BANTAL DAG BERNILAI RM156,000 DISUMBANG KEPADA MANGSA BANJIR

BANTAL DAG BERNILAI RM156,000 DISUMBANG KEPADA MANGSA BANJIR

Bantal DAG bernilai RM156,000 disumbang mangsa banjir | Tragedi banjir yang melanda beberapa buah negeri baru baru ini hingga mengorbankan nyawa benar benar membuatkan Das Abdul terpanggil untuk membantu sedaya mungkin.

Lelaki berusia 36 tahun berasal dari Kelantan yang turut mengemudi empayar syarikat jenama bantal dan tuala, Das Abdul Global Sdn Bhd atau DAG itu sendiri pernah mengharungi kepayahan ujian berdepan dengan banjir sekitar seminggu di negeri kelahirannya pada 2014.

Tanpa berfikir panjang, secara spontan dan bersifat 'adhoc', bapa kepada tiga cahaya mata itu menggerakkan usaha pada 20 Disember lalu untuk menyumbang bantal, tuala dan kelengkapan lain kepada yang terkesan.

Malah sejak tiga hari yakni dari 20 hingga 22 Disember usaha itu dilakukan, nilai sumbangan membabitkan bantal dan tuala keluaran syarikatnya mencecah RM156,000 kutipan bersama usahawan DAG dan rakan seperjuangan.

BANTAL DAG BERNILAI RM156,000 DISUMBANG KEPADA MANGSA BANJIR

BANTAL DAG BERNILAI RM156,000 DISUMBANG KEPADA MANGSA BANJIR

BANTAL DAG BERNILAI RM156,000 DISUMBANG KEPADA MANGSA BANJIR


"Saya tahu bagaimana perasaan mangsa banjir saat ini kerana pernah merasai kegetiran itu dulu. Masa itu seminggu juga saya hidup dan tidur bertemankan air (banjir) kerana menyelamatkan barang. Masa itu saya dan isteri baru mempunyai anak sulung yang berusia dua tahun.

"80 peratus juga barang kelengkapan rumah, perniagaan resort dan pusat latihan serta produk permainan kanak kanak musnah teruk ketika itu.

"Jadi saya fikir dengan perniagaan yang diusahakan serta sumbangan usahawan DAG dan rakan, dapatlah serba sedikit membantu mengurangkan beban mangsa banjir," katanya.


BANTAL DAG BERNILAI RM156,000 DISUMBANG KEPADA MANGSA BANJIR
DAS ABDUL DAN ISTERINYA SAPINAH MUHAMMAD MENGEMUDI PERNIAGAAN DAG


Suami kepada Sapinah Muhammad itu berkata dalam tempoh tiga hari usaha bantuan disalurkan hampir 30 lokasi di sekitar Selangor dan KL berjaya dijejaki.

Secara keseluruhan sebanyak 2694 biji bantal dan 700 helai tuala berjaya disalurkan dalam tempoh tiga hari itu.


BANTAL DAG BERNILAI RM156,000 DISUMBANG KEPADA MANGSA BANJIR

BANTAL DAG BERNILAI RM156,000 DISUMBANG KEPADA MANGSA BANJIR

BANTAL DAG BERNILAI RM156,000 DISUMBANG KEPADA MANGSA BANJIR

BANTAL DAG BERNILAI RM156,000 DISUMBANG KEPADA MANGSA BANJIR

BANTAL DAG BERNILAI RM156,000 DISUMBANG KEPADA MANGSA BANJIR

BANTAL DAG BERNILAI RM156,000 DISUMBANG KEPADA MANGSA BANJIR


"Saat tergerak nak bantu itu, saya panjangkan mesej meminta bantuan kepada usahawan DAG dalam kumpulan WhatsApp yang mahu membantu menyumbangkan bantal khususnya dengan membeli. Tapi saya tidak mahu bebankan mereka. Lalu saya hanya minta mereka bayar separuh saja daripada harga sebenar bantal.

"Hari pertama gerakan bantuan dan sumbangan ini, saya dan kumpulan pekerja bergerak dengan kenderaan pacuan empat roda, van dan lori. Hari kedua, pula kami turut menerima tajaan lori 5 tan yang mana dapat memuatkan 900 biji bantal hasil sumbangan untuk agihan.

"Usaha ini akan berterusan dalam tempoh tertentu. Insya-Allah selagi boleh kita nak bantu mereka yang terkesan dengan bencana ini seiring dengan kempen Tidur Nyenyak diusahakan DAG. Terima kasih usahawan DAG, rakan dan keluarga atas sumbangan diberikan," katanya.

Kata Das lagi, ketika ramai yang terkesan kerana musibah ini, usaha bantuan itu bagaikan kena dengan keperluan mangsa.

Malah Das turut berterima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Perunding Penduduk (JPP) Zon Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) Utara, Mohd Syahrul Amri Mat Sari yang turut menjadi pemudah cara ketika misi bantuan dilakukan.

"Kesempatan melawat lokasi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) membuka peluang saya melihat apa yang diperlukan mangsa. Ramai sebenarnya memerlukan keperluan asas seperti tuala, bantal, tilam dan sebagainya.

"Ramai yang menyumbangkan makanan dan pakaian hingga dilaporkan ada yang terbiar begitu saja. Jadi secara tak langsung seiring dengan perniagaan diusahakan, bantuan itu tepat dengan keperluan.Bantal yang kita sumbangkan juga cukup premium seperti di hotel.

"Secara purata untuk sebuah rumah atau keluarga kita berikan dua ketiga bantal. Kita juga mahu tekankan soal sumbangan bantal ini juga bukan semata mata sumbangan. Tapi yakin tidur yang nyenyak penting dalam situasi mangsa yang pastinya stres dan fikir itu ini. Kami turut wujudkan laman www.tidurnyenyak.com.my untuk memberi input mengenai perihal tidur berkualiti,"katanya.

Menjengah ke media sosial, ramai warga net yang memuji usaha murni pihak DAG ini.


BANTAL DAG BERNILAI RM156,000 DISUMBANG KEPADA MANGSA BANJIR

BANTAL DAG BERNILAI RM156,000 DISUMBANG KEPADA MANGSA BANJIR

BANTAL DAG BERNILAI RM156,000 DISUMBANG KEPADA MANGSA BANJIR

BANTAL DAG BERNILAI RM156,000 DISUMBANG KEPADA MANGSA BANJIR

BANTAL DAG BERNILAI RM156,000 DISUMBANG KEPADA MANGSA BANJIR


Menyingkap mengenai kembara perjalanan DAG yang ketika ini sudah mempunyai 6000 ejen di seluruh Malaysia sejak ia ditubuhkan sejak 24 Februari 2016 di Parit Raja Johor.

Das Abdul selaku Ketua Pegawai Eksekutif DAG sebenarnya memulakan kerjaya sebagai jurutera awam yang bertukar profesion ke arena perniagaan. Isterinya pula bertindak memikul tanggungjawab sebagai Pengarah Urusan.

"Idea menjual bantal ini tercetus daripada idea entri ditulis mentor usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman di laman sosialnya. Ketika itu beliau menulis mulalah berniaga apa yang ada di tangan.

"Dijadikan cerita ketika itu saya memeluk bantal yang dijual secara 'car boot sale' atau jualan menerusi bonet kereta di pasar malam. Kami pula ketika itu tak pandai dalam penggunaan media sosial atau dalam talian untuk berniaga jadi tumpuan lebih secara manual.

"Malah ejen kami pun ada terdiri daripada pesara dan mereka yang tua. Ada di antara mereka pun tak segan jual bantal dengan 'car boot sale'. Tapi ada juga ejen di kalangan generasi muda yang pakar guna media sosial dan sebagainya.

"Sejak tempoh awal membuka empayar perniagaan ini, kami sudah menjual lebih 2 juta bantal. Boleh layari www.dasabdulglobal.com untuk butiran lanjut," katanya.

IKUTI DAS ABDUL DI FACEBOOK | INSTAGRAM



#DASABDULGLOBAL #SOSIAL

0 Comments