RESTORAN LEPAU KUCHING SAJI MENU ETNIK SARAWAK

RESTORAN LEPAU KUCHING SAJI MENU ETNIK SARAWAK


Restoran Lepau Kuching Saji Menu Etnik Sarawak | Setiap kali bercuti di tempat asing, sudah pasti antara intipati percutian adalah mencuba makanan tempatan. Bukan senang dapat peluang merasai keaslian rasa menu signatur di negeri orang dan menjadi lokal untuk seketika. Ini kerana setiap negeri atau negara mempunyai keunikan rasa makanan tersendiri. Malah makanan sering menjadi daya tarikan utama untuk menarik lebih ramai orang melancong di sesebuah destinasi.

Kunjungan saya ke Kuching baru-baru ini cukup istimewa. Ini kerana kehadiran saya ke sini selepas Kuching ditabal sebagai salah satu daripada 48 Bandar Kreatif Gastronomi di dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) 16 November 2021. Jadi sudah pasti semangat untuk menerjah lokasi tempat makan menarik di Kuching semakin berkobar-kobar. Bukan senang pertubuhan besar di dunia seperti UNESCO untuk memberi pengiktiran sebegini. Tahniah Kuching, Tahniah Sarawak!

Kalau sebut tentang Sarawak, memang tidak dinafikan banyak pilihan menu etnik yang popular antaranya Ayam Pansuh, Umai, Linut, Mee Kolok, Laksa Sarawak dan banyak lagi. Dimana tempat terbaik untuk saya nikmati menu tradisi etnik Sarawak sebegini? Lokasi tempat makan menarik di Kuching yang sempat saya lawati adalah restoran Lepau yang terletak di Jalan Ban Hock, Kuching. Kunjungan pertama kali ke restoran Lepau ini cukup mengujakan! Saat berada di hadapan restoran ini memukau mata kerana struktur bangunan berkayu ini cukup klasik. Setiap sudut ruang restoran Lepau dihiasi dengan seni reka dalamannya dihiasi dengan kraftangan kaum Kayan untuk mewujudkan suasana kampung asli kaum Kayan. Anda boleh memilih untuk makan di bahagian berbumbung atau ruang terbuka.


RESTORAN LEPAU KUCHING SAJI MENU ETNIK SARAWAK

RESTORAN LEPAU KUCHING SAJI MENU ETNIK SARAWAK

RESTORAN LEPAU KUCHING SAJI MENU ETNIK SARAWAK


Sebagai info tambahan, Lepau bermaksud pondok dalam bahasa Kayan dan restoran Lepau mula beroperasi pada tahun 2014. Pada tahun 2018, restoran Lepau telah memenangi Anugerah Restoran Etnik Inovatif Terbaik pada Anugerah Perlancongan Malaysia ke-20.



APA YANG MENARIK DI RESTORAN LEPAU KUCHING

RESTORAN LEPAU KUCHING SAJI MENU ETNIK SARAWAK


Sarawak mempunyai kepelbagaian etnik dan budaya dan secara tidak langsung mencipta variasi dan ‘warna’ pada masakan menu tempatan. Jadi restoran Lepau ini menawarkan pelbagai menu etnik Sarawak dibawah satu bumbung. Ini juga selaras dengan hasrat pengasas restoran Lepau yang mahu setiap pelanggan merasai sendiri pengalaman menikmati sajian asli kulinari etnik di Sarawak.

ANTARA MENU DI RESTORAN LEPAU

Kehadiran saya di restoran Lepau ini untuk menikmati makan malam. Jadi antara menu yang saya pesan adalah:
 

RESTORAN LEPAU KUCHING SAJI MENU ETNIK SARAWAK
SAMBAL TERUNG ASAM

RESTORAN LEPAU KUCHING SAJI MENU ETNIK SARAWAK
SAMBAL KANTAN

RESTORAN LEPAU KUCHING SAJI MENU ETNIK SARAWAK
UMAI IKAN MELANAU

RESTORAN LEPAU KUCHING SAJI MENU ETNIK SARAWAK
TEMPOYAK GORENG PUSUK

RESTORAN LEPAU KUCHING SAJI MENU ETNIK SARAWAK
AYAM PANSUH

RESTORAN LEPAU KUCHING SAJI MENU ETNIK SARAWAK
NASI PERANG BARIO DENGAN DAUN ITUN SIP

RESTORAN LEPAU KUCHING SAJI MENU ETNIK SARAWAK
TERUNG ASAM WITH SMOKED FISH SOUP

RESTORAN LEPAU KUCHING SAJI MENU ETNIK SARAWAK
IKUT ARAH JAM: UDANG FIONA (TEPUS), PUCUK UBI GORENG, MIDIN GORENG BAWANG PUTIH, SAMBAL PETAI SOTONG

RESTORAN LEPAU KUCHING SAJI MENU ETNIK SARAWAK
SIAKAP 3 RASA

RESTORAN LEPAU KUCHING SAJI MENU ETNIK SARAWAK
AIS KRIM BERSAMA TAPAI


Secara peribadi, ini pertama kali saya mencuba menu tradisi Sarawak walaupun sebenarnya sudah kali kedua saya menjejakkan kaki di bumi Kuching. Tanggapan awal saya mengenai menu etnik Sarawak pasti tidak kena dengan selera saya. Namun setelah mencuba sendiri, tanggapan saya salah sama sekali. Dari menu pembuka selera sehingga ke pencuci mulut, semuanya licin di pinggan saya. Menu seperti Umai Ikan Melanau, Sambal Kantan, Ayam Pansuh, Midin Goreng bersama Bawang Putih, Siakap 3 Rasa cukup rasa dan menepati selera saya. Menariknya lagi, Siakap 3 Rasa disini memang unik kerana ia benar-benar dimasak 3 rasa berasingan. Barulah benar Siakap 3 Rasa bukan! Nasi yang disajikan pula adalah Nasi Perang Bario yang dibungkus dengan Daun Itun Sip. Saya diberitahu bahawa harga beras Bario agak mahal kerana sumbernya hanya boleh didapati di tanah tinggi Bario Sarawak dan kaedah penanamanya masih menggunakan cara tradisional dan organik.

Jadi kepada anda yang berada di Kuching atau merancang percutian di bandaraya ini, anda wajib singgah dan menjamu selera di restoran Lepau. Layari laman sesawang Lepau di https://lepau-restaurant.business.site/ untuk mendapatkan informasi lanjut.

IKUTI LEPAU RESTAURANT DI FACEBOOK | INSTAGRAM


RESTORAN LEPAU KUCHING SAJI MENU ETNIK SARAWAK


ALAMAT RESTORAN LEPAU
99, JALAN BAN HOCK,
93400 KUCHING, SARAWAK.

WAKTU OPERASI

ISNIN – SABTU:

11 PAGI – 2 PETANG/6 PETANG – 10 MALAM

AHAD: CUTI

TELEFON: 082-233 304 / 082-242 160







#LEPAURESTAURANT #LANBERAMBEHMAKAIBASARAWAK #TOURISMMALAYSIA #TOURISMMALAYSIASARAWAK #CUTICUTIMALAYSIA

0 Comments