KANTIN AT THE GRANARY KUCHING TAWAR SAJIAN SARAWAK MODEN DAN LOKASI INSTAGRAM-WORTHY!

KANTIN AT THE GRANARY KUCHING TAWAR SAJIAN SARAWAK MODEN DAN LOKASI INSTAGRAM-WORTHY!


Kantin At The Granary Kuching Tawar Sajian Sarawak Moden dan Lokasi Instagram-Worthy |
Jatuh cinta pandang pertama sejak menjejakkan kaki di Kuching Sarawak. Hati dan minda memberontak untuk meneroka lebih dalam tentang hidden gems di sini. Pemegang takhta negeri terbesar di Malaysia dan berada di Borneo, kepulauan ketiga terbesar di dunia pasti menjanjikan pengalaman penuh warna ketika berkelana disini. Keindahan alam, kepelbagaian etnik dan budaya, variasi kulinari menjadi tarikan untuk eksplorasi di bumi Kenyalang.

Bicara tentang kulinari, saya cukup teruja sewaktu kunjungan di bandar Kuching baru-baru ini telah dipertemukan dengan banyak tempat makan menarik dan sedap. Salah satu lokasi tempat makan menarik yang berada dalam senarai adalah Kantin At The Granary yang terletak di Wayang Street.


KANTIN AT THE GRANARY KUCHING TAWAR SAJIAN SARAWAK MODEN DAN LOKASI INSTAGRAM-WORTHY!
 

Setibanya saya di perkarangan luar bangunan Kantin At The Granary, saya tergamam. Hati berkata, this place is so Insta-Worthy. Struktur bangunan lama diolah menjadi sebuah foodie place yang tersergam indah. Kantin at The Granary ini berkongsi laluan sama menuju dengan hotel The Marion Boutique Lodging House. Saya diberitahu, nama The Granary (jelapang) diguna pada 2015 kerana dahulunya bangunan ini pernah menjadi gudang penyimpanan bijirin. Malah saya diberitahu bangunan ini juga pernah menjadi mahligai bagi empat generasi keluarga Ong Ewe Hai yang terkenal pada sekitar tahun 1885, asrama bagi gereja St. Mary dan rumah inapan.


KANTIN AT THE GRANARY KUCHING TAWAR SAJIAN SARAWAK MODEN DAN LOKASI INSTAGRAM-WORTHY!

KANTIN AT THE GRANARY KUCHING TAWAR SAJIAN SARAWAK MODEN DAN LOKASI INSTAGRAM-WORTHY!

KANTIN AT THE GRANARY KUCHING TAWAR SAJIAN SARAWAK MODEN DAN LOKASI INSTAGRAM-WORTHY!

KANTIN AT THE GRANARY KUCHING TAWAR SAJIAN SARAWAK MODEN DAN LOKASI INSTAGRAM-WORTHY!

KANTIN AT THE GRANARY KUCHING TAWAR SAJIAN SARAWAK MODEN DAN LOKASI INSTAGRAM-WORTHY!

KANTIN AT THE GRANARY KUCHING TAWAR SAJIAN SARAWAK MODEN DAN LOKASI INSTAGRAM-WORTHY!

KANTIN AT THE GRANARY KUCHING TAWAR SAJIAN SARAWAK MODEN DAN LOKASI INSTAGRAM-WORTHY!


Kini, atas usaha keras kumpulan media kreatif Sarawak Eye, bangunan ini direalisasikan menjadi sebuah tempat makan yang menawarkan sajian makanan tempatan yang inovatif dalam industri makanan di Sarawak. Tujuannya adalah untuk menyatukan makanan, seni dan budaya dibawah satu bumbung. Maka lahirlah Kantin at The Granary ini.


KANTIN AT THE GRANARY KUCHING TAWAR SAJIAN SARAWAK MODEN DAN LOKASI INSTAGRAM-WORTHY!


Saat melangkah masuk ke ruang Kantin At The Granary, saya teruja melihat kepada keluasan dan juga hiasan dalamannya. Luas dan cukup minimalis. Warna kayu, simen dan batu-bata menaikkan seri ruang dan punya kelas tersendiri. Ruang ini juga boleh dijadikan sebagai tempat acara atau majlis. Di satu sudut pula terdapat sebuah kaunter bar khusus bagi anda yang mahu suasana lebih kasual bersama teman.


MENU WAJIB CUBA DI KANTIN AT THE GRANARY KUCHING

KANTIN AT THE GRANARY KUCHING TAWAR SAJIAN SARAWAK MODEN DAN LOKASI INSTAGRAM-WORTHY!

Tiada yang rawak di Kantin At The Granary ini. Dari saat anda melangkah masuk, menjamu selera dan beredar pulang, semuanya dicipta khas agar pengunjung merasai pengalaman istimewa disini. Itulah janji Kantin At The Granary setelah berhempas pulas mencari idea dan mendapatkan kualiti rasa terbaik setiap menu yang ditawarkan disini. Tujuannya agar setiap pengunjung yang hadir dapat menikmati pengalaman terbaik berada di Kantin At The Granary.

Melihat kepada senarai menu, tidak dinafikan bahawa pihak Kantin At The Granary serius dalam mengangkat industri kulinari lokal ke peringkat lebih tinggi. Antara menu yang sempai saya cuba adalah:

RAINFOREST FRIED RICE

KANTIN AT THE GRANARY KUCHING TAWAR SAJIAN SARAWAK MODEN DAN LOKASI INSTAGRAM-WORTHY!

Menu signatur ini menjadi cerminan kepada hutan hujan tropika di Sarawak yang kaya dengan pelbagai habitat dan tumbuhan subur. Nasi digoreng penuh aroma bersama sayuran dan herba tempatan disajikan bersama nuget kubis bunga dan cendawan Shiitake goreng serta dihiasi dengan daun ubi kayu goreng. Rasanya unik dan enak pastinya!


NANASI (NANAS + NASI)

KANTIN AT THE GRANARY KUCHING TAWAR SAJIAN SARAWAK MODEN DAN LOKASI INSTAGRAM-WORTHY!

Gabungan Nanas dan Nasi terciptalah nama Nasi Goreng Nanas Sarawak ini. Pelengkap menu adalah sate ayam bersalut gula apong bersaiz gergasi, serunding ayam daun cangkuk manis rangup beserta sos sate pedas.


SUPERDRY LAKSA

KANTIN AT THE GRANARY KUCHING TAWAR SAJIAN SARAWAK MODEN DAN LOKASI INSTAGRAM-WORTHY!

Bila ditanya apa menu patut cuba di Sarawak? Jawapan yang sering diterima adalah Laksa Sarawak. Malah chef selebriti terkenal dunia, mendiang Anthony Bourdain pernah menggelar Laksa Sarawak sebagai Breakfast of the Gods ".Maka inspirasi hadir untuk Kantin At The Granary mencipta Laksa Sarawak versi kering, kombinasi bihun laksa, udang Vanamei segar, ayam goreng, telur dadar dihiris nipis, taugeh, sambal belacan, limau nipis dan daun ketumbar sebagai penyeri sajian. FYI, anda tidak akan jumpa menu ini di tempat lain selain Kantin At The Granary.


KANTIN NASI LEMAK

KANTIN AT THE GRANARY KUCHING TAWAR SAJIAN SARAWAK MODEN DAN LOKASI INSTAGRAM-WORTHY!

Nasi Lemak sudah sinonim dengan Malaysia! Kantin At The Granary menawarkan menu ini yang didatangkan bersama nasi berlemak santan, Ayam Goreng bersaiz besar, Ikan Bilis Goreng, Kacang Tanah, Telur Mata Kerbau, Papadom, hirisan timun segar dan pelengkap rasa, Sambal!


KANTIN KERABU

KANTIN AT THE GRANARY KUCHING TAWAR SAJIAN SARAWAK MODEN DAN LOKASI INSTAGRAM-WORTHY!

Menu popular di Pantai Timur Semenanjung juga tidak ketinggalan berada dalam senarai menu disini. Nasi Kerabu versi Kantin At The Granary hadir dengan nasi berwarna biru, Ayam Goreng Berempah, Telur Asin, Tempe, Sambal dan Acar Betik.


RIB EYE STEAK WITH 3 ARTISAN SAUCES (LEMONGRASS BEARNAISE, BORNEO CHIMICHURRI, BROWN JUS)

KANTIN AT THE GRANARY KUCHING TAWAR SAJIAN SARAWAK MODEN DAN LOKASI INSTAGRAM-WORTHY!

Daging dari rusuk lembu Australia yang lembut dan juicy, manicai yang berkrim dan di makan pula bersama 3 sos artisan istimewa memang membangkit selera. Walaupun tampak simple di pinggan tetapi saat memakannya, flavourful!


WILD HONEY ROASTED CHICKEN

KANTIN AT THE GRANARY KUCHING TAWAR SAJIAN SARAWAK MODEN DAN LOKASI INSTAGRAM-WORTHY!

Ayam Panggang yang diperap lebih 24 jam bersalut madu liar asli dari pergunungan di Sarawak memberi kombinasi serasi!


CHARGRILLED NANAS CHICKEN BURGER

KANTIN AT THE GRANARY KUCHING TAWAR SAJIAN SARAWAK MODEN DAN LOKASI INSTAGRAM-WORTHY!

Burger Ayam bersama potongan chargrilled nanas,mengingatkan saya kepada Hawaii. Isi kepingan ayam goreng cukup rangup di luar dan juicy, jem nenas, salad dan bawang Bombay di dalam diapit pula oleh bun lembut Satu tak cukup!


TROPICAL ROAST

KANTIN AT THE GRANARY KUCHING TAWAR SAJIAN SARAWAK MODEN DAN LOKASI INSTAGRAM-WORTHY!

Nama diberi kerana ia adalah gabungan sayur-sayuran dimasak menjadi satu hidangan lazat. 


KANTIN KAFFEINE

KANTIN AT THE GRANARY KUCHING TAWAR SAJIAN SARAWAK MODEN DAN LOKASI INSTAGRAM-WORTHY!

Suka kopi lokal? Anda pasti jatuh cinta dengan kopi ini. Saya sukakan kopinya yang kaya dengan rasa, pahit, manis dan lemaknya just nice dan membangkit aroma, pasti mengimbau nostalgia zaman kegemilangan kopi Sarawak. Mesti cuba!


SARAWAK TEH C SPECIAL

KANTIN AT THE GRANARY KUCHING TAWAR SAJIAN SARAWAK MODEN DAN LOKASI INSTAGRAM-WORTHY!

Dikenali juga sebagai three-layer tea, minuman ini mencipta kelainan dengan penggunaan gula Apong sebagai pelengkap rasa manis asli.



KANTIN AT THE GRANARY KUCHING TAWAR SAJIAN SARAWAK MODEN DAN LOKASI INSTAGRAM-WORTHY!

THREE SOUR CRUSH

Minuman ais kisar dengan rasa sitrus cukup menyegarkan tekak anda.

TASIK BIRU PEARL MILK TEA

Biasa dengan Teh Susu dengan bebola kenyal? Anda pasti suka minuman ini. Rasa teh yang cukup rasa pekat, lemak dan manis bersama dengan bebola kenyal dan krim keju berwarna biru yang diambil daripada bunga Telang seakan berada di Tasik Biru yang terkenal di Bau Sarawak.



ULASAN JUJUR KANTIN AT THE GRANARY

KANTIN AT THE GRANARY KUCHING TAWAR SAJIAN SARAWAK MODEN DAN LOKASI INSTAGRAM-WORTHY!


Seperti di awal artikel ini saya sering memuji Kantin At The Granary. Dari saat melangkah masuk, melihat keseluruhan ruang, menjamah makanan dan menghirup minuman disini, semuanya positif. Percaturan menjadikan ruang gudang lama sebagai lokasi tumpuan warga kota menikmati sajian dan momen indah bersama yang tersayang berada di landasan tepat. Seleksi menu yang digubah menjadi signatur adalah cukup berisiko jika gabungan ramuan tidak menepati selera. Namun, Kantin At The Granary berjaya menjadikan menu-menu disini sebati rasa. Saya suka idea penghasilan setiap menu antaranya Rainforest Fried Rice dan Superdry Laksa yang mengangkat elemen jati diri pada negeri ke dalam kulinari. Kepada penggemar media sosial, ini tempat anda kerana pasti foto anda memukau dibelakangi ruang makan Kantin At The Granary yang mesra Instagram.

Jadi, jangan lupa singgah di Kantin at The Granary Kuching jika ada berada berhampiran bandaraya ini. Layari kantin.dabao.my untuk informasi lanjut.

IKUTI KANTIN AT THE GRANARY DI FACEBOOK | INSTAGRAM


KANTIN AT THE GRANARY KUCHING TAWAR SAJIAN SARAWAK MODEN DAN LOKASI INSTAGRAM-WORTHY!


ALAMAT KANTIN AT THE GRANARY
23, WAYANG ST,
93000 KUCHING, SARAWAK.

WAKTU OPERASI:

SELASA – AHAD: 
10 PAGI – 4.30 PETANG

ISNIN TUTUP

TELEFON: 017-520 0230




#KANTIN #KANTINATTHEGRANARY #LANBERAMBEHMAKAIBASARAWAK #TOURISMMALAYSIA #TOURISMMALAYSIASARAWAK #CUTICUTIMALAYSIA

0 Comments