Pullman KLCC, hotel bertaraf 5 bintang yang tersergam indah di Jalan Conlay ini seringkali meriah apabila tibanya bulan Ramadan. Ini dapat dibuktikan menerusi pelbagai tawaran dan promosi dari bufet Ramadan hingga pakej penginapan pada harga yang cukup berbaloi. Tahun ini, bufet Ramadan Pullman KLCC menampilkan tema Nikmat Selera Kampung seiring dengan kempen istimewa Syukuri Nikmat Raya, A Feast That Feels Like Home.
NIKMAT SELERA KAMPUNG MENJADI PILIHAN BUFET RAMADAN 2022 PULLMAN KLCC
Kerinduan kampung halaman, masakan menu tradisi dari air tangan ibunda tercinta memberi ilham kepada Pullman KLCC untuk seleksi sajian bufet Ramadan pada tahun ini. Dibarisi chef terkemuka dengan pengalaman dalam masakan Melayu khususnya, menjadikan Pullman KLCC pilihan warga kota untuk berbuka puasa saban tahun. Tahun ini, bertempat di Sedap Restaurant anda pasti teruja untuk mencuba pelbagai menu kampung antaranya Kambing Kuzi, Ayam Masak Seri Wangi, Itik Percik, Ketam Berlado, Aneka Gulai Kawah. Masih menampilkan sejumlah warung live cooking yang menempatkan menu bakar-bakar, aneka gorengan pasti memikat rasa dan hati.HARGA BUFET RAMADAN 2022 PULLMAN KLCC
Bufet Ramadan 2022 Pullman KLCC bertemakan Nikmat Selera Kampung di Sedap Restaurant bermula dari 4 April 2022 hingga 29 April 2022 dari jam 6.30 petang hingga 10 malam. Harga yang ditawarkan adalah:- RM188++ (DEWASA)
- RM95++ KANAK-KANAK (6 – 12 TAHUN)
- PERCUMA UNTUK KANAK-KANAK 5 TAHUN KE BAWAH
- PRA PEMBELIAN BAUCAR EARLY BIRD
- TEMPOH JUALAN: 1 – 31 MARCH 2022
- RM128++ (DEWASA)
- RM65++ KANAK-KANAK (6-12 TAHUN)
*Harga tidak termasuk 6% cukai perkhidmatan
PROMOSI LAIN SEPANJANG RAMADAN 2022 DI PULLMAN KLCC
Selain bufet Ramadan, Pullman KLCC turut menawarkan beberapa promosi menarik sepanjang Ramadan ini. Antaranya adalah Sinaran Cahaya Chinese Food di Red Chinese Cuisine buat anda yang mahukan kelainan untuk berbuka puasa, set menu bawa-pulang, Lebaran Premium Gift Box, Suka Ria Basket, Ole Ole Raya Goodies, Bakul Raya Sakan, bufet Sahur dan Pakej Cuti Raya merangkumi penginapan buat pasangan dan famili.SINARAN CAHAYA CHINESE FOOD |
KEK CAWAN RAYA |
LEBARAN PREMIUM GIFT BOX |
SUKA RIA BASKET |
OLE-OLE RAYA COOKIES |
BAKUL RAYA SAKAN |
CUTI RAYA COUPLE PACKAGE |
CUTI RAYA FAMILY PACKAGE |
PAKEJ CUTI RAYA
- Couple Package – dari RM579 net (2 dewasa)
- Family Package – dari RM629 net (2 dewasa & 2 kanak-kanak)
- Penginapan 2 Hari 1 malam beserta bufet sahur
- Bufet Ramadan Nikmat Selera Kampung di Sedap Restaurant
- Pengalaman khemah di kamar (bergantung kepada ketersediaan) – untuk pakej keluarga
- Kids welcome amenities, drawing kit melukis dan DIY hias donut – untuk pakej keluarga)
- Daftar keluar sehingga 4 petang
- Potongan 20% untuk makanan dan minuman (menu ala-carte di semua premis F&B hotel) kecuali minuman beralkohol, rokok dan curut.
Pilihan bilik untuk pakej pasangan:
- Deluxe Room, Grand Deluxe, Premium Deluxe atau Premium Grand Deluxe
- Family Room, 2-Bedroom Residence atau 1-Bedroom Residence
Tempoh Penginapan: 4 April – 29 April 2022
*Harga yang dinyatakan untuk pakej penginapan adalah termasuk cukai perkhidmatan 6%.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
Untuk tempahan bilik, emel ke reservations@pullman-klcc.com atau hubungi 03-21708888. Untuk tempahan selainnya termasuk bufet Ramadan dan penghantaran makanan, WhatsApp ke talian 016-2903864 atau emel ke restaurants@pullman-klcc.com. Layari laman sesawang rasmi Pullman KLCC www.pullman-kualalumpur-citycentre.com untuk maklumat lanjut.
IKUTI PULLMAN KLCC DI FACEBOOK | INSTAGRAM
#BUFETRAMADAN2022 #PULLMANKLCC #MAKANAN #FOOD
Untuk tempahan bilik, emel ke reservations@pullman-klcc.com atau hubungi 03-21708888. Untuk tempahan selainnya termasuk bufet Ramadan dan penghantaran makanan, WhatsApp ke talian 016-2903864 atau emel ke restaurants@pullman-klcc.com. Layari laman sesawang rasmi Pullman KLCC www.pullman-kualalumpur-citycentre.com untuk maklumat lanjut.
IKUTI PULLMAN KLCC DI FACEBOOK | INSTAGRAM
ALAMAT PULLMAN KLCC
JALAN CONLAY, 50450 KUALA LUMPUR.
#BUFETRAMADAN2022 #PULLMANKLCC #MAKANAN #FOOD
0 Comments