The Venue Shah Alam adalah ruang acara yang sering menjadi pilihan pelbagai penganjuran antaranya majlis perkahwinan, hari lahir, nikah, tunang, pelancaran produk, seminar, majlis graduasi, majlis makan malam dan banyak lagi. The Venue Shah Alam juga antara lokasi bufet Ramadan yang cukup terkenal khususnya buat warga Lembah Klang. Variasi sajian berbuka puasa yang enak dan lazat, ruang makan yang selesa dan pelbagai ganjaran menarik diberikan menjadikan The Venue Shah Alam pilihan orang ramai yang mahu berbuka puasa.
BUFET RAMADAN 2022 THE VENUE SHAH ALAM RIANG RIA RAMADAN
Tahun ini, cukup istimewa kerana The Venue Shah Alam akan mengadakan bufet Ramadan di lokasi baru iaitu Plaza Alam Sentral, Shah Alam di aras 2 dengan menbawakan tema Riang Ria Ramadan. Bersesuaian dengan konsep ini, The Venue Shah Alam akan membawakan varasi menu makanan yang digemari rakyat Malaysia dan sesuai dinikmati pelbagai bangsa dari 3 April - 1 Mei 2022.Selain menu utama, The Venue juga menyediakan 8 gerai yang terdiri daripada:
- Nasi Arab Ayam Mandy
- Kambing Golek
- Aneka Mee Kak Mas
- Shell Out Seafood
- Apam Balik Abang Zam
- Pencuci Mulut & Buah-buahan
- Aneka Jeruk
- Aneka Keropok
Selain itu, The Venue Shah Alam juga berkolaborasi bersama Abg Dee Jangan Ketawa sebagai pengacara dan membawakan kumpulan OJKustik untuk menghiburkan para pengunjung sepanjang sesi berbuka puasa berlangsung.
Pelanggan yang berkunjung ke Bufet Ramadan 2022 The Venue Shah Alam berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM20,000 tajaan Ariani, Jakel, Empire Classic Furniture dan Tupperware.
HARGA BUFET RAMADAN 2022 THE VENUE SHAH ALAM
Untuk senarai harga bufet Ramadan 2022 The Venue Shah Alam, harga biasa adalah RM88 untuk seorang dewasa), RM49 untuk seorang kanak-kanak berusia antara 5 hingga 12 tahun), RM800 untuk tempahan sebuah meja (10 orang dewasa) dan PERCUMA untuk kanak-kanak dibawah umur 4 tahun.Jika anda beli baucar berbuka puasa awal, The Venue menawarkan promosi harga Early-Bird iaitu RM66 untuk seorang dewasa), RM46 untuk seorang kanak-kanak berusia antara 5 hingga 12 tahun, RM600 untuk sebuah meja (10 orang dewasa). Anda harus tempah segera kerana promosi ini sah sehingga 31 Mac 2021 sahaja.
Tahun ini juga The Venue Shah Alam membuka ruang kepada pelanggan korporat yang ingin meraikan warga kerja atau pelanggan mereka dengan mengadakan majlis berbuka puasa secara tertutup. Dengan ini, pihak pelanggan lebih selesa untuk membuat aktiviti bersama-sama tetamu yang hadir di samping ruang yang luas dan tidak bercampur bersama tetamu majlis berbuka puasa secara terbuka. Pakej ini bermula daripada RM98 seorang (minumun tempahan untuk 150 orang).
The Venue Shah Alam juga akan menjalankan program infaq kepada rumah rumah kebajikan di sekitar Shah Alam. Para pelanggan boleh menginfaqkan anak-anak ini untuk menjamu selera di Bufet Ramadan The Venue Shah Alam termasuk mengumpul dana untuk membeli barang keperluan mereka sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Jadi, pelanggan boleh menghulurkan sumbangan derma serendah RM60 seorang untuk majlis berbuka puasa dan RM50 seorang untuk pembelian barang keperluan Aidilfitri.
Bersempena dengan ulang tahun ke - 7 The Venue Shah Alam pada tahun ini, ia juga menawarkan promosi rebat RM1000 untuk setiap pelanggan yang mengambil pakej perkahwinan minimum 500 orang. Tempahan untuk tahun 2022 dan 2023 kini dibuka.
Untuk keterangan lanjut dan tempahan, anda boleh hubungi talian 018-2051492 (Faridah) / 019-8585825 (Lisz) / 014-2508160 (Bard) / 013-2473767 (Safwan).
IKUTI THE VENUE SHAH ALAM DI FACEBOOK | INSTAGRAM
0 Comments