Sebelum ini saya sering melalui kawasan Ra.Re Foodspace Kota Damansara dan pernah menyatakan hasrat untuk lepak makan disini tapi biasalah, kita hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan. Bila dapat peluang makan disini, sudah pasti saya antara orang yang teruja kerana katanya disini memang tempat lepak popular. Kalau anda tertanya-tanya lokasi Ra.Re Foospace Kota Damansara, gunakan saja aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Map dan taip Uptown Kota Dame. Iya, ia memang berada di sebelah Uptown Kota Dame sahaja. Lokasi yang cukup strategik kerana ia berhampiran dengan SEGI College, pusat perniagaan dan residensi.
APA YANG MENARIK DI RA.RE FOODSPACE
- AYAM PENYET MAMA (Ayam Penyet Dengan Sambal Special sebab sambalnya dimasak selama 1 jam)
- BIG JOE'S FRIED CHICKEN (Sweet & Spicy Korean Fried Chicken menggunakan sos Korea)
- ADIK SUP (Bakso Beranak sebab bebola dagingnya mempunyai ‘anak’)
- JOM MENTONG (Nasi Ambeng Dulang dan Ayam Pedas Claypot)
- AH KEONG YONG TOW FOO (Yong Tow Foo Family Package)
- MAKCHA AYAM PASU (Nasi Goreng Ayam Pasu)
- MIECORD (Special Char Kway Teow)
- SATE WAK SAMURAI (Sate Ayam & Daging)
- WAK & WOK MASAKAN PANAS (Chicken Chop & Nasi Pad Kra Pao Daging)
- MISANG LAH (Pisang Goreng Cheese dan Pisang Goreng Coklat)
- SMASHED BURGER (Homemade patty, Supersmash with add on 100% Australian beef)
- CHEF TAKO (Family Set Takoyaki)
- BALANG MAN (Teh Ais Cincau, Air Jagung, Soda Herbs, Green Tea, Teh Ais Vanilla Ice Cream)
- KOPI LANUN (Italian Soda (blueblood moctails) & Watermelon Strawberry Moctails)
- STALL AIR BUAH (Jus Tembikai dan Jus Mangga)
Makan sudah, takkan tak nak minum? Tercekik nanti susah pula. Di Ra.Re Foodspace tersedia gerai minuman yang dipanggil Balang Man. Antara pilihan minuman yang anda patut cuba adalah their best-selling Teh Ais Cincau, Air Jagung, Soda Herbs, Green Tea, Teh Ais Vanilla Ice Cream dan banyak lagi. Menariknya lagi, jika anda membeli di gerai Balang Man ini, anda boleh mendapatkan kad kesetiaan Balang Man dimana setiap kali anda membeli minuman, kumpulkan cop untuk melayakkan penebusan minuman PERCUMA pada hari Isnin hingga Khamis (tidak terpakai pada Jumaat hingga Ahad serta cuti umum). Berbaloi bukan?
REVIEW JUJUR RA.RE FOODSPACE KOTA DAMANSARA
Secara jujur, saya bersetuju dengan ulasan positif yang membanjiri media sosial tentang Ra.Re Foodspace ini. Apa yang saya boleh katakan, Ra.Re Foodspace boleh dipanggil one stop centre for food kerana tersedia puluhan gerai dengan variasi menu sesuai dengan selera masing-masing. Pilihan makanan yang banyak baik lokal dan barat serta pilihan snek serta pencuci mulut. Kesemua menu yang kami pesan memang sedap-sedap belaka. Sumpah sedap! Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan dengan harga menu serendah RM3, pastinya Ra.Re Foodspace adalah tempat makan mesra poket.Keselesaaan amat penting bila menjamu selera dan saya dapat rasainya di Ra.Re Foodspace Kota Damansara ini. Senang kata, memang tempat lepak yang best! Saya tertarik dengan ruang makan atas pokok yang dipanggil Gayat dan Atas Pokok kerana sambil anda menjamu selera dengan privasi, anda boleh melihat pemandangan indah. Walaupun ruang makan berkonsep terbuka dengan pengudaraan yang baik, Ra.Re Foodspace tetap menyediakan kipas supaya anda lebih selesa.
Memandangkan kunjungan saya pada hari biasa, saya tidak berpeluang melihat persembahan busking kerana ia hanya ada pada hujung minggu sahaja. Bayangkan sambil makan dapat mendengar alunan muzik live, terasa seperti berada di konsert mini!
Adakah saya akan datang kembali ke Ra.Re Foodspace Kota Damansara lagi? Sudah pasti! Malah saya sudah mula merancang untuk mengadakan perjumpaan kecil bersama beberapa rakan disini kerana pastinya ia adalah antara tempat lepak santai terbaik yang pernah saya kunjungi.
Jadi, jika anda ada perancangan untuk lepak santai sambil makan-makan bersama keluarga atau sahabat-handai bolehlah letak Ra.Re Foodspace dalam senarai pilihan anda. Ra.Re Foodspace dibuka setiap hari dari jam 5 petang hingga 12 tengah malam.
IKUTI RA.RE FOODSPACE DI FACEBOOK | INSTAGRAM
ALAMAT RA.RE FOODSPACE
JALAN TEKNOLOGI 3/2, KOTA DAMANSARA,
47810 PETALING JAYA, SELANGOR.
NO. HOTLINE 013 356 5295
#FOODIE #RAREFOODSPACE #UPTOWNKOTADAME #LEPAKPLACE #MAKANLOKAL #SUPPORTLOKAL
1 Comments
Wowww. Serius la tempat dia mcm ni skrg. Last 2018 tggl situ xde la gempak camni lg. Ishhhhh kne pergi la nampak gayanya. Nice giler tgk.
ReplyDelete