Thyme Out by Equatorial merupakan kafe dibawah syarikat sama yang menguruskan hotel EQ Kuala Lumpur. Jadi sudah tentu kualiti rasa seperti hotel lima bintang menjadi keutamaan kafe ini. Anda boleh memilih sama ada untuk menaiki kereta sendiri, menaiki perkhidmatan pandu-seru (e-hailing) atau menggunakan komuter dan turun di stesen Komuter Bank Negara yang berjarak beberapa langkah sahaja untuk ke Thyme Out by Equatorial ini.
Tahun ini merupakan penganjuran bufet Ramadan kali kedua Thyme Out by Equatorial selepas sambutan di luar jangkaan pada tahun sebelumnya. Walaupun masih baru, tetapi bak kata orang, kalau makanannya sedap pasti akan menarik minat orang ramai. Tahun ini, Thyme Out by Equatorial masih mengekalkan tema Selera Ibunda seperti tahun lepas kerana ia bertepatan dengan kehendak pengunjung yang mahukan juadah berbuka puasa persis air tangan ibu.
Tahun ini merupakan penganjuran bufet Ramadan kali kedua Thyme Out by Equatorial selepas sambutan di luar jangkaan pada tahun sebelumnya. Walaupun masih baru, tetapi bak kata orang, kalau makanannya sedap pasti akan menarik minat orang ramai. Tahun ini, Thyme Out by Equatorial masih mengekalkan tema Selera Ibunda seperti tahun lepas kerana ia bertepatan dengan kehendak pengunjung yang mahukan juadah berbuka puasa persis air tangan ibu.
VARIASI SAJIAN SELERA IBUNDA THYME OUT BY EQUATORIAL
Tahun ini, Thyme Out by Equatorial masih mengekalkan bufet Ramadan dengan tema Selera Ibunda yang mengetengahkan variasi menu tradisi. Lebih 100 juadah berbuka puasa hasil sentuhan warga kerja yang diterajui oleh ketua chef, Mohamad Juzaili Sha Abdoll Rani, pakar dalam bidang kulinari dan perhotelan dengan pengalaman lebih 22 tahun.Antara menu yang ditawarkan adalah Sup Gear Box, Daging Tetel Gulai Kawah, Kambing Masak Hitam, Daging Salai Masak Lemak, Udang Galah Asam Pedas, Kari Kepala Ikan, Kambing Golek, Aneka Asam Pedas dimasak panas-panas, Telur Ikan Mayong dan banyak lagi.
HARGA BUFET RAMADAN 2022 THME OUT BY EQUATORIAL
Secara jujur, Thyme Out by Equatorial adalah antara lokasi bufet Ramadan kegemaran saya kerana saya sukakan kualiti rasa menu disini yang authentic. Variasi pilihan juadah dengan penawaran harga adalah cukup berbaloi. Premis kafe juga selesa dengan ruang parkir luas tersedia di bawah bangunan. Senang kata, anda suka masakan asli Melayu, Thyme Out by Equatorial adalah tempatnya! Sepanjang berbuka puasa anda disajikan degan iringan persembahan live ghazal dan muzik tradisional. Bufet Ramadan Selera Ibunda bermula dari 4 April 2022 sehingga 30 April 2022 dari jam 6.45 petang hingga 10 malam.- RM138 NET (DEWASA)
- RM70 NET (KANAK-KANAK 6 -12 TAHUN)
- RM115 NET (TAWARAN HARGA EARLY BIRD UNTUK DEWASA, UNTUK NIKMATI HARGA NI SILA TEMPAH/BELI SEBELUM 4 APRIL 2022)
Jadi apa tunggu lagi! Pastikan ada masukkan Thyme Out bu Equatorial dalam senarai bufet Ramadan 2022 anda kerana pastinya ia tawaran yang cukup berbaloi. Hubungi 03-2602 4200 atau Whatsapp di 011-35324120 atau emel ke thymeout@stfresources.com untuk tempahan dan pertanyaan lanjut. Selamat berbuka puasa!
1 Comments
Wuih mantab, enak enak makanannya, bikin ngiler.
ReplyDelete