DAGING SALAI CIK LYN (DSCL) CIPTA KEUNIKAN TERSENDIRI, BAKAL TEMBUS PASARAN ANTARABANGSA

DAGING SALAI CIK LYN (DSCL) CIPTA KEUNIKAN TERSENDIRI, BAKAL TEMBUS PASARAN ANTARABANGSA


Daging Salai Cik Lyn (DSCL) Cipta Keunikan Tersendiri, Bakal Tembus Pasaran Antarabangsa | Sebut tentang makanan Negeri Sembilan pasti teringat Daging Salai Masak Lemak Cili Padi bukan? Kepekatan kuah masak lemak ditambah pula dengan aroma daging salai yang menyengat memang membangkit rasa. Tahukah anda antara faktor penghasilkan daging salai yang sedap adalah ia perlu dibakar di atas bara api selama 4-5 jam? Bunyinya agak rumit tapi itu dahulu! Kini, anda boleh dapatkan stok daging salai yang sedia untuk dimasak di pasaran. Namun harus diingat, tidak semua jenama produk daging salai sedap dan enak. Antara jenama produk daging salai yang dijamin sedap dan menepati selera adalah Daging Salai Cik Lyn (DSCL).


MAJLIS PELANCARAN DAGING SALAI CIK LYN

Bertempat di Impiana KLCC baru-baru ini telah berlangsung pelancaran rasmi produk Daging Salai Cik Lyn yang telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Noh bin Haji Omar, Menteri Pembangunan, Usahawan & Koperasi. Majlis turut diserikan dengan demontrasi masakan oleh chef selebriti terkenal, Dato’ Chef Ismail serta upacara memeterai memorandum persefahaman (MoU) diantara syarikat MozLyn selaku pengeluar produk Daging Salai Cik Lyn dan Koperasi Harapan Mutiara Pulang Pinang Berhad sebagai pengedar rasmi untuk bahagian utara Semenanjung Malaysia.


DAGING SALAI CIK LYN (DSCL) CIPTA KEUNIKAN TERSENDIRI, BAKAL TEMBUS PASARAN ANTARABANGSA

DAGING SALAI CIK LYN (DSCL) CIPTA KEUNIKAN TERSENDIRI, BAKAL TEMBUS PASARAN ANTARABANGSA

DAGING SALAI CIK LYN (DSCL) CIPTA KEUNIKAN TERSENDIRI, BAKAL TEMBUS PASARAN ANTARABANGSA

DAGING SALAI CIK LYN (DSCL) CIPTA KEUNIKAN TERSENDIRI, BAKAL TEMBUS PASARAN ANTARABANGSA


LATAR BELAKANG PRODUK DAGING SALAI CIK LYN


Bermula pada tahun 2020 dengan hanya memiliki sebuah rumah salai (smoked house) yang kecil di Besut Terengganu, Puan Norhayati Maslinda Chew binti Asmawie Chew atau mesra di panggil Kak Lyn ini berjaya meningkatkan kapasiti pengeluaran produk daging salai untuk pasaran yang lebih besar menerusi syarikat pengilangan Cik Lyn Smoked Mansion. Ini selari dengan misi syarikatnya untuk menjadi syarikat bumiputera & muslim menembusi pasaran antarabangsa seperti Asia Timur, Asia Tenggara, Timur Tengah dan Eropah.

Penerima Anugerah Outstanding Women Award Sabah 2022 sempena Hari Wanita Antarabangsa 2022 oleh Persatuan Industri Kecil & Sederhana Wanita Sabah (IKSnita) ini mempunyai visi yang besar dalam membantu meningkatkan ekonomi golongan bumiputera. Pengalaman yang ditimba dalam beberapa cabang perniagaan sebelum ini seperti kedai spa dan bengkel besi menjadikan Kak Lyn lebih cekal dan positif dalam meluaskan empayar bisnes daging salainya ke peringkat lebih tinggi.

Kak Lyn yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Dalaman & Luaran ini yakin dengan penglibatan dalam segmen Business to Customer (B2C) dan Business to Business (B2B), peluang pasaran Daging Salai Cik Lyn lebih luas dan besar. Pihaknya sedang berunding dengan beberapa negara luar seperti Qatar, Maghribi, Singapura dan Brunei untuk membekalkan Daging & Itik Salai Cik Lyn. Pada masa sama, pihak Mozlyn telah merangka beberapa pelan pertumbuhan syarikat seperti membuka peluang menjadi pengedar dan usahawan termasuk penyediaan kios Mozlyn yang mampu milik serta penyediaan kursus usahawan secara percuma. Kak Lyn juga bercadang untuk memperkenalkan resipi baru yang lebih moden dan unik untuk pasaran seluruh dunia kerana peluang pasaran yang besar dan permintaan tinggi khususnya di Asia Timur, Asia Tenggara & Timur Tengah.


KELEBIHAN DAGING SALAI CIK LYN

DAGING SALAI CIK LYN (DSCL) CIPTA KEUNIKAN TERSENDIRI, BAKAL TEMBUS PASARAN ANTARABANGSA


Produk Daging Salai Cik Lyn (DSCL) adalah perniagaan sepenuhnya milik muslim yang menghasilkan produk makanan halal berasaskan daging lembu dan itik. Apa yang menjadikan Daging Salai Cik Lyn ini berbeza dengan jenama pesaing adalah daging lembu yang digunakan adalah berkualiti premium dan hanya mempunyai 5% lemak sahaja. Itik yang digunakan pula adalah jenis organik.

Daging Salai Cik Lyn disalai menggunakan dapur rekaan khas untuk mengekalkan pengasapan yang optimum dengan menggunakan sepenuhnya tempurung kepala asli, pertama di Malaysia bagi mendapatkan aroma daging salai sebenar. Proses pembakaran Daging Salai Cik Lyn mengambil masa sekitar 4-5 jam. Ramuan rempah istimewa hasil gabungan resipi tradisional dan barat pada Daging Salai Cik Lyn ini menghasilkan citarasa unik dan luar biasa.

Daging Salai Cik Lyn didatangkan dalam pembungkusan 150gm (untuk pasaran di stesen minyak, 300gm, 200gm (pasaran di pasaraya) & 500gm dan mempunyai pilihan perasa iaitu Moist, BlackPepper & Spicy. Daging Salai Cik Lyn juga sudah boleh didapati di pasaraya dan stesen minyak dilokasi berikut:
  • Pasaraya Merhaba
  • Pasaraya Ikhwan
  •  Jaya Grocer
  • Rosyam Mart
  • Shell Seremban
  • Shell Karak Highway (arah Kuantan) Bentong
  • Shell Karaka arah KL (Bentong)
  • Petronas Klang (Taman Rishna)
Jadi, kepada anda yang berminat untuk mendapatkan produk Daging Salai Cik Lyn, anda boleh terus dapatkan di lokasi di atas. Anda juga boleh melayari http://mozlyn.com atau hubungi 011-13224563 untuk tempahan dan maklumat lanjut.

Daging Salai Cik Lyn, Resipi Asli Mengerat Kasih.

IKUTI DAGING SALAI CIK LYN DI FACEBOOK | INSTAGRAM


DAGING SALAI CIK LYN (DSCL) CIPTA KEUNIKAN TERSENDIRI, BAKAL TEMBUS PASARAN ANTARABANGSA


#PRODUK #MAKANAN #ACARA #DAGINGSALAICIKLYN

0 Comments