"Kejayaan ini tak bermakna tanpa pekerja kami yang menjadi tulang belakang KMZ. Merekalah yang telah mengembling usaha serta tenaga dalam memberikan pelbagai perkhidmatan terbaik buat seluruh pelanggan dan pesakit.
"Ia sekali gus berjaya membawa jenama KMZ sebagai satu jenama Bumiputera yang terbaik di Malaysia.
"Semoga kejayaan ini akan menjadi titik tolak dan pembakar semangat untuk kita semua warga kerja KMZ termasuk membendung wabak jahat di luar sana yang masih menjadi ancaman manusia," katanya.
KMZ mula bertapak pada tahun 2013. Namun nama klinik ini menjadi perhatian sejak dua tahun lalu ketika dunia diserang pandemik.
Pembabitan golongan terkenal termasuk artis menjadi medium pengaruh serta promosi terbesar selain rezeki mudah buat jenama itu pantas dikenali dan menjadi sebutan.
"KMZ kini mempunyai 11 cawangan yang beroperasi di hampir seluruh negeri. Kami mensasarkan pembukaan 12 lagi cawangan pada tahun ini. Jika semua menjadi seperti dirancang, ia akan menjadikan jumlah keseluruhan 23 cawangan.

TUNJANG KUMPULAN MEGAKLINIK ZAHRAN, DATUK MOHD NAFIDZ ABDUL RAZAK DAN ISTERI, DATIN UMMUL KHAIRIYAH ABDUL RAHMAN |
"Jenama KMZ menempa nama terutama ketika fasa awal pandemik melalui Zahran COVID-19 Centre yang menyediakan perkhidmatan penuh pengurusan wabak itu.
"Ia termasuk daripada saringan COVID-19 secara 24 jam dan menerusi khidmat bergerak ke lokasi. Begitu juga Pusat Penilaian COVID-19 Swasta untuk pesakit positif, pusat pemberian vaksin (PPV) dan pusat kuarantin serta rawatan COVID-19 swasta," katanya.
Perkhidmatan ditawarkan KMZ setakat ini juga telah membantu lebih 2 juta rakyat Malaysia disamping membantu negara dalam misi membebaskan wabak jahat itu.

"Kami optimis dengan perancangan tahun ini, KMZ akan meneroka sektor ‘Medical Tourism” pula sebagai salah satu agenda utama kerana industri ini yang banyak terjejas semasa pandemik mengganas," katanya.
#BERITA #INFORMASI #BISNES
0 Comments