Wyndham Acmar Klang merupakan hotel bertaraf mewah pertama di Bandar Diraja Klang, antara bandar tertua di Malaysia. Tahun ini, Wyndham Acmar Klang tidak ketinggalan menawarkan promosi bufet Ramadan 2022 dengan mengangkat tema Iftar Ramadan 1001 Juadah Rakyat.
IFTAR RAMADAN 1001 JUADAH RAKYAT
Tahun ini yang juga penganjuran kali kedua sejak hotel Wyndham Acmar Klang dibuka kepada umum, bufet Ramadan cukup istimewa kerana ia menampilkan 1001 juadah yang memikat selera inspirasi resipi turun-temurun dari generasi ke generasi. Senarai menu berbuka kali ini menampilkan variasi juadah dari serata negeri dalam Malaysia antaranya Kambing Golek, Rusa Golek, Nasi Beriani bersama Rempah Timur Tengah, Aneka Mee Malaysia, Kari Kepala Ikan, Sup Gear Box, Bubur Lambuk, Sambal Udang Petai dan banyak lagi.Bukan itu sahaja! Tahun ini Wyndham Acmar Klang turut menampilkan beberapa stesen live-cooking agar anda dapat menikmati sajian berbuka puasa yang panas-panas dan segar dari dapur. Selain masakan Melayu, tersedia juga juadah masakan Cina, India dan Barat buat pengunjung.
HARGA BUFET RAMADAN 2022 WYNDHAM ACMAR KLANG
Sudah tentu ramai yang ingin mengetahui berapa harga untuk bufet Ramadan 2022 di Wyndham Acmar Klang ini. Pastinya harga yang ditawarkan cukup berbaloi dengan sajian menu berbuka puasa kali ini. Sesi berbuka puasa bermula dari jam 6.30 petang hingga 10 malam.HARGA:
- RM138 NET UNTUK DEWASA
- RM100 NET UNTUK WARGA EMAS 55 TAHUN KE ATAS
- RM75 NET UNTUK KANAK-KANAK 7-12 TAHUN
TAWARAN EARLY BIRD:
- DARI 1- 31 MAC 2022, TAWARAN BELI BAUCAR 4 DEWASA, PERCUMA 1 DEWASA (4+1).
- TEMPAHAN KUMPULAN DARI 10 - 24 April 2022 BELI BAUCAR 9 DEWASA, PERCUMA 1 DEWASA (9+1).
Jadi kepada anda yang ingin merasai pengalaman berbuka puasa di Wyndham Acmar Klang tahun ini, anda boleh berkunjung di T Café yang terletak di aras lobi bermula dari 3 April hingga 2 Mei 2022. Terdapat juga beberapa promosi menarik di Wyndham Acmar Klang sepanjang Ramadan ini antara penginapan bilik RM199 net/malam dan pakej mesyuarat. Hubungi di talian 03-3311 8829 / 8831 / 8832 / 8833 / 8837 atau emel ke wyndhamramadhanbazaar@wyndhamacmarklang.com untuk tempahan dan pertanyaan. Jangan lupa melayari www.wyndhamacmarklang.com untuk info lanjut.
IKUTI WYNDHAM ACMAR KLANG DI FACEBOOK | INSTAGRAM
IKUTI WYNDHAM ACMAR KLANG DI FACEBOOK | INSTAGRAM
ALAMAT WYNDHAM ACMAR KLANG
NO. 1-G-1 PERSIARAN BUKIT RAJA 2/KU1
BANDAR BARU KLANG,
41150 KLANG
SELANGOR DARUL EHSAN.
#BUFETRAMADAN2022 #WYNDHAMACMARKLANG #FOOD #BUFETRAMADAN
0 Comments