REVIEW PENGINAPAN DI IBIS STYLES KOTA BHARU HOTEL

REVIEW PENGINAPAN DI IBIS STYLES KOTA BHARU HOTEL

Review Penginapan di Ibis Styles Kota Bharu Hotel | Cuti-Cuti Malaysia! Bait-bait lagu tema Tourism Malaysia sentiasa terngiang-ngiang di minda bila saat mahu merangka percutian dalam negara. Alunan muzik dan ungkapan lirik membuatkan rasa berkobar-kobar untuk pergi bercuti. Tambahan pula Malaysia memang banyak destinasi pelancongan menarik untuk dikunjungi. Antaranya adalah Kota Bharu, Kelantan. Ibu negeri Cik Siti Wan Kembang ini mempunyai pesonanya tersendiri. Keunikan budaya dan kepelbagaian makanan antara penyebab kuat saya jatuh cinta dengan negeri ini.

Baru-baru ini saya berpeluang berkunjung ke Kota Bharu bersama beberapa teman rapat. Akhirnya, setelah sekian lama impian mahu bercuti ke sini tertunai dan menariknya, kembara kali ini adalah dengan menaiki keretapi. Satu pengalaman indah yang tidak dapat saya lupakan mengharungi perjalanan sehala sekitar 15 jam. Episod percutian ke Kota Bharu akan saya sematkan pada artikel lain kerana untuk bingkisan kali ini saya ingin kongsikan pengalaman menginap di salah sebuah hotel di Kota Bharu iaitu Ibis Styles Kota Bharu.

REVIEW PENGINAPAN DI IBIS STYLES KOTA BHARU HOTEL

KENAPA MEMILIH IBIS STYLES KOTA BHARU HOTEL?

Semasa merangka percutian ke bandar Kota Bharu ini, ada beberapa hotel yang berada dalam senarai. Setelah membuat beberapa penilaian maka Ibis Styles Kota Bharu menjadi pilihan. Antara sebabnya adalah ia adalah hotel jenama antarabangsa (dibawah pengurusan Accor) yang baru sahaja dibuka disini. Setahu saya Ibis Styles Kota Bharu merupakan satu-satunya hotel antarabangsa yang beroperasi di Kota Bharu buat masa ini. Kalau hotel baru sudah tentulah serba-serbi baru, vibe baru dan segar! Walaupun ia hotel antarabangsa, harga penginapan bilik yang ditawarkan agak murah. Perfect deal pada saya!

REVIEW PENGINAPAN DI IBIS STYLES KOTA BHARU HOTEL

Lokasi Ibis Styles Kota Bharu di Jalan Sultanah Zainab yang menghadap Sungai Kelantan ini cukup strategik pada saya. Hotel kategori ekonomi dibawah pengurusan Accor ini cuma mengambil masa sekitar 3 minit untuk ke KB Mall dan 7 minit ke Pasar Siti Khadijah serta AEON Mall dengan menaiki kereta. Mahu ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh mengambil masa sekitar 10 minit dengan memandu dari hotel. Hotel ini bersebelah dengan bangunan sebuah residensi, jadi take note ya.

REVIEW PENGINAPAN DI IBIS STYLES KOTA BHARU HOTEL

REVIEW PENGINAPAN DI IBIS STYLES KOTA BHARU HOTEL

REVIEW PENGINAPAN DI IBIS STYLES KOTA BHARU HOTEL

REVIEW PENGINAPAN DI IBIS STYLES KOTA BHARU HOTEL

REVIEW PENGINAPAN DI IBIS STYLES KOTA BHARU HOTEL

REVIEW PENGINAPAN DI IBIS STYLES KOTA BHARU HOTEL

REVIEW PENGINAPAN DI IBIS STYLES KOTA BHARU HOTEL

REVIEW PENGINAPAN DI IBIS STYLES KOTA BHARU HOTEL

Melangkah masuk ke ruang lobi, saya teruja kerana sukakan permainan warna dan hiasan dalamannya yang moden dan segar. Selesai urusan daftar masuk, saya terus menuju ke bilik.

FUN FACT, setiap hotel Ibis Styles direka dengan tema yang berbeza.

BILIK JENIS SUPERIOR ROOM WITH DOUBLE BED

REVIEW PENGINAPAN DI IBIS STYLES KOTA BHARU HOTEL

Untuk penginapan 3 hari 2 malam di Ibis Styles Kota Bharu Hotel ini, saya memilih bilik jenis Superior Room with 1 Double Bed. Bilik berkeluasan 22-meter persegi dengan dekorasi moden ini dilengkapi dengan new ibis sweet bed untuk tidur yang lebih nyenyak, TV pintar bersaiz 43 inci, peti simpanan, minibar, meja kerja dan kelengkapan asas bilik hotel yang lain. Fakta yang anda patut tahu adalah setiap bilik Ibis Styles Kota Bharu disediakan mesin pembuat kopi. Kebiasaanya hanya hotel mewah dan bilik kelas atas sahaja yang mempunyai kemudahan ini tetapi di Ibis Styles Kota Bharu hotel ianya tersedia buat semua bilik hotel. Ibis Styles Kota Bharu hotel juga mempunyai pilihan bilik lain seperti Superior Room with 2 Single Beds, Deluxe Suite with 1 Double Bed dan Family Room with 1 Sofa Bed.

REVIEW PENGINAPAN DI IBIS STYLES KOTA BHARU HOTEL

REVIEW PENGINAPAN DI IBIS STYLES KOTA BHARU HOTEL

REVIEW PENGINAPAN DI IBIS STYLES KOTA BHARU HOTEL

REVIEW PENGINAPAN DI IBIS STYLES KOTA BHARU HOTEL

REVIEW PENGINAPAN DI IBIS STYLES KOTA BHARU HOTEL

REVIEW PENGINAPAN DI IBIS STYLES KOTA BHARU HOTEL

REVIEW PENGINAPAN DI IBIS STYLES KOTA BHARU HOTEL

REVIEW PENGINAPAN DI IBIS STYLES KOTA BHARU HOTEL

FASILITI DI IBIS STYLES KOTA BHARU HOTEL

Antara kemudahan dan fasiliti yang tersedia di Ibis Styles Kota Bharu adalah kolam renang dan gymnasium di aras 20 (roof top), Kid’s Zone di aras lobi, ruang parkir, ruang acara dan bilik mesyuarat dan perkhidmatan shuttle van ke lapangan terbang (caj dikenakan).

REVIEW PENGINAPAN DI IBIS STYLES KOTA BHARU HOTEL

REVIEW PENGINAPAN DI IBIS STYLES KOTA BHARU HOTEL

REVIEW PENGINAPAN DI IBIS STYLES KOTA BHARU HOTEL

MAKAN DI IBIS STYLES KOTA BHARU HOTEL

Kalau sudah menginap di hotel, pasti mahu mencuba seleksi menu menarik yang ditawarkan di Ibis Styles Kota Bharu hotel ini. Hotel ini mempunyai 2 premis makanan iaitu Lobby Café di aras lobi dan sTREATs Café di aras P. Saya sempat mencuba menu makan malam di sTREATs Café dan ternyata menu-menu yang disajikan enak dan berbaloi. Ruang kafe juga luas dengan dekorasi modern vibes. Insta-Worthy!

Sarapan pagi di sTREATs café juga tidak mengecewakan. Pada saya seleksi menu bufet sarapan pagi yang ditawarkan cukup berbaloi.

ULASAN JUJUR IBIS STYLES KOTA BHARU HOTEL

Secara jujur saya jarang menginap di hotel jenama Ibis. Kali terakhir saya menginap di hotel Ibis adalah ketika kunjungan saya di Sydney dan Melbourne iaitu Ibis Budget. Namun jika hotel dibawah kendalian Accor Group, sudah beberapa kali seperti Pullman, Novotel dan Sofitel. Untuk ibis Budget jelas dari nama ianya sebuah hotel dengan harga lebih murah kerana menawarkan fasiliti asas sahaja. Jadi bila memilih Ibis Styles Kota Bharu sebagai hotel penginapan sepanjang percutian di Kota Bharu, memang saya teruja. Tambahan pula ianya hotel baru. Satu perkara yang saya suka dengan hotel baru adalah kita menjadi yang terawal dapat merasai pengalaman menginap di hotel tersebut. Katil dan bantal baru, bau ruang hotel yang baru, serba-serbi baru. Jadi sudah pasti ulasan dan review kita menjadi rujukan penting buat mereka diluar sana.

Ibis Styles Kota Bharu adalah hotel ekonomi dengan sentuhan moden vibes. Senang kata, hiasan dalamannya bercirikan trendy, playful, fun. Kedengaran macam hotel orang muda tapi ia adalah hotel untuk semua peringkat umur. Pada saya elemen yang ditampilkan segar menerusi penggunaan perabot dan permainan warna jadi tidaklah suram. I love it!

Lokasi hotel antara selling point hotel ini kerana pada saya kawasan sekitar agak tenang dan bangunan hotel ini menghadap Sungai Kelantan namun bilik yang saya inap berhadapan dengan panorama bandar Kota Bharu. Walaupun ia berada di kawasan bandar tetapi ia bukanlah kawasan tumpuan. Jadi kalau anda lapar di malam hari, mungkin sukar mencari kedai makan dengan berjalan kaki. Namun apa susah, hotel kan ada sTREATs Café! Harga yang ditawarkan sama saja dengan restoran lain.

Untuk bilik jenis Superior Room with Double Bed ini, secara peribadi saya suka dengan tilam dan bantalnya, Nyenyak juga tidur. Barangkali penggunaan new ibis sweet bed buat tidur lebih lena. Keluasan bilik tidaklah sempit dan tidaklah terlalu luas. Cuma bilik airnya agak direct dengan katil. Kalau ada yang sedang melepaskan hajat tu, takut terdengar oleh rakan sebilik nanti. Bilik air dan bilik ‘hajat’ dipisahkan jadi tiada isu berebut bilik air. Bilik air didatangkan dengan rain shower adalah satu lagi markah saya beri sebab I love rain shower! Inisiatif ibis Styles Kota Bharu menawarkan mesin pembuat kopi di setiap bilik hotel wajar dipuji. Jarang hotel ekonomi menyediakan kemudahan seperti ini. Bolehlah berangan menghirup kopi mahal sambil melihat panorama bandar Kota Bharu.

Untuk makan, saya juga secara peribadi memuji kualiti rasa menu ala-carte waktu malam malam di sTREATs café. Saiz hidangan yang besar pada harga mampu milik, ruang kedai yang moden dan instagrammable meletakkan sTREATs café antara kafe yang patut anda singgah jika berada di Kota Bharu. Begitu juga sarapan pagi disini tidak menghampakan.

Layanan warga kerja dari saat daftar masuk hingga serah kunci cukup memuaskan hati saya. Tidak ada apa yang mahu saya complaint malah sekalung pujian buat kalian yang membuatkan percutian saya cukup indah di Kota Bharu. Saya kembali merancang percutian ke sini dan pastinya Ibis Styles Kota Bahru hotel berada dalam itinerari saya.

Jika anda berminat untuk merasai sendiri pengalaman menginap di hotel ini, layari laman sesawang Ibis Styles Kota Bharu atau telefon 09-7408000 untuk info lanjut.

IKUTI IBIS STYLES KOTA BHARU DI FACEBOOK | INSTAGRAM

REVIEW PENGINAPAN DI IBIS STYLES KOTA BHARU HOTEL

ALAMAT IBIS STYLES KOTA BHARU HOTEL
184, LORONG MINYAK GAS,
JLN SULTANAH ZAINAB,
15050 KOTA BHARU,
KELANTAN DARUL NAIM.

#HOTELHUNTING #IBISSTYLESKOTABHARU #IBISSTYLES #STAYCATION #ACCOR

0 Comments