Hilton Garden Inn Kuala Lumpur Jalan Tuanku Abdul Rahman South merupakan rangkaian hotel dibawah jenama Hilton yang terletak di pusat perniagaan terkemuka Chow Kit, Jalan Tuanku Abdul Rahman. Tahun ini, Hilton Garden Inn Kuala Lumpur Jalan Tuanku Abdul Rahman South tampil dengan bufet Ramadan Jelajah Selera Bersama Hilton Festive BBQ Buffet Dinner yang juga sebahagian daripada kempen Jelajah Selera bersama Hilton di seluruh hotel Hilton di Malaysia.
BUFET RAMADAN JELAJAH SELERA BERSAMA HILTON FESTIVE BBQ BUFFET DINNER
Bertempat di aras paling tinggi bangunan hotel ini iaitu Rooftop 25 Bar and Lounge, Hilton Garden Inn Kuala Lumpur Jalan Tuanku Abdul Rahman South membawakan variasi menu lazat antaranya Ayam Ungep, Ikan Keli Masak Asam Pedas, Sayur Goreng Jawa, Rojak Asma, Spaghetti Masak Lemak Udang, Daging Beriani, Nasi Impit, Ketupat Palas, Ketupat Nasi, Burasak, Rendang Ayam, Serunding Ayam, Daging dan Kelapa. Pelengkap menu adalah variasi menu BBQ yang pasti menambat rasa seperti Local Spice Marinated Lamb Steak, Angus Minute Steak, Acqua Pazza Foil Baked Fish, Honey Glazed Chicken Wings, Tandoori Marinated Calamari dan banyak lagi.Sambil berbuka puasa, anda pasti akan terpesona dengan panorama dari aras 25 hotel ini yang memaparkan keindahan Kuala Lumpur. Million Dollar view!
HARGA BUFET RAMADAN 2022 HILTON GARDEN INN KUALA LUMPUR JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN SOUTH
Pastinya, bufet Ramadan 2022 di Hilton Garden Inn Kuala Lumpur Jalan Tuanku Abdul Rahman South adalah satu tawaran yang tidak patut anda lepaskan! Harga yang ditawarkan cukup berpatutan. Bufet Ramadan di sini akan bermula pada 8 April 2022 sehingga 1 Mei 2022. Menariknya lagi, anda boleh nikmati harga istimewa sempena bufet Ramadan 2022 ini. Jika anda kurang gemar dengan bufet, jangan risau! Tersedia pilihan Festive BBQ Sharing Platter yang sesuai dinikmati 2-3 orang pada harga RM178 net setiap set yang mengandungi 1 signature BBQ Platter, 1 sweet & savory Platter, 1 menu utama pilihan anda dan 2 minuman. Promosi Festive BBQ Sharing Platter ini bermula dari 4 April 2022 hingga 28 April 2022.HARGA:
- JELAJAH SELERA BERSAMA HILTON FESTIVE BBQ BUFFET DINNER
- RM149 NET/SEORANG
- COUPLE DEAL – 2 ORANG
- HARGA ASAL: RM298 NET
- EARLY BIRD: RM229 NET
- FAMILY DEAL (2 DEWASA & 2 KANAK-KANAK BAWAH 12 TAHUN)
- HARGA ASAL: RM447 NET
- EARLY BIRD: RM329 NET
- PARTY OF 4 (4 DEWASA)
- HARGA ASAL: RM596 NET
- EARLY BIRD: RM429 NET
- PARTY OF 6 (6 DEWASA)
- HARGA ASAL: RM894 NET
- EARLY BIRD: RM629 NET
Sudah tertarik dengan tawaran berbuka puasa oleh Hilton Garden Inn Kuala Lumpur Jalan Tuanku Abdul Rahman South? Hotel ini juga menawarkan pakej istimewa untuk acara persendirian. Anda boleh menghubungi di talian 03-27716888 atau emel ke KULMY_FB@hilton.com atau layari www.eatdrinkhilton.com untuk tempahan dan butiran lanjut.
IKUTI HILTON GARDEN INN KUALA LUMPUR DI FACEBOOK | INSTAGRAM
HILTON GARDEN INN KUALA LUMPUR
JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN SOUTH
452, JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN,
CHOW KIT, 50100 KUALA LUMPUR.
#BUFETRAMADAN2022 #HILTONGARDENINN #RAMADANATHILTON
0 Comments