MCDONALD’S MALAYSIA LANCAR CIRI BAHARU ORDER & COLLECT DI APLIKASI UNTUK PESANAN LEBIH MUDAH DAN PANTAS

MCDONALD’S MALAYSIA LANCAR CIRI BAHARU ORDER & COLLECT DI APLIKASI UNTUK PESANAN LEBIH MUDAH DAN PANTAS

McDonald’s Malaysia Lancar Ciri Baharu Order & Collect Di Aplikasi Untuk Pesanan Lebih Mudah Dan Pantas | Siapa yang tidak mengenali jenama restoran makanan segera yang satu ini. Sejak McDonald’s bertapak di Malaysia pada April 1982 dengan pembukaan restoran pertama di Bukit Bintang, jenama ini terus berkembang pesat dan meletakkan ia antara restoran kegemaran ramai. Sinonim dengan panggilan Mekdi oleh rakyat Malaysia, McDonald’s Malaysia telah menjamu lebih 13.5 juta pelanggan di 300 cawangan restoran seluruh Malaysia.

MCDONALD’S MALAYSIA LANCAR CIRI BAHARU ORDER & COLLECT DI APLIKASI UNTUK PESANAN LEBIH MUDAH DAN PANTAS
 

McDonald’s Malaysia sentiasa peka dan prihatin terhadap kepuasan pelanggan menerusi penambahbaikan dari segi mutu perkhidmatan dan kualiti menu agar setiap pelanggan yang menikmati menu di McDonald’s merasai pengalaman menarik tidak kira sama ada makan di restoran mahupun bawa-pulang.
 
MCDONALD’S MALAYSIA LANCAR CIRI BAHARU ORDER & COLLECT DI APLIKASI UNTUK PESANAN LEBIH MUDAH DAN PANTAS
MELATI ABDUL HAI, NAIB PRESIDEN DAN KETUA PEGAWAI PEMASARAN MCDONALD'S MALAYSIA DAN ZAID HASMAN, KETUA PEGAWAI TEKNOLOGI MCDONALD,S MALAYSIA

Terbaru, McDonald’s Malaysia telah memperkenalkan 4 ciri baharu pesanan menu menerusi Order & Collect di aplikasi McDonald’s. Ciri aplikasi baharu ini menawarkan pengalaman yang lancar kepada pelanggan, membolehkan pelanggan memesan, membayar dan memilih bagaimana dan dimana mereka ingin mengambil pesanan mereka, secara terus melalui telefon bimbit.


4 CIRI BAHARU ORDER & COLLECT DI APLIKASI MCDONALD’S

MCDONALD’S MALAYSIA LANCAR CIRI BAHARU ORDER & COLLECT DI APLIKASI UNTUK PESANAN LEBIH MUDAH DAN PANTAS

Semua tahu telefon bimbit kini menjadi alat wajib-ada pada setiap orang. Jika dulu telefon hanya sekadar untuk menelefon dan menghantar pesanan teks ringkas, kini ia ibarat essentials tools bagi memudahkan urusan harian manusia. Bagi memanfaatkan kecanggihan teknologi masa kini, McDonald’s Malaysia melancarkan aplikasi McDonald’s pada April 2018 agar para pelanggan mudah untuk memesan hidangan McDonald’s kegemaran dengan hanya satu klik. Sehingga kini, aplikasi McDonald’s telah dimuat turun oleh sembilan juta pengguna di Apple Store dan Google Play Store. Ia juga merupakan antara aplikasi paling popular yang memberikan nilai hebat dan penjimatan untuk hidangan McDonald’s kegemaran pelanggan.

Bagi memastikan pelanggan mudah untuk memesan hidangan, McDonald’s Malaysia telah mempertingkatkan ciri di aplikasi dengan melancarkan 4 ciri baharu kaedah pesanan hidangan McDonald’s yang dipanggil Order & Collect.

4 ciri baharu Order & Collect di aplikasi McDonald’s adalah:

1. BAWA PULANG (TAKEAWAY)

MCDONALD’S MALAYSIA LANCAR CIRI BAHARU ORDER & COLLECT DI APLIKASI UNTUK PESANAN LEBIH MUDAH DAN PANTAS

Pelanggan tidak perlu lagi beratur di restoran untuk memesan hidangan bawa-pulang. Hanya pesan di aplikasi McDonald’s dan ambil hidangan bawa-pulang anda di kaunter.


2. MAKAN DI RESTORAN (DINE-IN)

MCDONALD’S MALAYSIA LANCAR CIRI BAHARU ORDER & COLLECT DI APLIKASI UNTUK PESANAN LEBIH MUDAH DAN PANTAS

Pelanggan boleh duduk bersantai di restoran sebelum membuat pesanan melalui telefon bimbit mereka. Pesanan yang telah dibuat akan dihantar ke meja mereka di restoran.


3. PANDU-LALU (DRIVE-THRU)

MCDONALD’S MALAYSIA LANCAR CIRI BAHARU ORDER & COLLECT DI APLIKASI UNTUK PESANAN LEBIH MUDAH DAN PANTAS

Pelanggan boleh membuat pesanan awal dan mengambil pesanan di restoran Pandu-Lalu dalam tempoh 2 jam selepas pembayaran.


4. PANDU-MASUK (DRIVE-IN)

MCDONALD’S MALAYSIA LANCAR CIRI BAHARU ORDER & COLLECT DI APLIKASI UNTUK PESANAN LEBIH MUDAH DAN PANTAS

Pelanggan boleh meletakkan kereta mereka di parkir yang disediakan di restoran sebelum membuat pesanan melalui telefon bimbit. Selesai membuat pesanan dan pembayaran, pesanan yang sudah disiapkan akan dihantar serta-merta ke kereta pelanggan.


MCDONALD’S MALAYSIA LANCAR CIRI BAHARU ORDER & COLLECT DI APLIKASI UNTUK PESANAN LEBIH MUDAH DAN PANTAS


Kini lebih mudah dan pantas untuk menikmati hidangan McDonald’s dengan adanya ciri baharu Order & Collect ini. Ciri ini telah diperkenalkan buat pertama kali pada Oktober 2021 dengan tertumpu kepada restoran-restoran terpilih sekitar Lembah Klang dan kini ia dikembangkan ke semua restoran McDonald’s di seluruh Malaysia. Sebagai info tambahan, Malaysia merupakan pasaran pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan ciri ini.


MCDONALD’S MALAYSIA LANCAR CIRI BAHARU ORDER & COLLECT DI APLIKASI UNTUK PESANAN LEBIH MUDAH DAN PANTAS
MELATI ABDUL HAI, NAIB PRESIDEN & KETUA PEGAWAI PEMASARAN MCDONALD'S MALAYSIA


Jelas Melati Abdul Hai selaku Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, pihaknya sentiasa memikirkan cara baharu dan inovatif untuk meningkatkan perkhidmatan dan mahu memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan. Seiring dengan dunia digitalisasi yang pantas berkembang maka wujudnya aplikasi McDonald’s dengan ciri Order & Collect agar pelanggan dapat merasai pengalaman yang lancar sewaktu memesan hidangan McDonald’s kegemaran mereka.


TAWARAN MENARIK UNTUK CIRI ORDER & COLLECT APLIKASI MCDONALD’S

MCDONALD’S MALAYSIA LANCAR CIRI BAHARU ORDER & COLLECT DI APLIKASI UNTUK PESANAN LEBIH MUDAH DAN PANTAS

Tidak dinafikan, era teknologi memudahkan urusan harian kita. Jika dulu terpaksa beratur, berdiri lama di kaunter semata-mata untuk menikmati hidangan, kini dengan adanya ciri Order & Collect di aplikasi McDonald’s, semuanya hanya di hujung jari. Jadi pastikan anda memuat turun aplikasi McDonald’s sekarang di Apple Store atau Google Play Store untuk pengalaman ciri Order & Collect baharu ini. Bagi yang sudah, berita baik buat anda! Mulai sekarang hingga 6 Mac 2022, pelanggan boleh menikmati ganjaran percuma setiap minggu apabila mereka membelanjakan minimum RM10 untuk Order & Collect melalui Visa. Layari www.mcdonalds.com.my untuk maklumat lanjut.

IKUTI MCDONALD’S MALAYSIA DI FACEBOOK | INSTAGRAM


#ACARA #MCDORDERANDCOLLECT #MCDONALDSMALAYSIA 

2 Comments

  1. hye reef ..bila nak belanja kita mcd . ehh 😜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila kita berjumpa lah! 😆 Jom mekdi kat JB!

      Delete