad dan Cuti Umum bermula jam 12 tengahari hingga 4 petang. Harga Hi-Tea yang ditawarkan adalah RM58 (dewasa), RM38 (warga emas) dan RM28 (kanak-kanak umur 6-12 tahun). Pada masa sama, The Rumbia Coffee House juga menawarkan promosi Set Makan Tengahari  & Malam dengan menu seperti Ikan Patin Tempoyak, aneka menu Ikan Jenahak/Kerapu dan Kari Kepala Ikan. Malas untuk keluar, boleh sahaja menjamu selera di The Rumbia Coffee House yang beroperasi dari jam 6.30 pagi sehingga 12 tengah malam. Hubungi 03-4270 7070 samb. 1507 untuk info lanjut.

WARISAN BONDA

Kelaianan yang ditampilkan oleh Warisan Bonda adalah restoran ini menawarkan menu bufet berkonsepkan Hari Raya. Bertemakan Hari-Hari, Hari raya, anda boleh menjamu selera dengan variasi menu hari raya seperti Lemang, Ketupat Palas, Burasak, Lepat Lui, Rendang Ayam dan Daging, Lodeh, Hati Masak Hitam dan banyak lagi. Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang dan bufet Nasi Lemak tersedia bermula dari 6 petang hingga 11 malam. Harga bufet Warisan Bonda Hari-Hari, Hari Raya ini berharga RM30 sahaja. Hubungi 03-42707070 samb. 1508 untuk info lanjut.

RESTORAN AZZRAFF

REVIEW PENGINAPAN DI GRAND BARAKAH HOTEL AMPANG

REVIEW PENGINAPAN DI GRAND BARAKAH HOTEL AMPANG

REVIEW PENGINAPAN DI GRAND BARAKAH HOTEL AMPANG

REVIEW PENGINAPAN DI GRAND BARAKAH HOTEL AMPANG

REVIEW PENGINAPAN DI GRAND BARAKAH HOTEL AMPANG

REVIEW PENGINAPAN DI GRAND BARAKAH HOTEL AMPANG

REVIEW PENGINAPAN DI GRAND BARAKAH HOTEL AMPANG

Mencipta kelainan, Grand Barakah Hotel Ampang juga menawarkan menu dari Timur Tengah dengan pembukaan restoran Azzraff. Restoran khusus menu Arab dan Turki ini terletak di aras 3 dan berhadapan dengan kolam renang. Jika anda bosan dengan menu tempatan, restoran Azzraff adalah lokasi terbaik buat anda yang mahu menjamu selera tetapi malas untuk keluar dari bangunan hotel. Waktu operasi restoran Azzraff adalah dari jam 11 pagi hingga 12 tengah malam. Hubungi 03-42667755 untuk info lanjut.

ULASAN PERIBADI GRAND BARAKAH HOTEL AMPANG

REVIEW PENGINAPAN DI GRAND BARAKAH HOTEL AMPANG

Masa untuk ulasan peribadi mengenai hotel ini. Sejujurnya saya tidak pernah menginap di De Palma Hotel Ampang sebelum ini. Jadi saya tidak boleh membuat perbandingan antara kedua-duanya. Jadi fokus ulasan saya hanyalah untuk Grand Barakah Hotel Ampang sahaja. Ruang parkir luas tersedia baik di luar atau di dalam bangunan. Jadi tiada masalah untuk anda yang datang dengan kenderaan sendiri. Melangkah ke ruang lobi, saya dapat rasakan aura minimalis dan islamik menerusi dekorasi dan permainan warna. Di ruang lobi, hanya ada kaunter daftar, beberapa kerusi menunggu serta dua premis makanan. Juga tersedia sebuah tangga persis tangga istana menuju ke Grand Ballroom. Mungkin ini adalah spot #ootd yang ada di ruang lobi hotel ini.

Bilik Premier Deluxe Twin yang saya inapi juga pada saya cukup minimalis. Walaupun ia hotel lama diberi wajah baru, saya tidak alamai sebarang bau yang tidak menyenangkan. Ruang koridor bilik juga kemas dan bersih. Cuma pada saya, bilik jenis cukup basic dan bilik airnya tidaklah bersaiz besar. Namun, bilir air air tersedia pancuran rain shower dan paip khas untuk mengambil wuduk which I like it! Siaran TV nya pula hanya memaparkan siaran penyiaran tempatan sahaja tapi itu bukan isu besar pada saja yang hanya mahukan bilik yang selesa untuk berehat dan melelapkan mata. Saya kurang pasti kenapa bilik yang saya inapi ini tidak mempunyai seterika dan pengering rambut. Saya berpeluang melihat beberapa jenis bilik disini dan apa yang saya boleh katakan, jika anda mahukan rasa sedikit mewah barangkali anda boleh menginap di bilik jenis Junir Suite atau Executive Suite. Harga yang ditawarkan cukup berpatutan.

Saya patut memberi pujian lebih kepada sajian di Warisan Bonda yang menawarkan menu hari raya. Sedap dan sedap dan sedap! Setiap menu yang saya cuba baik Rendang Ayam, Rendang Daging, Lemang, Hati Masak Hitam, Sambal Tumis, Sayur Lodeh menepati selera saya.

Begitu juga dengan inisiatif pihak hotel yang menyediakan surau di aras 3 dan menjalankan aktiviti solat Jumaat juga patut dipuji. Jadi kalau anda sukar untuk menjadi lokasi surau dan masjid di kawasan sekitar, tiada masalah lagi untuk menjalankan ibadah solat kerana tersedia Surau Nurul Hikmah di Grand Barakah Hotel Ampang.  

Secara keseluruhannya, Grand Barakah Hotel Ampang boleh dimasukkan dalam pilihan penginapan anda jika berada di kawasan Ampang dan Kuala Lumpur. Walaupun ia hotel baru dan cukup minimalis, tetapi anda boleh rasai suasana damai dan selesa sepanjang menginap disini. Apa yang penting, tidur yang selesa adalah keutamaan jika mahu memilih hotel penginapan bukan?

Bagi anda yang mahu menginap di Grand Barakah Hotel Ampang, layari https://www.grandbarakahhotel.com atau hubungi 03-42707070 atau emel terus ke info@grandbarakahhotel.com untuk pertanyaan dan maklumat lanjut.

IKUTI GRAND BARAKAH HOTEL AMPANG DI FACEBOOK | INSTAGRAM

ALAMAT GRAND BARAKAH HOTEL AMPANG
JALAN SELAMAN ½, PALM SQUARE,
AMPANG POINT, JALAN AMPANG,
68000 AMPANG, SELANGOR.

#HOTELHUNTING #GRANDBARAKAHHOTEL #HOTEL #STAYCATION

0 Comments