Terbaru, Mylea buat julung kalinya dalam sejarah penubuhan telah melancarkan set percubaan jeragat yang dipanggil Mylea Daily Essential Kit. Majlis pelancaran tersebut cukup istimewa kerana ia diadakan secara maya menerusi panggilan video Zoom dengan dihadiri oleh ejen-ejen berdaftar Mylea dan pengguna setia Mylea dari seluruh negara. Majlis yang diacarakan oleh Nadia Hasnan ini turut sama dalam pelancaran tersebut adalah pengasas Mylea sendiri iaitu Pn. Amylia Farhana bersama suami Encik Mohd Fakhrul Razi Jamaluddin, Che Ta dan juga sifu bisnes Encik Khairul.
Idea disebalik penghasilan Mylea Daily Essential Kit tercetus bila Che Ta sendiri bertanyakan kepada Puan Amylia mengenai produk yang bersaiz kompak kerana semua sedia maklum bahawa Che Ta memang ligat bercuti bersama famili. Jadi, lebih mudah untuknya membawa produk Mylea ke mana-mana. Pada masa sama, ramai yang bertanya adakah Mylea ada mengeluarkan set yang lebih kecil terutamanya mereka yang baru ingin mengenali Mylea. Maka, terhasillah Mylea Daily Essential Kit ini.
MYLEA DAILY ESSENTIAL KIT
Set percubaan jeragat atau Mylea Daily Essential Kit ini mengandungi 4 dalam 1 iaitu Mylea Freckles Serum, Mylea Freckles Bar, Mylea Exfoliate Mask dan Travel bag ini ditawarkan pada harga RM99.00 sahaja. Set ini dikeluarkan dengan harga mampu milik, mudah dan senang dibawah kemana-mana yang mana disertakan sekali dengan travel bag. Sasaran pengguna bagi set ini ialah bagi golongan wanita yang berumur 28 tahun keatas namun ia juga boleh digunakan oleh kaum lelaki.Tahun ini merupakan tahun ke-6 jenama Mylea berada di pasaran. Jatuh bangun adalah lumrah dalam perniagaan namun berkat semangat dan usaha serta sokongan padu ejen yang dipanggil Jemaah Mylea dan pengguna setia, Mylea berjaya meraih pelbagai pencapaian seperti kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kelulusan Health Science Authority (HSA Singapore), Ministry Of Health Brunei Darussalam, kelulusan SIRIM, Asia Pacific Super Health Brand, SME 100 Award Fast Moving Company (2020), 100 Top Young CEO (2021) dan lain-lain lagi.
PUAN AMYLIA FARHANA, PENGASAS MYLEA |
Jelas Puan Amylia, walaupun pandemik Covid-19 memberi kesan kepada pendapatan ramai, tetapi Jemaah Mylea dilimpahi dengan rezeki yang sangat mewah oleh Allah SWT kerana jualan kebanyakan Jemaah Mylea meningkat sebanyak 3 atau 4 kali ganda. Jadi dengan terhasilnya Mylea Essential Kit ini, dapat memberi manfaat kepada orang ramai khususnya pengguna baru Mylea untuk memiliki kulit yang cantik dan sihat dan pada masa sama bersama-sama menjana pendapatan bersama Mylea. Pada harga dibawah RM100, Mylea Essential Kit ini cukup mampu milik. Puan Amylia turut menawarkan peluang menjana pendapatan bersama Mylea dengan modal serendah RM10 sahaja. Anda akan diberi bimbingan penuh serta pelbagai ganjaran menarik sebagai ejen berdaftar Mylea.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan set Mylea Essential Kit ini boleh mendapatkan menerusi ejen berdaftar Mylea diseluruh Malaysia atau menerusi laman sesawang rasmi Mylea di www.mylea.my , atau boleh terus ke ibu pejabat Mylea yang terletak Pusat Komersial Cabang Tiga, Kuala Terengganu bermula pada 13 Disember 2021. Hubungi talian 09-622 2450 untuk sebarang pertanyaan lanjut.
IKUTI MYLEA DI FACEBOOK | INSTAGRAM
#PRODUK #KECANTIKAN #MYLEA
0 Comments