MAKAN DALAM SUNGAI DI BBQ LAMB KL KEMENSAH

MAKAN DALAM SUNGAI DI BBQ LAMB KL KEMENSAH


Makan Dalam Sungai di BBQ Lamb KL Kemensah | Antara aktiviti yang saya suka buat bila ada masa lapang adalah mencari tempat makan menarik. Saya percaya anda juga sama seperti saya bukan! Kalau di Selangor dan KL ni, memang banyak tempat makan menarik. Namakan saja jenis makanan, dari makanan Melayu, Cina, India, makanan barat, makanan Arab dan dari serata dunia boleh ditemui di sini. Malah setiap tempat makan di KL dan Selangor menawarkan pengalaman berbeza dan unik buat pelanggan. Ada yang makan di dalam badan kapal terbang lama, restoran atas pokok, restoran atas atap bangunan (rooftop), restoran tepi pantai, restoran makan dalam sungai dan banyak lagi. Inilah sebahagian dari keistimewaan dan keunikan Malaysia, the centre of world’s food paradise!

Sebut tentang makan dalam sungai, ada sebuah restoran yang tular di media sosial menawarkan konsep Dining In The River iaitu BBQ Lamb KL Kemensah. Kalau kebiasaanya berkelah di tepi pantai atau sungai, tetapi disini anda boleh menjamu selera di dalam sungai. Keunikan restoran BBQ Lamb KL Kemensah ini menjadikan ia menjadi bualan hangat dan ramai yang berpusu-pusu untuk menjamu selera disini, termasuklah saya.
 

MAKAN DALAM SUNGAI DI BBQ LAMB KL KEMENSAH

MAKAN DALAM SUNGAI DI BBQ LAMB KL KEMENSAH

MAKAN DALAM SUNGAI DI BBQ LAMB KL KEMENSAH

MAKAN DALAM SUNGAI DI BBQ LAMB KL KEMENSAH


Baru-baru ini saya berpeluang untuk merasai pengalaman makan di BBQ Lamb KL Kemensah ini. Terima kasih kepada rakan saya yang telah membuat tempahan lebih awal kerana sewaktu kami tiba disini, memang penuh meja sehinggakan ramai yang datang secara terus (walk-in) terpaksa menunggu untuk masuk. Jadi untuk mengelakkan insiden menunggu ini, saya sarankan anda buat tempahan meja lebih awal.


MAKAN DALAM SUNGAI DI BBQ LAMB KL KEMENSAH

MAKAN DALAM SUNGAI DI BBQ LAMB KL KEMENSAH

MAKAN DALAM SUNGAI DI BBQ LAMB KL KEMENSAH

MAKAN DALAM SUNGAI DI BBQ LAMB KL KEMENSAH


Tidak sukar untuk mencari lokasi BBQ Lamb KL Kemensah ini kerana ia berada berhampiran dengan Zoo Negara Malaysia. Lagi senang, guna saja aplikasi navigasi Waze atau Google Maps. Setel!




ANTARA MENU DI BBQ LAMB KL KEMENSAH

Nama restoran pun sudah terpampang jelas BBQ, jadi menu utama yang menjadi taruhan restoran BBQ Lamb KL Kemensah sudah semestinya barbeku. Pilihan ayam, lembu,kambing, itik antara menu barbeku yang boleh anda dapati disini. Ia dipanggang menggunakan dapur kayu khas diperbuat dari batu-bata yang boleh memuatkan sekitar 30kg daging panggang dalam satu masa. Selain itu, terdapat juga pilihan menu lain seperti makanan laut dan menu barat buat pengunjung.


MAKAN DALAM SUNGAI DI BBQ LAMB KL KEMENSAH

MAKAN DALAM SUNGAI DI BBQ LAMB KL KEMENSAH


Memandangkan saya dan rakan-rakan dalam kumpulan besar, jadi kami sepakat untuk memesan menu Mix Meat Platter yang boleh dikongsi bersama 4 orang dewasa. Menu Mix Meat Platter ini mengandungi daging ayam, itik, kambing dan lembu dan didatangkan bersama 4 pinggan Nasi Berempah Istimewa, 4 jenis sos pencicah, 4 mangkuk pencuci mulut, 4 piring potongan tembikai, semangkuk sup dan minuman (free-flow drink). Harga bagi set Mix Meat Platter ini adalah RM150 sahaja.




REVIEW JUJUR BBQ LAMB KL KEMENSAH

Secara peribadi, saya suka konsep yang diketengahkan oleh BBQ Lamb KL Kemensah iaitu Dining In The River. Sesuatu yang berbeza di Lembah Klang dan ini menjadikan BBQ Lamb KL Kemensah unik dan berjaya menarik perhatian ramai termasuklah saya sendiri. Dari segi pilihan menu barbeku sebagai main highlight juga tepat kerana ia sinonim dengan aktiviti berkelah di pantai dan sungai dimana ramai yang suka menyajikan menu barbeku. Saya suka rasa rempah pada daging barbeku ini, cukup rasa dan ia dimasak sempurna. Bertambah selera bila dijamu dengan Nasi Rempah Istimewa. Tekak orang Malaysia, memang nasi menjadi menu wajib bukan!


MAKAN DALAM SUNGAI DI BBQ LAMB KL KEMENSAH


Jadi kepada anda mahu mencuba dan rasai pengalaman sendiri menjamu selera di dalam sungai, anda wajib datang ke BBQ Lamb KL Kemensah. Saranan saya, pastikan anda buat tempahan awal kerana takut restoran penuh dengan pengunjung, anda pulang hampa pula. Kalau anda kurang selesa makan di dalam sungai, jangan risau kerana tersedia ruang makan berbumbung di BBQ Lamb KL Kemensah ini. Ia dibuka setiap hari dari jamm 10 pagi hingga 7 malam. Hubungi 019-9631657 atau 012-2114100 untuk tempahan meja.

IKUTI BBQ LAMB KL KEMENSAH DI FACEBOOK | INSTAGRAM




ALAMAT BBQ LAMB KL KEMENSAH
JALAN TAMAN ZOOVIEW,
KAMPUNG KEMENSAH,
68000 AMPANG, SELANGOR.



#CUTICUTIMALAYSIA #FOOD #FOODIE #BBQLAMBKLKEMENSAH

2 Comments