Kenapa Nama RichWorks Kena Petik Di Dewan Rakyat Pula | Siapa yang tak teruja, apabila nama sendiri 'dilambung tinggi' di Dewan Rakyat oleh menteri terkenal.
Itu yang dilalui syarikat RichWorks International Sdn. Bhd apabila disebut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun di persidangan Dewan Rakyat pada 16 November lalu.
DATUK SERI RINA MOHD HARUN, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT |
Mahunya tak rasa popular dan seperti mendapat tempias glamor macam menang trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ibaratnya. Bukan senang dapat publisiti percuma macam itu walaupun tak sampai seminit dipetik nama.
Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd, pihaknya begitu tersentuh dengan tindakan dan bahasa tubuh menteri itu.
DATUK SERI RINA MOHD HARUN (KIRI) BERSAMA KETUA PEGAWAI PERNIAGAAN RICHWORKS, RADZ MOHD SEWAKTU PELANCARAN PROGRAM WANITA BANGKIT BERNIAGA |
"Sesuatu yang kami tak pernah jangkakan apabila menteri yang bersidang di Dewan Rakyat memetik dan memuji RichWorks.
"Kami sangat merendah diri dan teruja dipilih sebagai rakan kolaborasi kerana kemampuan dan kredibiliti yang dizahirkan selama ini melahirkan ribuan golongan usahawan dan jutawan dari 'zero' hingga berjaya. Pujian itu bukanlah ruang untuk mendabik dada.
"Tapi ia jadi suntikan semangat untuk terus melakukan apa yang sentiasa diperjuangkan sejak 2008. Ia sekali gus mendokong aspirasi Pengasas dan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman dalam memberi manfaat kepada lebih ramai orang di luar sana," katanya.
PENGASAS RICHWORKS DAN MENTOR USAHAWAN, DATUK WIRA DR AZIZAN OSMAN |
Terdahulu, Rina mengiktiraf RichWorks yang bertindak sebagai syarikat bimbingan dan latihan keusahawan terbesar negara sebagai penganjur bagi program Wanita Bangkit Berniaga di bawah inisiatif Wanita Bangkit kementerian.
Rina menegaskan kolaborasi strategik Jabatan Pembangunan Wanita di bawah kementerian bersama RichWorks dalam usaha membantu golongan wanita tempatan itu tidak melibatkan sebarang kos kepada pihaknya.
“RichWorks menawarkan latihan dan bimbingan (Wanita Bangkit Berniaga) secara percuma kepada wanita yang berminat pada 26 hingga 28 November ini.
“Pemilihan RichWorks sebagai rakan kerjasama berikutan kemampuan dan prestasi yang terbukti telah melahirkan ribuan usahawan jutawan yang berjaya dan kekal sukses sehingga hari ini,” katanya.
Rina berkata demikian ketika menjawab soalan dibangkitkan ahli Parlimen Segambut-DAP mengenai jumlah perbelanjaan untuk program dianjurkan ketika menggulung Usul Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 bagi kementeriannya.
Hingga saat ini jumlah pendaftaran sudah pun mencapai 25,962 orang dengan lebih 90 peratus terdiri daripada golongan wanita.
Peserta juga berpeluang mendapatkan 47,000 naskah buku terbaru bertajuk, 100 Usahawan Jutawan : Satu Misi Bantu The Nation secara percuma.
Buku yang menyusur kisah inspirasi, perjalanan 100 usahawan jutawan dibukukan sempena hari jadi ke-47, Datuk Wira Dr Azizan Osman pada 14 November lalu.
Kepada mereka terutama wanita yang berminat boleh mendaftar di www.wanitabangkitberniaga.com .
IKUTI RICHWORKS DI FACEBOOK | INSTAGRAM
#BISNES #TEAMRICHWORKS #NAKUBAHHIDUP
0 Comments