Antara penggemar coklat tegar adalah Puan Noor Asmah atau mesra dengan panggilan Kak Semah, pengasas coklat jenama Chelum dari Sarawak. Atas kecintaan dan taksub kepada coklat membuatkan beliau tekad untuk menghasilkan coklat jenama sendiri. Saya berkesempatan mengunjungi perusahaan coklat Chelum iaitu Lazeez Enterprise baru-baru ini yang terletak di Kuching Sarawak.
LAZEEZ ENTERPRISE |
IDEA DISEBALIK COKLAT CHELUM
Bermula dengan perusahaan bakeri pada 2010, Puan Noor Asmah cuba mencari peluang meluaskan empayar perniagaan dengan menyertai program usahawan bimbingan Lembaga Koko Malaysia pada 2012. Pada 2018, maka terhasilah Chelum, jenama coklat artisan dari Sarawak yang mengetengahkan gabungan coklat premium dengan citarasa masyarakat tempatan. Ditanya kenapa nama Chelum dipilih? Jelas Puan Noor Asmah, Chelum bermaksud hitam dalam bahasa Iban dan ia sinonim dengan warna coklat yang gelap. Pada masa sama, beliau ingin menerapkan elemen lokal dalam setiap produk coklat keluarannya kerana beliau yakin dengan rasa unik dan eksotik pada coklat Chelum mampu memikat hati penggemar coklat di serata dunia.
PUAN NOOR ASMAH, PENGASAS COKLAT CHELUM |
ANTARA PRODUK COKLAT CHELUM
Terdapat beberapa produk coklat Chelum yang dihasilkan dan yang menjadi signatur adalah coklat bar dalam pelbagai versi rasa iaitu:SAGOK PEARL
Kebiasaanya kita lihat coklat digabungan bersama dengan bertih beras (bubble rice) namun Chelum mencipta kelainan dengan kombinasi coklat dan bijian sagu atau sagok. Sagok dihasilkan daripada tepung lemantak yang telah diadun dengan campuran yang sesuai yang merupakan makanan ruji kepada masyarakat Melanau sejak lebih 120 tahun lalu. Metroxylon sagu ialah spesies palma dalam genus metroxylon, berasal dari kawasan tropika tenggara Asia iaitu Malaysia dan Indonesia. Pokok itu mempunyai kepentingan komersial sebagai sumber utama daripada sagu, biji kanji daripada empulur yang dilumatkan dengan air.
TEBALOI CRUNCH
Kombinasi coklat dan Tebaloi, snek tradisional Sarawak yang diperbuat daripada tepung sagu adalah makanan istimewa orang Melanau Sarawak. Rasa unik Tebaloi sangat istimewa menjadi makanan ringan yang sangat popular untuk semua kaum. Kawasan pengeluaran utama Tebaloi berada di daerah Mukah dan Dalat di sepanjang pantai wilayah Bahagian Mukah. Kawasan ini menyukai ladang besar Tapak sagu yang menghasilkan serbuk sagu, bahan utama yang digunakan dalam pemprosesan Tebaloi.TIONG DELITE (TERUNG ASAM SARAWAK)
Coklat digabungkan bersama Terung Asam (juga dikenali dengan nama Terung Dayak/Terung Iban), sejenis sayuran yang sering dijadikan perisa dalam masakan. Anda boleh nikmati rasa lemak manis dari coklat dan masam dari Terung Asam ini.BLACKPEPPER (SARAWAK BLACKPEPPER)
Antara produk terkenal di Sarawak adalah Lada Hitam. Sejak ia ditanam di bumi Kenyalang pada tahun 1856, Lada Hitam Sarawak adalah antara biji lada hitam terbaik dunia. Bias aua digunakan sebagai rempah ratus dalam masakan, Lazeez mencipta kelainan dengan menggabungkan coklat dan lada hitam Sarawak. Rasanya manis dan pedas yang nyaman.LAZEEZ SPICE
Perisa coklat ini cukup unik dan ekstrim. Percubaan Puan Noor Asmah menggabungkan coklat bersama campuran rempah ratus yang dikisar halus iaitu kunyit, halia, ketumbar, lengkuas, jintan putih, lada hitam, bawang merah, bunga lawang, bunga, kelapa, kepingan cili, kayu manis, buah pelage, bawang putih menjadi! Rasa manis dan pedas nyaman persis kopi rempah dari Lubnan.Saya sudah mencuba kesemua jenis bar coklat Chelum ini dan secara peribadi saya suka dengan kualiti rasanya. Walaupun rasanya unik, namun rasa coklat asli masih terpelihara. My personal favourite adalah Tebaloi Crunch dan Blackpepper Seeds yang pada saya rasanya memang tidak akan dapat pada jenama lain. Saya cukup optimis yang coklat Chelum mampu pergi lebih jauh lagi dalam bisnes. Coklat bar Chelum ini didatangkan dalam dua saiz iaitu 25g dan 45g.
Selain itu, Lazeez Enterprise juga menjual beberapa produk berasaskan coklat seperti kek batik dan menyediakan perkhidmatan tempahan coklat mengikut bentuk pilihan pelanggan.
Bagi anda yang ingin mendapatkan coklat Chelum ini, anda boleh menghubungi atau Whatsapp di talian 019-8888808. Coklat Chelum juga boleh didapati di Lapangan Terbang Antarabangsa Miri dan Kuching serta Lapangan Terbang Sibu. Bagi anda yang berada di sekitar Kuching Sarawak, anda boleh terus mengunjungi Lazeez Enterprise di alamat tertera dibawah. Chelum, Crafted for Your Desire.
0 Comments