Blackrevfa Black Magic Lipstick Buah Tangan Terbaru Joy Revfa dan MERVE Cosmetics Malaysia | Dua kali gagal dalam ambang perkahwinan tidak mematahkan semangat Joy Revfa, pengasas MERVE Cosmetics Malaysia untuk terus maju dalam bidang perniagaan kosmetik. Sejak 2015, berbekalkan pengalaman menimba imu di Jakarta serta semangat juang dan keyakinan yang tinggi, beliau kini boleh berbangga dengan hasil yang dikecapi kini. Walaupun pernah dikecam, ia tidak sesekali melunturkan impian beliau untuk membina empayar bisnes kecantikan. Padanya, setiap manusia mempunyai kelebihan dan Jov Revfa atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin percaya kelebihan yang dimilikinya mampu melakukan sesuatu yang luar biasa.
Sinonim dengan konsep fantasi, Joy Revfa tampil berbeza untuk produk gincu bibir BLACKREVFA ini. Pemilihan tema warna hitam dan merah untuk BLACKREVFA membawa aura lebih berani dan yakin disaat orang ramai terkesan dengan wabak pandemik Covid-19. Ini secara tidak langsung dapat meniupkan semangat kepada orang ramai untuk kembali bangkit dan sama-sama menjana pendapatan menerusi penjualan BLACKREVFA ini.
Kelainan yang ditampikan pada gincu bibir BLACKREVFA ini cukup unik dan magis. Ini kerana tekstur gincu berwarna hitam namun bila dioles atau dipakai di bibir, sekelip mata ia berubah menjadi merah semula jadi yang cantik dan mengghairahkan. Pemakaian BLACKREVFA mampu bertahan selama 24jam serta memberi haruman yang ‘lazat’ dan menyenangkan kepada si pemakai. Bukan itu sahaja, BLACKREVFA juga bersifat pelbagai guna dimana ia juga boleh digunakan sebagai pelembap bibir, merawat bibir merekah, kering, kusam, kesat dan gelap. Ia boleh juga dijadikan di pipi, hidung, kelopak mata dan kuku sebagai penambah seri wajah.
Dengan slogan “Cantik Bukan Lagi Fantasi”, BLACKREVFA menjadi koleksi produk MERVE Cosmetics khusus untuk mereka yang mahu tampil cantik dan bergaya. Malah perubahan warna gincu yang diketengahkan ini menjadikan BLACKREVFA cukup unik dan tersendiri.
Serentak dengan pelancaran BLACKREVFA, Joy Revfa membuka peluang kepada orang ramai untuk memulakan perniagaan dan menjana pendapatan. Pihaknya menawarkan perniagaan tanpa modal dan tidak perlu memegang stok kerana semuanya akan diuruskan oleh ibu pejabat. Sasaran Joy Revfa agar BLACKREVFA bukan sahaja dapat menambahkan seri kecantikan pada wajah pengguna tetapi ia juga memberi satu asbab kepada orang ramai penjana pendapatan.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan gincu bibir terbaru BLACKREVFA, sila layari laman sesawang rasmi di https://www.mervecosmetics.com.my .
APA YANG MENARIK TENTANG BLACKREVFA
Dengan slogan “Cantik Bukan Lagi Fantasi”, BLACKREVFA menjadi koleksi produk MERVE Cosmetics khusus untuk mereka yang mahu tampil cantik dan bergaya. Malah perubahan warna gincu yang diketengahkan ini menjadikan BLACKREVFA cukup unik dan tersendiri.
Serentak dengan pelancaran BLACKREVFA, Joy Revfa membuka peluang kepada orang ramai untuk memulakan perniagaan dan menjana pendapatan. Pihaknya menawarkan perniagaan tanpa modal dan tidak perlu memegang stok kerana semuanya akan diuruskan oleh ibu pejabat. Sasaran Joy Revfa agar BLACKREVFA bukan sahaja dapat menambahkan seri kecantikan pada wajah pengguna tetapi ia juga memberi satu asbab kepada orang ramai penjana pendapatan.
SERTAI CABARAN #MERVETIKTOKCHALLENGE
Pada majlis pelancaran BLACKREVFA Black Magic Lipstick ini juga turut diumumkan #mervetiktokchallenge yang berlangsung pada 6 hingga 26 Disember 2021. Cabaran di laman media sosial TikTok menawarkan hadiah menarik berupa sebuah telefon bimbit iPhone 13 dan pemenang ditentukan berdasarkan jumlah tontotan, tanda suka dan perkongsian terbanyak. Syarat utama penyertaan adalah peserta diwajibkan memegang gincu ketika melakukan cabaran ini. Jangan lupa sertakan tanda pagar #MERVEtiktokchallenge #blackrevfa #MERVEBlackisred dan #MERVEcosmetics pada setiap hantaran cabaran ini.Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan gincu bibir terbaru BLACKREVFA, sila layari laman sesawang rasmi di https://www.mervecosmetics.com.my .
0 Comments