Terletak di bersebelahan dengan pusat persidangan ikonik World Trade Centre Kuala Lumpur, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur yang berstatus 5 bintang ini menjadi lokasi terbaik buat anda yang mencari penginapan di Kuala Lumpur. Tahun ini, Sunway Putra Hotel menerusi Coffee House tampil kelainan dengan membawakan bufet Ramadan bertemakan Selera Nostalgia Mal-Indo kepada pengunjung.
BUFET RAMADAN TEMA SELERA NOSTALGIA MAL-INDO
Semua sedia maklum, Malaysia dan Indonesia merupakan dua negara yang sinonim dalam pelbagai perkara. Berada dalam wilayah nusantara yang sama dengan amalan budaya serumpun yang diwarisi sejak dulu membuatkan kedua-duanya memiliki sejarah budaya kulinari yang sama. Boleh dikatakan hampir kesemua menu dua-dua negara menepati selera antara satu sama lain. Indonesia terkenal dengan Nasi Padang dan Tempe, di Malaysia ia menjadi antara menu kegemaran ramai. Menu di Malaysia seperti Sate, Soto, Pecal juga mempunyai versi Indonesia. Hakikatnya, bila bicara tentang makanan, begitu banyak persamaan di antara kedua-dua negara. Maka tercetuslah idea bufet Ramadan 2022 di Sunway Putra Hotel dengan bertemakan Selera Nostalgia Mal-Indo.'Selera Nostalgia Mal-Indo' menyajikan lebih 200 sajian berbuka puasa gabungan hidangan Malaysia dan Indonesia. Antaran menu Malaysia tersedia buat pengunjung adalah Kari Kepala Ikan Kakap Merah, Rendang Tok, Makanan Laut Bakar-bakar dan Aneka Daging, Sate dan Lemang dengan Serunding Ayam & Daging dan banyak lagi. Untuk menu Indonesia pula, nikmati menu antaranya Soto Betawi, Sup Tulang Rawon, Nasi Uduk, Daging Sapi Dengdeng Berlado, Pecel Lele dengan Santan, Paru Sambal Terasi, Ayam Bakar Taliwang dan Gulai Daun Singkong.
HARGA BUFET RAMADAN 2022 SUNWAY PUTRA HOTEL
Bufet Ramadan Selera Nostalgia Mal-Indo Sunway Putra Hotel bertempat di Coffee House aras lobi bermula dari 9 April 2022 hingga 1 Mei 2022 dari jam 6.30 petang hingga 10 malam. Pastinya, harga yang ditawarkan adalah cukup berpatutan dengan penawaran variasi menu berbuka puasa. Malah anda pasti terpesona dengan keenakan rasa asli setiap menu dari kedua-dua negara serumpun ini.HARGA:
- RM129+ UNTUK DEWASA
- RM64.50+ UNTUK KANAK-KANAK (6-12 TAHUN)
- PERCUMA* UNTUK KANAK-KANAK 5 TAHUN KE BAWAH
Jarang sekali saya ketemu bufet Ramadan bertemakan Nusantara. Maka ini pasti satu tawaran menarik bagi anda yang mahukan kelainan untuk berbuka puasa. Apa tunggu lagi! Segera lakukan tempahan dengan menghubungi 03-40409888 atau emel ke spkl.ch@sunwayhotels.com . Anda boleh melayari www.sunwayhotels.com untuk maklumat lanjut.
IKUTI SUNWAY PUTRA HOTEL DI FACEBOOK | INSTAGRAM
ALAMAT SUNWAY PUTRA HOTEL
100, JALAN PUTRA, CHOW KIT,
50350 KUALA LUMPUR.
#BUFETRAMADAN2022 #SUNWAYPUTRAHOTEL #MAKANAN
0 Comments