DI ERA 'STRUGGLE' PANDEMIK, NURRAYSA BANTU 182,000 USAHAWAN DARI RUMAH

DI ERA 'STRUGGLE' PANDEMIK, NURRAYSA BANTU 182,000 USAHAWAN DARI RUMAH

Di era 'struggle' pandemik, Nurraysa bantu 182,000 usahawan dari rumah | Sejak ditubuhkan pada tahun 2014, syarikat kosmetik dan kecantikan, Nurraysa Global Sdn Bhd rancak mengukuhkan nama serta menghargai usahawannya terutama di kalangan suri rumah dan wanita.

Sebelum pandemik COVID-19, syarikat yang ditunjangi wanita berpurdah, Nur Aini Zolkepeli ini pernah menganjurkan Nurraysa Excellence Awards pada 2019 bagi menghargai usahawan yang menjadi nadi kekuatan legasi jenama itu.


DI ERA 'STRUGGLE' PANDEMIK, NURRAYSA BANTU 182,000 USAHAWAN DARI RUMAH


Selepas dua tahun virus itu menyerang dan masih dilihat memberi ancaman, jenama itu buat julung kalinya menganjurkan Konvesyen Usahawan Jutawan Nurraysa 2022 di Hotel dan Pusat Konvensyen Movenpick Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5 Februari lalu.


DI ERA 'STRUGGLE' PANDEMIK, NURRAYSA BANTU 182,000 USAHAWAN DARI RUMAH
PUAN NUR AINI ZOLKEPELI, PENGASAS NURRAYSA BERSAMA SUAMI TERCINTA, SAIFUL ANUAR SELIMAN

DI ERA 'STRUGGLE' PANDEMIK, NURRAYSA BANTU 182,000 USAHAWAN DARI RUMAH
NUR AINI ZOLKEPELI DI ATAS PENTAS UTAMA KONVESYEN USAHAWAN JUTAWAN NURRAYSA 2022

DI ERA 'STRUGGLE' PANDEMIK, NURRAYSA BANTU 182,000 USAHAWAN DARI RUMAH
NUR AINI ZOLKEPELI MEMBERI UCAPAN DITEMANI SUAMI


Acara sepanjang hari yang turut melabuhkan tirai, dengan 'Makan Malam Gala' bertema Bangsawan pada sebelah malam itu berpaksikan Misi Mencipta Bangsa Usahawan dengan menyaksikan lebih 200 penyertaaan usahawannya dari seluruh negeri.

Menurut Nur Aini, konvesyen dianjurkan atas objektif yang mahu terus membakar semangat dan memajukan usahawan yang menjana pendapatan menerusi empayar dan legasi perniagaannya.

"Kita mahu memberi inspirasi kepada peserta yang hadir melalui kejayaan saya sebagai pengasas dan kejayaan 'Master New Business Owner (NBO)' yang telah terbukti berjaya.

Kejayaan yang dikecapi bukan buat buat atau diada adakan. Kita paparkan kisah kejayaan sebenar.

"Perkara itu disokong dengan menunjukkan hasil kejayaan sebenar melalui sesi perkongsian bersama mereka yang berjaya hingga menjadi jutawan. Selain itu, kita juga mahu memperbetulkan 'mindset' bahawa berniaga bukan untuk kaya semata mata. Tetapi lebih daripada itu untuk membantu lebih ramai orang.

"Takkan miskin seseorang itu kerana bersedekah mahupun membantu orang lain. Malah perkara itu juga dapat memperkayakan hati, membersihkan harta, memanjangkan usia serta melancarkan rezeki yang dikurniakan Allah. Saat pandemik menyerang membuat ramai bergelut, kita membantu 182,000 usahawan jana pendapatan dari rumah sejak 2020 hingga kini," katanya.


DI ERA 'STRUGGLE' PANDEMIK, NURRAYSA BANTU 182,000 USAHAWAN DARI RUMAH

DI ERA 'STRUGGLE' PANDEMIK, NURRAYSA BANTU 182,000 USAHAWAN DARI RUMAH


Kata Nur Aini lagi, konvesyen itu juga menjadi platform terbaik menyebar luaskan misi dan visi rangkaian perniagaannya.

"Kita ambil kesempatan dan ruang ini untuk menyampaikan dan menerangkan perkembangan terkini perniagaan.

"Tak ketinggalan membantu 'reseller' baru mendapatkan jalan dan cara lebih pantas berjaya melalui sesi perkongsian dan 'networking'," katanya.

Nur Aini menambah, acara Makan Malam Gala juga bertujuan meraikan kejayaan usahawannya.

Paling kemuncak kejayaan Fatimah Zaharah Mohd Zahib menerima anugerah paling ditunggu tunggu kerana menjadi NBO dengan jualan paling tinggi.

Turut diatur ialah persembahan membabitkan penyanyi tempatan dan cabutan bertuah.


DI ERA 'STRUGGLE' PANDEMIK, NURRAYSA BANTU 182,000 USAHAWAN DARI RUMAH
NBO NURRAYSA, FATIMAH ZAHARAH MOHD ZAHIB DIUMUMKAN SEBAGAI PENERIMA UTAMA ANUGERAH DITUNGGU-TUNGGU DENGAN TAHAP JUALAN TERTINGGI, DITEMANI SUAMI, MOHD RIDHUAN HAMBALI


"Acara sebegini tentunya menyerlah sisi penghargaan untuk meraikan usahawan kami yang mencapai kejayaan luar biasa. Malah hingga bergelar jutawan.

"Juga sebagai meraikan pengedar kami dalam acara gilang gemilang dan eksklusif. Pada akhirnya kejayaan ini menjadi suntikan semangat dan inspirasi kepada pengedar yang hadir untuk lebih bersemangat menjalankan bisnes," katanya.

Syarikat ini pada asalnya bermula dengan jualan sabun kolagen, kini jenama itu berkembang dengan penghasilan lebih 50 produk kosmetik, minuman, makanan tambahan, makanan dan pakaian.

Ia mengamalkan sistem 'dropship' yang membantu golongan suri rumah jana pendapatan hanya dari rumah secara percuma dan model bisnes menembusi pasaran bukan hanya di Malaysia tetapi Singapura, Indonesia dan Brunei.

Memasuki tahun ini, jenama itu komited dan berazam untuk bantu 400,000 orang untuk berjaya bebas dari bebanan kewangan melalui kempen NAK BERJAYA 2022.

Setakat ini, sudah ada 32 'billboard' jenama itu menemani pengguna jalan raya di sepanjang lebuh raya dari Utara ke Selatan dengan 'tagline' Kosmetik Mesra Wuduk. Layari https://www.nurraysa.com untuk maklumat lanjut.


IKUTI NURRAYSA DI FACEBOOK | INSTAGRAM



#BISNES #INFORMASI #NURRAYSA

0 Comments